Baru-bari ini saya berbual dengan seorang bekas pegawai kanan tentera selepas riadhah disebelah kem tentera batu 5, P.Dickson iaitu di PD golf resort, dimana menurut beliau hanya 2-5% sahaja anak-anak muda yang memasuki kem tentera gagal meneruskan latihan untuk menjadi anggota tentera. Yang gagal itu biasanya kerana masalah displin yang sangat ketara. Dengan kata lain, peratusan kegagalan menamatkan kursus adalah sangat kecil.
Walaupun secara pandangan kasar dan fahaman orang awam, seorang tentera itu mesti memegang senjata, namun ada unit-unit ( kor) lain yang tidak melibatkan persenjataan. Unit itu seperti unit kenderaan, kejuruteraan, pertukangan, perhubungan awam, teknologi maklumat, perubatan, pentadbiran, keagaman dan sebagainya. Unit-unit ini sebagai sokongan kepada tugasan sebenar untuk menjaga pertahanan sesebuah negara dari ancaman luar. Dengan kata lain, semua unit itu kurang menonjol berbanding semua unit yang melibatkan senjata.
Ada bakal tentera sudah ditugaskan terus ke unit-unit sokongan tadi atau sebelumnya pernah mengendalikan alat senjata. Namun begitu, semua anggota tentera pasti akan pernah memegang senjata dan latihan kawat walaupun tugasnya kini sekadar mengurus gaji, membaiki engin-engin kenderaan, memasak makanan atau bertugas dihospital tentera.
Ada seorang tentera muda yang kerap saya temui di surau tempat saya, beliau merasakan dirinya bukan seorang tentera sebenar, bila setiap hari beliau akan memeriksa dan membaiki pelbagai jenis kenderaan di kemnya. Menurutnya sama macam mekanik biasa, cuma kena memakai uniform hijau.
Analogi dari ketenteraan ini ialah, apabila kem dakwah yang sudah mengikuti semua syarat asas sebagai badan gerakan dakwah tetapi belum mampu melahirkan seorang pendakwah. Malah tidak salah jika dikatakan peratusan kegagalan melahir pendakwah lebih tinggi berbanding peratusan yang sangat kecil melahirkan seorang anggota tentera yang latihannya lebih keras dan lasak. Walaupun kem dakwah itu sudah sekian lama menjalankan latihan/ pentarbiyahan setiap ahli usrah, tetapi ahli usrah itu belum lagi menjadi ahli dakwah.
Dan analogi lain, pendakwah yang dilahirkan itu tidak memegang ’senjata’ dakwah, bila ramai yang memilih sebagai pengurus, sebagai pentadbir atau dengan kata lain tidak berada dibarisan depan dimedan dakwah. Tidak seperti tentera tadi yang tidak merasakan dirinya seorang tentera bila bertugas sebagai mekanik sahaja tetapi tidak kurang pendakwah tadi dirinya pendakwah sebenar walaupun dia sekadar mengurus atau sibuk dalam mesyuarat dalaman!!
Begitu juga dengan maktab atau universiti untuk melahirkan para guru. Jarang benar kita dengar, ada pelajar yang gagal menjadi guru. Berbeza dengan anggota tentera tadi, guru dan pentadbiran perguruan dimana setiap guru akan melalui tugas untuk mengajar murid sebelum dinaikkan pangkat atau bertugas di pejabatan pendidikan negeri atau persekutuan. Bermakna imej guru ialah mengajar dan mendidik murid, barulah layak bergelar cikgu.
Ada sesetengah guru, cara cakap dan cara berpakaian sudah dikenali sebagai guru. Dengan kata lain ada imej tersendiri dan imej umum ialah guru itu mesti baik orangnya, kerana tugas mulianya itu. Ini samalah seperti seorang doktor, selalu dianggap baik padahal segelintir guru dan doktor itu tidak begitu gambarannya.
Manakala maktab dan universiti dakwah, sepatutnya melahirkan graduan yang bergelar pendakwah. Jika tentera tadi tugas utamanya menjaga keselamatan dan guru pula mengajar, tugas utama pendakwah ialah menyampaikan Islam kepada orang lain. Menyampaikan Islam secara tersusun dan meresap serta melata ketengah khalayak. Dengan erti kata lain bukan kepada golongan tertentu sahaja. Persoalannya, berapa peratus kejayaan instituisi dakwah ini sudah melahirkan para pendakwah? Jika dimaktab tentera atau maktab guru masa yang diambil cuma beberapa tahun sahaja, sedang pelbagai ilmu teori dan praktikal sudah diajar kepada pendakwah ini dalam tempuh yang lebih lama malah ada yang sudah mencecah belasan tahun? Bukan sahaja gagal menjadi pendakwah malah imej pendakwah pun ada yang gagal dipamerkan!
Dalam kontek yang lain, bidang perguruan agama akan melahirkan graduan yang bakal bergelar ustaz, dan analisa saya sepatutnya melalui proses pentarbiyahan, para ustaz yang telah melalui proses pentarbiyahan itu akan melahirkan ustaz/ustazah yang bergelar syeikh yang menjadi sumber rujukan dan mampu mengeluarkan ’fatwa dalam dakwah’, manakala mereka yang bukan ustaz yang sekian lama duduk dalam tabiyah harakah ini akan bergelar ’ustaz/ustazah’.
Persoalannya berapa ramai ahli profesional, peniaga, ahli akademik dan mereka yang bukan yang ustaz/ustazah boleh setaraf dengan seorang ustaz, setelah belasan/puluhan tahun dididik dalam universiti dakwah ini? Atau bertaraf syeikh dikalangan asatizah yang sedia ada sehingga disegani oleh pendokong yang mengaku sebagai duat dan dihormati oleh masyarakat.
Apabila tentera dan guru sudah berjaya dilahirkan, tentunya kualiti setiap dari mereka berbeza. Begitu juga kualiti seorang pendakwah. Seorang tentera atau guru indikator kualiti mereka lebih dinilai dari fizikal badan, minda, emosi tetapi indikator kualiti yang utama seorang pendakwah ialah kualiti hubungannya dengan Allah ( kualiti rabbani) kemudian barulah kualiti hubungan dengan manusia.
Dimana silapnya jika instituisi dakwah masih gagal atau lambat melahirkan para duat? Dan perlu juga dinilai kualiti duat yang sudah bersedia ketengah masyarakat dengan potensi masing-masing. Bukan semua berbakat untuk memberi ceramah umum,berhujah, menulis tetapi jangan sampai terkedu lidah untuk meluahkan fikrah hebat yang ada diminda bila bersama kenalan atau jamaah kariah.
Mungkin tentera semakin mudah tugasannya bila ancaman sesebuah negara semakin kurang, tetapi tugas duat semakin sukar dan rumit bila ancaman global menyerang akhlak umat Islam serta ancaman fahaman Islam yang semakin carca-merba. Jika musuh Islam semakin canggih dan kreatif, sebaliknya para pendakwah berdakwah dengan kelajuan yang rendah serta tidak kreatif, bermakna sebelum berjuang lagi, kita sudah tewas. Kita tewas, umat ini akan hilang benteng untuk mempertahankan diri dari serangan musuh dari setiap penjuru.