Ikuti beberapa kisah roh ( jiwa) yang sentiasa kekenyangan walaupun jasadnya dalam kelaparan.
1. Saidina Umar mengambil wang sebanyak 400 dinar untuk diberikan kepada Abu Ubaidah bin Jarrah, sebagai ’gaji’. Sebaik pembantunya menyerahkan wang itu kepada Abu Ubaidah, lalu Abu Ubaidah memanggil semula pembantu tadi, dia memberi senarai panjang nama-nama orang lain untuk pembantu tadi membahagi-bahagikan wang tadi , sehingga habis wang tadi didermakan kepada orang lain. Pembantu itu balik kerumah Saidina Umar, dia mendapati juga sedang mengumpul jumlah wang yang sama untuk diberikan pula kepada Muaz bin Jabbal pula. Pembantu tadi terus menemui Muaz dan menyerahkan wang tersebut. Dia menunggu beberapa ketika, ingin melihat apa yang akan dilakukan oleh Muaz akan wang tadi. Muaz mengasing-asingkan wang tersebut untuk di asingkan kepada fakir miskin, sehingga hampir habis kesemuanya. Lalu keluar isteri Muaz dan berkata,” Demi Allah, kami semua ini miskin, maka berikan kami”. Wang yang berbaki cuma dua dinar, lalu Muaz memberikannya kepada isterinya.
2. Dalam kisah yang masyhur, dalam medan perang Yarmuk. Sebaik perang tamat dan tentera Islam mencapai kemenangan, di khemah terlantar 3 orang tentera Islam yang cedera parah. Mereka dalam kesakitan dan kehausan yang teramat serta tidak mampu berkata-kata.. Mereka ialah Haris bin Hisyam, Ikramah bin Abu Jahl dan Ilyas bin Abi Rabiah. Sebaik pembantu ingin memberikan air kepada Haris, lalu Haris memberi isyarat supaya mendahulukan Ikramah yang menurutnya lebih parah kecederaan darinya. Lalu pembantu tadi berpindah kepada Ikramah, begitu juga Ikramah memberi isyarat supaya memeberi minum dahulu kepada Ilyas yang sedang nazak. Sebelum sempat memberikan air kepada Ilyas, pembantu tadi dapati Ilyas sudah pun syahid, lalu berpatah balik kepada Ikramah, dia dapati Ikramah juga sudah sahid dan begitu juga dengan orang yang pertama tadi iaitu Haris.
Dari kesemua kisah di atas, hayatilah teladan jiwa-jiwa mereka yang sentiasa dalam kekenyangan, jiwa yang kenyang dengan sifat ukhwah, kenyang dengan nikmat kerahmatan Allah, kenyang dengan keikhlasan walaupun jasadnya, tekaknya, perutnya dalam kelaparan dan kehausan yang teramat sangat dan jasadnya dalam kemiskinan.
Tetapi sebaliknya, jasad yang sentiasa dalam keselesaan dan kekenyangan, adakah mampu mempamirkan kehebatan seperti jiwa yang kenyang tadi?. Apabila jasad kenyang dengan pakaian yang indah, kediaman yang besar dan selesa, tilam yang empuk dan malamnya dingin dengan kesejukan hawa dingin, makan minumnya lazat dan terhidang, hiburan mudah di perolehi baik hiburan muzik atau hiburan sukan.
Semuanya hebat dan besar-besar belaka, besar pangkat, besar kesibukkannya, besar kuasa, besar status, baju-seluarnya juga besar kerana bersesuaian dengan badan dan perutnya yang besar!!.
Pendik kata, jasadnya tadi sentiasa kenyang, maka mampukah dia mengenyangkan jiwanya dengan berpuasa sunat? Bertahajud sekali dalam seminggu? Mampukah khusyuk beribadah,bila perut sentiasa kenyang dan keletihan? Tidurnya enak, maka mampukah bangun awal pagi untuk sama-sama subuh berjemaah? Begitu juga untuk menginfakkan kewangan utuk orang lain, sedang ’infaknya’ lebih kepada anak-isterinya atau kroninya? Wang kertas berwarna biru dan hijau sahaja yang selalu pergi ke surau, masjid atau masuk tabung derma kemanusiaan, kerana wang warna lain yang lebih besar nilainya selalu pergi ke komplek beli belah!
Dalam kemajuan dunia dan perkembangan teknologi serta ekonomi, orang yang lapar jasadnya tidak ramai berbanding dengan orang yang jasadnya sentiasa kenyang dan selesa. Malah ada yang mampu membeli tilam berharga sepuluh ribu ringgit walaupun untuk tidur lena tidak boleh dibeli!! Manakala masih ramai orang yang jiwanya ( roh) sentiasa dalam kelaparan ketika mana jasadnya kekenyangan.
Dan yang juga ketara, orang berlumba-lumba mencari nafkah jasad sedangkan nafkah roh terpinggir, sedangkan nafkah inilah yang HANYA menjadi bekal kita di akhirat nanti. Nafkah perut, kenderaan, rumah, pangkat, kuasa dan sebagainya yang menjadi kebanggaan oleh empunya dan di cemburui oleh orang lain , langsung tiada nilai di sisi Allah. Tuan empunya dan orang yang cemburu tadi akan tergolong dalam keadaaan rugi sekiranya rohnya tidak sekenyang jasadnya ketika di dunia ini.
Jiwa yang kenyang, pasti tidak akan mengenyangkan dan mengselesakan keperluan jasadnya secara berlebih-lebihan. Dengan kata lain, jiwa yang gemuk -jasadnya tidak akan gemuk, jiwa yang zuhud - perutnya akan zuhud, jiwa yang besar- sombongnya tidak besar,kediamannya dan kenderaannya tidak terlebih-lebih besar, jiwa yang hidup- tidak akan mematikan jiwanya dengan kelalaian hiburan dan terus di hidupkan dengan amalan yang berkualiti dan berkuantiti.
Memang benar, kita perlu peka dengan isu-isu jasad, termasuk isu kenaikkan harga barang bila naiknya harga minyak, Tetapi reaksi dan sensitiviti kita terhadap isu-isu pengisian roh yang sentiasa tercabar tidak sehebat apabila keperluan jasad yang tercabar!!!
Hisablah diri kita, adakah jasad yang lebih kenyang atau roh? Juga ambil iktibar, dua khalifah yang sama nama iaitu Umar Al Khattab dan Umar Abdul Aziz. Kedua-duanya mampu dan layak untuk mengenyangkan jasad tetapi memilih untuk mengenyangkan roh. Ketika majlis pengktirafan dan penghormatan kepada Umar Al Khattab untuk mengambil kunci Kota Baitilmaqdis dari kerajaan Rom di Palestin. Pemuka orang Rom sendiri sangat terkejut melihat seorang pembesar Kerajaan Islam yang sudah menguasai Madinah, Mekah, negara Syam ( sekarang-Syaria, Jordan, Lubnan) , yang menguasai Iraq dan Iran yang berpakaian jubah lusuh iaitu jubah yang di pakai oleh Saidina Umar ketika berhari-hari mengharungi padang pasir dari Kota Madinah !!!. Dan teladan dari Umar Abd Aziz yang sudah biasa menjadi pembesar sejak menjadi gabenor Madinah sehinggalah menjadi Khalifah yang berpusat di Damsyik, tetapi hobi beliau ialah memanggil alim ulamak untuk memberi tazkirah akan kematian dan nikmat-nikmat syurga serta azab neraka!!