Penulis mulakan dengan 2 kisah, terkini dan terdahulu: ( ulang siar, tarikh mie 07)
1.Pada minggu lepas, penulis berhenti rehat di R&R Machap, dalam perjalanan balik ke J.Bahru dari memberi ceramah kepada pelajar YPJ di Segamat dalam program ‘pelajar cemerlang bila solatnya cemerlang’, anjuran Jab Agama Islam Daerah Segamat, dan pada ketika itu berita TV3 menyiarkan ulasan berita pelajar yang dihukum berendam dalam kolam di Sarawak. Penulis terdengar komen oleh salah seorang pekerja lelaki disitu ( usia pertengahan 20an)yang berbual dengan rakan sekerjanya, “aku dulu kena terajang kat cikgu, tak bising pun, tak ngadu kat mak bapak, kena rotan, kena cubit, kena herdik, kena piat telinga …biasalah, ini kena rendam je dah kepoh satu Malaysia”!!. Sampuk kawannya, “ ko dulu memang degil, tu pasal kije kat sini je…., Mereka sama-sama gelak dan terus beredar melayan pelanggan.
2.Teringat kata-kata seorang datuk lebih 10tahun yang lepas, yang melihat dua orang cucunya yang menjadi yatim bila ayah mereka ( si A) seorang peneroka FELDA meninggal dunia akibat kanser usus besar. Kehidupan cucu-cucunya ketika itu tidak sama dengan cucu-cucunya yang lain yang hidup lebih sempurna dengan ibubapa mereka. Antara kata-kata datuk ini, “ mungkin maso umo kocik -kocik dulu, si A tak ponah kono puko ( pukul), agak eh tu sobab dio tak menjadi serpoti anak esei yang lain”. Anak-anak lain datuk ini lulusan universiti. Datuk ini mempunyai lapan orang anak, si A anak lelakinya yang ketiga dan 2 orang daripadanya perempuan.Penulis merupakan anak lelaki ke4 kepada datuk ini (Allahyarham-2004).
Ramai dari kita, termasuk penulis,biasa kena rotan dan terima pelbagai hukuman lain oleh ibu-ayah kerana kenakalan semasa kecil, masyarakat umum menerima kaedah mendidik anak ini, malah guru-guru dizaman 70an-80an, juga biasa merotan pelajarnya, berbanding guru-guru sekarang yang ada peraturan khas jika mahu merotan.Belajar melalui pengalaman, kini menjadi ibu-ayah dan kini bergelar ‘tukang rotan’ pula, falsafah umum yang diterima pakai, merotan ialah untuk mengajar dan beritahu akan kesalahan anak-anak. Dengan harapan anak-anak akan tahu jika ulangi buat salah, akibatnya rotan hinggap kebadan. Pada hakikatnya, benarkah mereka akan belajar!!, dari pengalaman, rotan-rotan ini jarang duduk diam dan segelintir dari anak-anak seperti tidak belajar dari rotan ini!!
Rupanya, rotan ini juga perlu latih tubi dan berulang2, sehingga sampai masanya rotan ini disimpan terus bila sampai masanya.Ada rotan yang dihayun kuat, dengan harapan ia memberi kesan lama sebagai pengajaran, tetapi si nakal dan si kreatif ini masih memilih rotan-rotan ini. Mereka menangis, menjerit, beremosi dan menyesal sebentar. Esok lusa kacau adik-adik lagi, bergaduh kerana perkara remeh temeh dan banyak hal yang memeningkan emak ayah.Yang menjadi persoalannya emosi perotan-perotan ini( ibu-ayah), akan terganggu dan seperti biasa sebelum rotan menjalankan tugasan merotan, mulut si perotan mungkin membebel, menjerit sehingga nampak anak tekak atau mungkin sekuat suara pembesar suara yang didengari oleh jiran-jirannya.Dengan kata lain, anak buat salah, si perotan juga bersalah merotan dengan amarah yang luar kawal, melepaskan GERAM, merotan bertukar istilah kepada mendera tetapi syaitan memujuk si perotan ini, “ tak pa, rotan kerana sayangkan anak, kena didik dari rebung lagi….Bila si anak buat salah biasa, laju rotan sampai, bila si anak selalu tidak solat atau lewatkan solat, rotan itu tengok saja.Mana-mana yang terlebih rotan, sebahagian dari kita tersedar dan beristia’ffar. Alangkah baiknya kita banyakkan sebagai amalan beristia’ffar ini sebelum dan selepas menghukum anak-anak. InsyaAllah, yang boleh membetulkan salah laku anak-anak bukan rotan tadi, tetapi hidayah dari Allah, mohonlah pada-Nya dalam doa setiap kali lepas solat, doa untuk diri sendiri, ibubapa, isteri-suami , anak-anak dan teman-teman untuk menjadi insan soleh. Mendisplinkan anak2 dan dlm masa yang sama rendahkan hati khusyuk berdoa.Tentunya rotan ini akan disimpan terus selepas anak-anak berusia 14-15 tahun keatas, takkan nak simpan untuk cucu-cucu pula!!
Penulis pernah terbaca satu artikel tentang merotan anak ini, iaitu jangan merotan anak ketika marah pada tahap klimak, mulakan dengan ‘bersyarah dulu’ supaya hayunan rotan tidak sekuat semasa kita ‘naik minyak’!. Gunakan teknik berfikir 2 saat sebelum melakukan sesuatu. Bagi penulis saranan ini satu skil yang perlu di latih- iaitu merotan anak ketika emosi marah semakin berkurang. Tentu sukar bagi yang cepat melenting, si baran, tetapi kuda liar dan anjing yang garang itu pun boleh diajar ‘bersopan’ pada tuan barunya. Bakat pemarah ini tidak perlu diajar, ianya fitrah manusia, bukan sahaja pada lelaki yang egonya tinggi, ibu-ibu pun berbakat besar menjadi pemarah. Jika kita lihat bagaimana hebatnya saidina Ali Abu Talib yang mendidik nafsu marahnya, bila dia tidak jadi memancung kepala musuh Islam kerana takut memancung kerana nafsu amarah bila diludahi oleh musuh tadi dan takut memancung bukan kerana Allah.Bagi sesetengah anak, kita membebellah atau rotanlah sekuat mana, dia masih tidak serik-serik, dan tentunya kita akan jadi buntu. Ada sesetengah kes perlu dirujuk kepada pakar psikiatri kanak-kanak.Namun banyak yang boleh diselesaikan didalam rumah.
Kita ibu-ayah ini akan menjadi letih, emosi tak tenteram, tension,semua kerja rumah terganggu, kekhusyukkan solat ibu-ibu pun terganggu tetapi sebenarnya cuba kita terbalikkan ayat ini, ‘ibu-ayah yang solatnya khusyuk, marahnya berhemah, kita mengamuk sakan kerana solat kita tidak mendidik jiwa.Dan jangan sampai jika salah seorang dari kita sedang ‘mengamuk’, yang sorang lagi pun turut mengamuk dan turut merotan anak-anak, cukuplah seorang sahaja, dan jika terlebih rotan atau terlebih bebel, yang seorang lagi ingatkan atau gunakan bahasa mata, pasangan kita akan memahaminya, semoga yang menulis ini marahnya lebih berhemah dan marah dalam minda sedar.Beberapa bulan yang lepas penulis ternampak satu keluarga si ayah dan 3 orang anak-anak remajanya, 2 lelaki dan seorang perempuan yang berpakaian sendad disebuah restoran, mereka boleh bergurau senda seolah-olah si ayah ini seorang abang, pada pandangan mata kasar, si ayah yang berseluar pendik ini bukanlah orang ahli surau. Pada kes yang lain tidak kurang juga anak-anak remaja yang sentiasa mengelak untuk bertembung dengan ayah mereka yang ahli surau!!
Apa pun seperti anda semua, penulis yakin bahawa, kitalah yang si pelentur UTAMA anak-anak, bukan guru, bukan sekolah, bukan juga salahkan media, salahkan persekitaran, kerana arus perdana maksiat terlalu kuat diluar sana, kitalah yang sepatutnya membina benteng2 yang kukuh, menjadi qudwah kepada mereka, membina benteng iman, benteng minda dan mencari formula agar segera mematangkan anak-anak. Sebahagian dari ibu ayah yang hebat akademiknya, tetapi anak-anak tidak menjadi dan ada ibu ayah seorang duat, tetapi anak-anaknya tidak mahu mendengar perkataan usrah..wallah’uklam.