Pages

Saturday, March 1, 2008

Mencari Pengalaman atau kerja 'tanpa pahala'??

JIka alasan mencari pengalaman dengan menumpang 'kereta orang', yang keretanya pun 'tidak jelas' bentuk sebuah kenderaan, atau sekadar 'cuba-cuba, suka-suka' dalam penglibatan dalam pilihanraya ini, ELOK DUDUK BERMUHASABAH, BANYAKKAN SOLAT ISTIHARAH DAN SOLAT TAUBAT. Adalah sangat dikhuatiri amal-amal ini 'kosong tanpa pahala', sebaliknya kesibukannya boleh mengganggu hubungan kita dengan Allah, bila sudah kepenatan ke sana ke mari, solatnya akhir waktu, solat sendirian , doanya dalam tergesa-gesa, membaca informasi politik lebih banyak dari membaca al Qur'an, cakapnya banyak, silap cakapnya banyak, malah bohongnya juga banyak serta pelbagai pendedahan kelemahan diri.

Dan sebelum anda yang membaca artikel ini ingin 'melatah' , sila fikirkan berkali-kali akan keterlibatan diri anda yang sekadar 'mengacah-gacah' bila terlibat secara indidividu atau sekupulan kecil dan tanpa penglibatan secara kolektif yang benar-benar terancang. Tidakkah mahu belajar dari penglibatan sebelum-sebelum ini, masa terbuang, wang lebur, kerana dunia politik silatnya unik dan politik sangat berkaitan dengan masa,sesebuah negara dan masyarakat setempat.

Jangan jadi orang yang mencampakkan jarum ke rumput, lalu disuruh si rabun mencarinya pula, orang yang celik pun sukar mencarinya! Perumpamaan ini samalah dengan masyarakat yang rabun dari nilai Islam sebenar, kita menyuruh mereka mencari dan mengamalkannya??. Bila sudah kabur, sebutlah akan pelbagai kepincangan, mereka tidak nampak! USAHA KITA UNTUK MENCELIKKAN KHALAYAK AKAN NILAI ISLAM YANG SYUMUL MASIH TERLALU DANGKAL, dan mengapa mencari jalan pintas??

Tiada lagi istilah ingin cuba-cuba atau mengumpul pengalaman bilamana tidak juga belajar dari kesilapan yang lalu.

Buatlah setiap kerja secara serius dan terancang serta bersistem iaitu SETELAH YAKIN AKAN NATIJAH KEJAYAANNYA!! Jika main bolasepak sekadar memenuhi padang dan sudah tahu serta yakin akan kalah, bermain pula digelanggang lawan yang sedia kuat tetapi masih mahu melawan, maka segala kelemahan anda akan lebih terserlah!!!dan seolah-olah sengaja menjaja kedaifan diri.

Dengan menyenenaraikan alasan-alasan pelbagai dan konon sudah di syura!!, tetapi disyura oleh ahli syura sebenar atau ahli syarah??- yang syarahnya banyak dan kabur atau ahli syura yang kualiti hubungan intim dengan Allah masih longgar?? Bila keintiman ini longgar maka tidak hairan buah fikiran dan lintasan hatinya juga akan longgar!!

Saya sendiri anak orang politik, sejak kecil biasa melihat mesyuarat orang politik, juga sangat meminati politik, pernah membaca pelbagai buku-buku politik ,pernah aktif ketika pilihanraya, mengenali ramai orang-orang politik berjenama dan tidak berjenama serta bergaul dengan mereka, dan sudah belajar dari pengalaman-pengalaman itu.......dan belajarlah bersabar, bila tiba masanya......
dan bukan juga ingin membangga diri, suatu masa dulu bahan-bahan politik boleh dikatakan dibibir saya dan masih mampu berhujah politik jika di perlukan, kerana minat saya dalam politik masih tebal serta mengikuti perkembangan politik semasa tempatan dan antarabangsa.


Kita tidak sabar kerana merasakan jalannya terlalu lambat, sedangkan sekian lama KITA SENDIRI YANG MELAMBATKANNYA bila masalah asas pun belum selesai.

Berusahalah mencari kerja-kerja yang Allah katagorikan sebagai amal soleh dan bukan amal soleh mengikut rasa-rasa kita

usah lakukan kerja bermusim, bila musim bencana ( banjir dsbnya, maka berpusu-pusulah membuat kebajikan), sedangkan unit kebajikan untuk masyarakat diwaktu tenang tanpa ada bencana TIDAK kelihatan!!! , begitu juga musim pilihan raya ini, baru nampak batang hidung untuk keluar pada masyarakat.

Amal yang dibuat mengambarkan itulah dalam minda, itulah fikrahnya......Dan pernah diulas oleh seseorang, 'sukar untuk membetulkan orang yang bodoh sombong ini, begitu juga orang yang bodoh sombong dalam dakwah!!!.