Pages

Thursday, March 6, 2008

Maksud kereta yang di tumpang

saya ada menerima balasan emel dan menerima emel bertanya maksud menumpng kereta.Ada yang memberi bandinagn dengan menebas hutan, namun setiap kerja mesti ada prinsip. Dakwah adalah seni dan halus.

Terima kasih diatas komentar dan beberapa pertanyaan. Ya, memang benar maksud artikel itu KHAS untuk sekumpulan kecil dan tidak secara rawak kepada mereka dalam suasana PRU sekarang.

Bukan mahu menjadi tukang karang atau tukang karut, sekadar memberi pandangan dan semoga setiap kerja kita ada hubungan langsung berhubung dengan Allah SWT.

Dalam PRU, ada orang yang sudah sedia ada kenderaan masing-masing dan segelintir yang mahu menumpang serta sudah diiktiraf pula sebagai pemandu untuk sesuatau kawasan, dan inilah maksud artikel saya sebelum ini.

Bagi saya, yang tiada kenderaan boleh menumpang tetapi setelah yakin dengan pilihan dan yakin sudah pun memohon hodayah dari Allah, bukan mengikut naluri sendiri atau rasa-rasa hati.

Juga tidak bermaksud memperlekehkan kenderaan orang lain, tetapi mereka yang ingin menupang harus jelas matlamat dan hala tuju bukan sekadar mahu menumpang dimana akhirnay akan berbelah hati atau memilih hala tuju lain bila tahu kenderaan yang ditumpang rupanya tidak menuju ke jalan yang dihajati oleh penumpang. Nanti penat tenaga, masa dan wang bila mengeluarkan selengaraan kenderaan yang di tumapng atau mungkin yang di pinjam itu, kerana ianya tetap haq orang lain.