Setelah Khalifah Umar Khattab dapat menyelesaikan masalah bilakah tahun hijrah bermula iaitu hasil permuafakatan para sahabat, beliau bersetuju tahun berpindahnya nabi SAW dari Mekah ke Madinah sebagai tahun permulaan hijrah. Timbul pula persoalan akan kaedah penyusunan bulan-bulan yang sudahpun diwarisi oleh masyarakat Arab ketika itu. Ada kalangan para sahabat yang mencadangkan tahun hijrah itu bermula dengan bulan syaaban iaitu sempena pensyariatan solat semasa peristiwa israk' mi'raj dan ada yang mencadangkan bulan-bulan lain. Akhirnya bulan muharam yang membawa maksud bersurai diambil sebagai bulan pertama dalam Islam. Sebelum bulan muharam ialah bulan haji iaitu zulkaedah. Haji merupakan bulan kejayaan bagi mereka yang beribadah haji dan keampunan dari Allah SWT .Maka permulaannya ialah bulan muharam iaitu bulan bersurai selepas haji dan bermulanya kehidupan yang baru.
Inilah kehebatan generasi AlQur'an, untuk menetapkan bulan dan tahun hijrah mereka sangat teliti dan sangat tepat pemilihannya. Ianya penuh dengan makna tersirat yang membawa maksud yang hebat. Ilham yang hebat kurniaan Allah kepada mereka yang hebat taqwanya.
Hijrah fizikal nabi SAW dengan persediaan rapi. Beberapa tahun sebelum itu Islam mula berkembang dan mula dikenali oleh penduduk Madinah. Walaupun tidak ada jumlah yang tepat berapakah jumlah sahabat Ansar ( permastautin Madinah), tetapi bilangan agak ramai mengikut kemeriahan sambutan kedatangan Baginda kebumi Madinah ie Tasyrib.
Baginda SAW berpindah bukan dalam keadaan tergesa-gesa dan tanpa perancangan awal. Penduduk Tasyrib yang lebih lembut perwatakkannya dan bertamadun mudah menerima ajaran Islam dimana mereka juga adalah penyembah bahala sebelumnya dan Tasyib juga banyak puak dan majmuk malah ketika itu orang Yahudi lebih berpengaruh bilamana mereka menguasai ekonomi Tasyrib.
Sebelum secara fizikal nabi SAW dan sahabatnya berhijrah, kesemua mereka sudahpun berhijrah aqidah ( spiritual) , sudah berhijrah minda, hijrah emosi dan hijrah akhlak dari jahiliyah ke agama Islam ini. Mereka menerima Islam yang baharu itu secara total dan sebenarnya dari sudut kebendaan, mereka berpindah dari kaya kepada miskin, dari berharta kepada papa kedana serta ada yang meninggalkan sanak saudara, teman rapat. Dengan kata lain, mereka berpindah meninggalkan kesenangan, kedudukan, dan meninggalkan perniagaan seperti Abu Bakar assidik, Abdul Rahman Auf dan sahabat yang berniaga.

Sebaliknya, kita selalu membawa iktibar atau pengajaran dari peristiwa hijrah itu iaitu berpindah dari miskin kepada kaya, dari menjadi pengikut menjadi pemimpin, dari perkara negatif ke positif dan sebagainya. Walaupun analogi itu benar, tetapi apakah keutamaan untuk berhijrah itu?
Itulah pengorbanan hijrah para sahabat, iaitu meninggalkan nikmat dunia yang sementara demi aqidah dan strategi mengembangkan Islam ketanah yang lebih subur. Iaitu Tsayrib yang biahnya lebih baik dan lokasi yang strategik.
Inilah hijrah yang utama iaitu sentiasa berhijrah atau memperbaharui iman dan taqwa. Memperbaharui sikap, cara fikir maupun mendapat pendapatan yang lebih baik dari sebelum ini LEBIH MUDAH dari memperbaharui hubungan kita dengan Allah SWT.
Jika berpegang kepada analogi hidup dan iman itu umpama roda, kejap dibawah kejap dibawah, maka kita tidak akan kemana, berputar pada putaran yang sama malah sehingga jatuh pada tahap yang rendah. Tetapi ambillah perumpamaan hidup ini bagai satu graf yang mana ianya sentiasa menuju kepuncak .Walaupun ada turun naiknya umpama gelombang, dengan ada tolakan dari bawah akan terus melonjakkannya keatas sehinggalah kepuncak. Puncak hidup ini ialah kematian dan puncak matlamat hakiki ialah syurga Allah.
Oleh kerana hijrah itu satu perbuatan, pasti ada ilmu, kemahiran dan kaedah tertentu untuk berhijrah. Kita memang hebat dengan pelbagai ilmu dan kemahiran untuk berubah emosi, minda, ekonomi, kebendaan, membaiki status dan sebagainya. Maka mengapa tidak kita lebih kreatif untuk berhijrah spiritual dan memperbaharui ilmu bahawa memandang ibadah dan ubudiyah kepada Allah dalam konteks yang lebih luas lagi
Namun masih ketara lagi tahap emosi, minda malah ekonomi umat Islam ini pada tahap yang lama dan sukar untuk diubah.
Sebagai contoh iaitu arahan dan kekreatifan Rasulullah SAW yang mengalakkan para sahabatnya untuk berniaga ketika di Madinah, dan meminta orang Islam hanya berurusan dengan peniaga Islam sahaja, dimana kesannya dalam masa yang singkat ramai peniaga Yahudi yang gulung tikar dan akhirnya orang Islam pula menguasai ekonomi.
Sebaliknya, umat Islam yang merupakan pengguna utama di Malaysia ini, masih memilih peniaga bukan Islam ketika urusan jual-beli. Sudahlah golongan perniaga berjaya dikalangan orang Islam boleh dikira dengan jari, kita pula menambah kaya peniaga bukan Islam.
Minda yang seronok dengan hiburan media massa, hiburan sukan, berfoya, pergaulan jantina masih menguasai akal umat Islam dari usia semuda usia tadika sehinggalah warga tua. Inilah rodanya, bertukar generasi, tetapi masalah sosial ini tetap sama malah lebih parah lagi dengan kemudahan maklumat. Hijrah dan azam itu tinggal nama dan slogan sahaja pada setiap tahun