Dalam banyak perkara, pengalaman lebih bermakna dari ilmu teori. Dan di sini, saya mengharapkan perkongsian anda sebagai ibubapa dalam mendidik anak-anak yang masih dalam tanggungjawab secara langsung, khas untuk anak-anak yang belum berumah tangga.
Pagi tadi, selepas subuh di surau Bdr Springhill, P.Dickson, bersama 2 anak lelaki, usia 12 dan 14 tahun, seperti biasa kami tidak sempat menunggu doa imam, kerana terpaksa keluar lebih awal sekitar 6.40 pagi ke sekolah di Paroi ( 25KM). Dalam kereta saya menegur kedua-dua anak saya itu bila jarang berdoa sebaik selepas solat dalam nada 'berleter', dan berkata tiadalah doa untuk ayah dan ummi!!. serta meminta mengarang dan hafal doa sendiri.
Saya terfikir, adakah teguran yang 'bernada' begitu tidak tepat berbanding teguran secara santai ketika masa yang lain? Dalam keadaan yang lain, dalam bersantai, teguran akan masuk teliga kiri dan keluar di teliga kanan !!
Bagi saya, teguran bernada itu, mungkin berkesan kepada anak-anak dan yang penting boleh 'memantul' kesan negatif pada hati ibubapa bila beremosi, juga memantul di hati dan minda bila mendenda ( rotan) secara spontan. Maka di buat sistem point akan kesalahan sebelum denda di kenakan.
Mungkin anda mempunyai pengalaman dan kaedah tersendiri dalam hal ini, di jemput berkongsi ilmu....