Pages

Thursday, January 15, 2009

Palestin : Lurus Telunjuk kelengkeng berkait @ kuman diseberang nampak, gajah depan mata tidak nampak!!

Kebanyakkan Muslim yang bukan Arab khasnya dan orang Arab sendiri, merasakan bahawa pemimpin-peminpin Negara Arab tidak bersatu hati untuk menentang kezaliman Yahudi di Palestin. Ada yang meluahkan perasaan marah yang teramat kepada mereka melalui demontrasi, penulisan dan sebagainya. Kita boleh mengatakan bahawa pimpinan Arab itu hatinya sudah ‘mati’ apabila dunianya sangat ‘hidup’. Kita juga marah bila ada Negara Arab itu membuat perniagaan yang berjuta-juta ringgit dengan Israeal. Kita juga boleh mengatakan Negara OIC sekadar lantang bersidang dan beresolusi dalam kemelut Palestin yang berpanjangan ini dan semakin rumit. Tidak kurang juga melihat pecah belah pimpinan Pejuang Palestin antara Fatah, Hamas dan beberapa kelompok kecil yang lain akan lebih menyulitkan keadaan di Palestin. Semua tanggapan ini betul dan boleh dibuktikan.

Jika lurus telunjuk kita menuding orang lain atau mungkin mudah nampak kesalahan orang lain malah salah yang jauh sahaja kita nampak, sedangkan banyak keslahan depan mata kita tidak berapa perasan. Itulah lumrah dan kebiasaan yang dilakukan oleh manusia biasa yang tidak luar biasa sifatnya

Ujian Allah kepada rakyat Palestin ini adalah juga ujian pada setiap muslim. Bila hati tidak bersatu, mana mungkin musuh yang hebat kesatuannya boleh kita kalahkan. Usah kita menuding orang lain, dalam taman / kampong tempat kita duduk, segelintir kita bercakaran, dalam kariah kita tidak bertegur sapa atau menegur orang tertentu sahaja, sesama pelajar juga banyak 'klik' nya, dalam satu pejabat kita cantas mencantas, malah dalam organisasi dakwah pun ada masalah hati yang tidak pernah selesai.

Begitu juga cantas mencantas dalam organisasi yang sama, apalagi jauh dari untuk bersatu hati bila berlainan fahaman dan idealogi politik. Kita mungkin memujuk hati dengan berkata, oleh kerana isu Palestin inilah orang-orang politik yang berlainan parti atau pendakwah yang berlainan latar belakang boleh duduk sekali, tetapi adakah kesatuan hati itu boleh dialihkan kedalam isu lain atau adakah kesatuan itu mempunyai matlamat yang bercabang-cabang?

Yakinlah bahawa, bala ini yang mencecah selama 60 tahun ini untuk umat Islam yang hatinya longgar dan tidak bersatu. Lihatlah dalam kontek beribadah, hati-hati umat Islam ini cuma ’bersatu’ seketika pada hari Jumaat, tetapi ketika waktu maghrib, isyak semakin kecil bilangan hati-hati yang mahu di satukan. Dan semasa hening subuh, hati-hati ini semakin kecil bilangannya untuk sama-sama berdoa untuk kesejahteraan ummah.

Dan yang lebih ketara, bila hati-hati yang bersatu tadi pada hari Jumaat dan pada waktu lain ketika berjemaah tetapi berapa agaknya bilangan hati-hati yang benar-benar bersatu pula untuk khusyuk ketika solat , berzikir dan ketika berdoa?

Jadi tidak hairan, bila hati-hati yang longgar ini bersatu pula dalam acara demontrasi dan sebagainya, adakah hati-hati itu mampu mengegarkan musuh? Atau mereka disatukan atas dasar emosi marah yang SIFATNYA SEKETIKA atau sekadar melatah!! Sedangkan ada segelintir rakyat Yahudi sendiri yang marah dan berdemontrasi kerana kezaliman pemimpin mereka meratah rakyat Palestin!

Pelampau Yahudi dan sekutunya sangat hebat kesatuan strategi untuk menghancurkan umat Islam, mereka bersatu dalam ekonomi, politik, media massa sehingga kuasa besar gerun melihat kehebatan mereka. Walaupun kuasa Eropah dahulu pernah menyembelih dan menghalau pelampau Yahudi ini, kini siapa pula akan disembelih oleh Yahudi? Yahudi bukan sahaja memusuhi orang Islam tetapi juga orang Kristian dan berapa ramai pula orang Islam dan Kristian yang sudah bersetongkol dengan Yahudi Laknatullah ini!

Maka suluhlah pada diri setiap dari kita dan amat mendukacitakan segelintir dari kita tidak pernah tahu apa yang berlaku pada Gaza 19 bulan yang lepas tetapi beriya-iya pula untuk ambil tahu bila Israel mengganas selama 2 minggu baru-baru ini!! Dan suluhlah kesatuan hati-hati diantara umat Islam ini dan juga SULUHLAH HATI kita, adakah benar-benar SUDAH BERSATU DENGAN ALLAH ketika beribadah atau ketika diluar ibadah khusus?

Dan antara kesatuan hati yang sangat dituntut ketika ini ialah bersatu untuk istiqamah berdoa, memboikot barangan Amerika dan Yahudi serta bersatu membantu dalam bentuk sumbangan kewangan untuk Palestin. Dan sampaikanlah sesuatu kepada orang lain tentang Palestin