Ismail Haniyeh : Kemenangan akan berpihak kepada kami
Selasa ,13/01/2009 - Ismail Haniyyeh, ketua kerajaan yang sah di Gaza telah menyatakan bahawa kemenangan akan menjadi realiti bagi orang-orang Palestin keatas ancaman Zionis di Gaza. Merujuk kepada apa yang terjadi ke atas penduduk Palestin yang dihujani serangan berlarutan dari musuh.
Tentang hal pelan peperangan oleh pimpinan di Gaza pada waktu peperangan ini meletus, Haniyyeh mengulas pada siaran langsung malam Isnin lalu(12/1/2009) bersamaan hari yang ke 17 sembelihan yang dilakukan oleh Zionis. Mereka sedang berhadapan dengan serangan terburuk Zionis ini dengan dua cara. Iaitu dengan pelan politik dan pelan Perang defen-offensif konsisten dan terancang.
Haniyyeh dipetik sebagai berkata ” Pelan politik diplomasi sedang diusahakan” dan dia menambah, “Kita menggunakan dan bermuamalah dengan positif dalam segala inisiatif untuk memberhentikan musuh yang menyerang penduduk kita”
Dalam masa 16 hari, Israel sembelih 900 orang
Selasa ,13/01/2009 - Jumlah kematian di Gaza mencecah lebih 900 orang kebanyakannya kanak-kanak (277 orang) dan wanita (93 orang) dalam masa 16 hari sementara 4100 orang cedera demikian dilaporkan oleh Dr. Muawiya Hassanein , Pengarah Kecemasan Kementerian Kesihatan.
Pihak Israel terus berlaku kejam dengan melakukan pembersihan etnik dengan membunuh 39 orang dan mencederakan puluhan yang lain pada hari Ahad lalu.
Pengunduran tentera Israel dari kawasan Sheikh Ajlin barat daya Gaza membongkar kekejaman Israel di mana 14 rakyat Palestin dibunuh termasuk bayi berumur 1 tahun dan di kawasan lain pesawat tanpa juruterbang (drone) digunakan untuk membunuh puluhan rakyat Palestin. Para pemerhati hak asasi manusia berkata sejak tindakan kejam Israel mula, mereka telah menjadikan rumah rakyat Palestin sebagai kubu dan menahan rakyat Palestin dalam keadaan menjijikkan tanpa makanan dan minuman.