Pages

Tuesday, March 11, 2008

Tarbiah Dari PRU 2008

1. Tsunami PRU 2008 ini, adakah kerana kefahaman rakyat memilih pimpinan seperti rakyat di Kelantan sejak 18 tahun yang lalu atau kerana EMOSI atau kerana isu-isu semasa seperti yang pernah berlaku di Terenggau pada 1999 dahulu??. Jika sekadar emosi, pada PRU 2004, Terengganu telah kembali kepada BN dan BA kehilangan banyak hilang kerusi., dan terus kekal pada tahun ini.


2. Adakah PRU 2008 ini sudah mengambarkan kefahaman orang-orang Islam untuk kembali mengamalkan syariaat Islam bila BA memerentah 5 negeri termasuk mentadbir K.Lumpur? Menguasai negeri-negeri termaju dan kaya seperti Selangor, K.Lumpur dan P.Pinang bermakna sudah menguasai ‘Malaysia’?


3. Atau adakah boleh di jadikan indikator bahawa fikrah Islam yang kita fahami ini sudah juga difahami oleh khalayak yang memangkah khasnya PAS dan PKR ? Bagi saya, di Kelantan dan Kedah boleh di jadikan indikator polar pemikiran orang-orang Islam di sana yang memilih pemimpin yang berhasrat mensyariatkan Islam.



4. Atau adakah dari PRU 2008 ini satu indikator kejayaan Islam ?

Kepada pemilik fikrah Islam yang jelas, tentu jelas fikrah kita untuk bersiasah ( berpolitik). Kita memahami masyarakat kita bermula dari dalam rumah kita sendiri, jiran tetangga, ahli kariah, rakan sekerja dan seterusnya khalayak muslim serta termassuk khalayak bukan Islam.

Dan maaruf utama kita ialah mengajak orang lain memahami aqidah yang benar serta beribadah yang sahih. Tahap keimanan yang jelas di mana hanya syariat Allah SWT sahaja yang layak memerintah bumi ini dan mencontohi Rasulullah SAW sebagai qudwah termasuk sebagai ahli politik unggul dan taqwa di cernakan dari ibadah-ibadah yang hidup sehingga merubah seorang individu walau apa pun bangsa, rupa paras atau pangkatnya untuk menjadi abid yang mana ibadahnya itu terkesan dan tercerna dalam aktiviti kehidupan hariannya. Ibadahnya dinamik, yang berkuantiti dan berkualiti. Sehingga ketahap gementar hatinya bila di sebutkan nama Allah SWT dan ayat-ayat-Nya.

Sebelum menyebut meningkatkan kehebatan berpolitik, berekonomi, berpelajaran, berkerjaya, bersosial, berakhlak dan sebagainya, MESTI meningkatkan dahulu kehebatan mendekati Allah . Dalam kontek bersiasah, inilah ciri pimpinan yang ingin di pilih

Inilah fikrah yang ingin kita fahamkan kepada khalayak, dan proses ini tidak berlaku ketika hampir PR atau fikrah yang berlapikkan politik semata-mata tetapi melalui tanzim haraki yang sekian lama kita dokong.


Jika pengundi-pengundi muslim yang memangkah atas dasar emosi atau sekadar membenci BN kerana hal-hal ekonomi, kenaikan harga barang dan tol, rasuah, indek jenayah yang tinggi, penindasan kuasa dan sebaginya , iaitu bukan atas dasar kesedaran memilih Islam sebagai cara hiduo, maka BERMAKNA kerja duat masih banyak….

Mereka yang memangkah BA dan BN yang muslim tetap menjadi sasaran mad’u oleh seorang pendakwah.

Juga satu gambaran BAHAWA FIKRAH ISLAM INI BELUM BENAR-BENAR menembusi dan belum tersebar luas kepada khalayak .

Menyampiakan fikrah Islam, boleh bermula dengan membahaskan secara terperinci gejala kemaksiatan atau pelbagai bentuk penindasan tetapi kita menekankan bahawa ini HASILNYA BILA MANA NILAI ISLAM TIDAK DIHAYATI SEPENUHNYA dan personaliti Islam yang tiada pada diri pemimpin itu


Dalam kontek yang lain, jika kita tidak menyediakan generasi kedua kita untuk bersedia meneraju fikrah kita sehingga mampu keluar dalam masayarakat khasnya berpolitik seperti masih menggalakan mereka untuk tidak berkerja sendiri dan MENGHARAP KERJA DENGAN KERAJAAN ATAU DGN SYARIKAT sebagai kerjaya, MAKA perkara yang sama akan berlaku di mana kita tidak mahir serta masih menjengah-menjengah berpolItik!!

Yakinlah, generasi ini bakal melihat kegemilangan dan meneraju siasah Islam, mungkin 20 tahun dari sekarang!!

Juga jika kita tidak bergaul mesra dengan ahli kariah, rakan sekerja dan jiran-jiran tidak mengenali fikrah kita, tentu politik dalam masyarakat lebih besar lebih sukar!!