Resilience atau terjemahannya di dalam bahasa Melayu mengikut kamus Oxford Fajar adalah kebingkasan atau ketahanan. Atau huraian yang lebih tepat lagi, “resilience” merupakan daya tahan untuk menangkis cabaran atau halangan.
Lihatlah pada sang lebah, sudah pasti ada hikmah yang besar mengapa Allah SWT menukilkan satu surah yang bertemakan “An Nahl” (Lebah). Lebah merupakan serangga yang sangat kecil, tetapi mampu menghasilkan makanan sendiri. Setiap lebah ada peranan masing-masing sama ada menjadi ratu, tentera, penjaga anak-anak lebah, pencari madu bunga, mahupun buruh. Mereka tidak perlu menjadi parasit yang menumpang untuk menagih makanan secara percuma. Ia mampu terbang jauh berpuluh kilometer dari sarangnya untuk mencari madu terbaik. Bayangkanlah ancaman yang dihadapi oleh lebah - menjadi makanan burung, menjadi mangsa semburan racun serangga, cuaca yang buruk, persaingan dengan serangga spesis lain dan bermacam-macam lagi. Lebah juga merupakan haiwan ergonomik, arkitek dan jurutera yang hebat kerana mampu membina sarang yang sangat kukuh, mengoptimumkan penggunaan ruang serta bersih. Lebah mampu berjasa kepada manusia dengan memberikan madu sebagai penawar, dan lebah mampu berjasa kepada tumbuhan kerana membantu proses debunga.
Mengikut satu kajian, lebah merupakan serangga yang telah pun wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu, dan lebah masih “survive” sehingga kini. Lihat sahajalah pada dinasor, haiwan purba kala yang dikatakan besar, ganas dan kuat, kini hanya menjadi fosil dan artifak di muzium, atau menjadi sisa yang membentuk petroleum di dasar bumi. Mengikut satu kajian, kewujudan dinasor mempunyai usia yang lebih kurang sama seperti lebah. Tetapi, mengapa dinasor tidak “survive” sehingga ke hari ini sepertimana lebah yang comel dan kecil?
“Resilience”, inilah sifat yang dimiliki oleh lebah tetapi tidak oleh dinasor. Daya tahan mengharungi perubahan geografi bumi, daya tahan mengharungi peredaran zaman, daya tahan mengharungi bencana alam serta cuaca yang berubah-ubah. Dengan sifat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada lebah ini, generasi lebah terus hidup di muka bumi ini. Apakah iktibar yang kita boleh pelajari daripada lebah dan juga dinasor? Isu yang ingin diutarakan di sini adalah mengenai “survival” sesuatu bangsa atau umat. Bangsa Rom hanya mampu mempertahankan ketamadunannya selama hanya beberapa kurun. Begitu juga dengan Tamadun Indus di India serta pemerintah kuku besi Firaun di Mesir.
Kemudian, tamadun bangsa-bangsa ini lenyap dan hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Kita lihat apa yang jadi dengan bangsa Rom sekarang di Itali. Mereka tidak lagi mempunyai identiti tersendiri, malah Itali merupakan pusat penyebaran Kristian di dunia, yang membawa nilai yang berbeza seperti mana di dalam Tamadun Rom dahulu. Tamadun Indus di India, yang terkenal dengan pembinaan bandar yang terancang, dengan sistem pembentungan di bawah tanah. Kini negara India mengalami masalah kemiskinan dan infrastruktur yang tidak tersusun. Firaun dan pengikutnya pula hanya meninggalkan piramid yang menjadi pusat tarikan pelancong. Umat Islam, apa istimewanya tentang umat ini? Ia bertahan dari zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah sekarang. Apa yang berubah hanyalah orang-orang yang berada di dalamnya. Tiada yang hilang daripada Islam kecuali pengikutnya bersilih ganti dari zaman ke zaman.
Namun begitu, Islam tetap unggul, bertahan dari segi nilainya serta mesej yang ingin disampaikannya. Dari zaman ke zaman, tetap ada sekurang-kurangnya segelintir bangsa yang mempertahankan dan mengamalkan Islam, dan mereka inilah umat Islam. Mungkin hakikat ini tidak disedari oleh ramai di antara kita. Ada yang menyangka agama Islam hanya bermula sejak Muhammad s.a.w dinobatkan menjadi pesuruh Allah. Sedangkan Islam merupakan agama seluruh nabi dan rasul sejak Adam a.s., sepertimana firman Allah dalam Al Quran yang menggelarkan mereka semua sebagai “muslim”, iaitu orang yang menganuti Islam, iaitu orang yang berserah diri dan patuh kepada Allah S.W.T. “Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik.”
Surah Ali Imran:167.Apakah keistimewaan yang ada pada Islam, sehingga mampu melahirkan umat yang “resilience”, umat yang terus “survive” daripada dulu sehingga sekarang? Apakah intipati yang ada pada Islam sehingga sentiasa wujudnya umat yang berpegang kepada nilai-nilai aqidah Islam walau zaman berganti zaman, walau bangsa lain terus hanyut dengan arus perubahan dunia? Dipetik daripada hasil tulisan Dr Ranjit Singh Malhi, seorang pengkaji dalam bidang “Total Quality Management” (Akhbar The Sun, 8 April 2004) , menyenaraikan terdapat sepuluh elemen penting dalam mencapai sifat “resilience” dalam peribadi seseorang.Walaupun kajian ini diambil daripada orang yang bukan Islam, namun begitu, hasil kajian ini mempunyai intipati yang boleh ditemui di dalam ajaran Islam. Malah, Islam lebih dahulu mempunyai nilai-nilai di atas, tetapi oleh kerana kita kekurangan pakar dan pengkaji dalam bidang psikologi dan sosial, kita tidak mampu mengekstrak rumusan daripada kekayaan nilai di dalam deen Islam. Semoga ini menjadi galakan kepada umat Islam untuk mencari semula hikmah yang hilang, sepertimana kata-kata alim ulama’, “hikmah adalah barang yang hilang, sesiapa yang menemuinya, dialah yang lebih layak memilikinya.”
Mempunyai jati diri yang tinggi (High self esteem)
Allah S.W.T menuntut umat Islam supaya mempunyai jati diri dan juga keyakinin diri yang tinggi. Kerana dalam setiap perkara, seandainya kita melakukan dengan ikhlas kerana Allah dan mengikut syari’at yang ditetapkan oleh Allah, kita perlu yakin bahawa ada kebaikan yang akan diberikan oleh Allah. Seperti firman Allah S.W.T. dalam Al Quran:Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. Surah Ali Imran: 146Kita dapat melihat contoh saudara seaqidah kita di Palestin. Walaupun mereka ditindas secara mental dan fizikal oleh penjajah Israel, namun begitu mereka masih mampu mempertahankan pendirian mereka.
Salah seorang tokoh perjuangan Islam di Palestin, Asy Syahid Sheikh Ahmad Yassin merupakan seorang tua yang lumpuh, malah penglihatannya juga kabur, suaranya juga perlahan dan menggeletar setiap kali berbicara, namun di sebalik kelemahan fizikalnya, beliau mempunyai jati diri yang tinggi dalam mempertahankan perjuangan Islam di Palestin sehingga digeruni oleh penjajah Israel. Setiap ungkap katanya akan dianggap sebagai ancaman kepada pihak Yahudi. Beliau juga bersikap tegas dalam isu penjajahan Palestin, yang mengakibatkan akhirnya beliau yang kurang upaya menjadi syahid kerana dibom oleh penjajah Israel yang hilang punca dan cara untuk melawan musuhnya. Inilah sifat “resilience” yang dimiliki oleh sebilangan besar saudara kita di Palestin kerana mereka memiliki jati diri yang tinggi.
Mempunyai arah tujuan dalam apa jua perkara (Sense of purpose)
Setiap perkara yang dilakukan pasti ada matlamat atau objektif. Untuk mencapai satu matlamat, tidak semestinya hanya ada satu cara. Sekiranya gagal dalam sesuatu cara untuk mencapai sesuatu matlamat, pasti ada cara lain yang lebih berkesan. Kita seharusnya menjadi insan yang berorientasikan matlamat (mission-oriented), dan bukannya berorientasikan cara mencapai matlamat (method-oriented). Allah menerangkan kita melalui Al Quran bahawa manusia akan sentiasa diuji.“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?” Surah Al Ankabut: 2. Begitu juga dalam Surah Al Mulk, Allah menyatakan bahawa Allah menciptakan manusia untuk menilai siapakah yang paling baik amalannya. Ujian adalah salah satu tujuan penciptaan manusia oleh Allah S.W.T. Hanya orang-orang yang memahami tujuan setiap ujian yang diberikan Allah sahaja mampu bertahan dengan setiap mehnah yang menimpa diri. Kita dapat lihat berapa banyak kes bunuh diri (commit suicide) di kalangan orang kafir, kerana mereka tidak mempunyai arah tujuan yang jelas tentang kehidupan mereka. Jepun dan Amerika Syarikat yang merupakan negara-negara maju yang mencatat antara statistik tertinggi di dunia dalam kes bunuh diri. Golongan yang bunuh diri ini bukanlah orang yang miskin atau hidup melarat, tetapi mereka adalah golongan pekerja professional, golongan pelajar institut pengajian tinggi dan golongan berada. Di sebalik kemewahan material yang dimiliki mereka, mereka dilanda tekanan hidup kerana hilang arah tujuan setiap kali berlaku konflik di dalam kehidupan mereka.
Kita dapat lihat antara faktor kejayaan Rasulallah s.a.w dalam menyebarkan Islam adalah kerana baginda sentiasa mempunyai arah tujuan dalam apa jua perkara. Baginda tahu mengapa perlu bertahan di Mekah selama 13 tahun walau mengalami tekanan dan penindasan. Baginda tahu bila masanya perlu berhijrah. Baginda tahu bila masanya perlu melancarkan peperangan. Baginda tahu bagaimana ingin bermuamalah dengan pelbagai lapisan kaum. Dan arah tujuan utama yang sentiasa difahami oleh Rasulallah s.a.w adalah untuk menegakkan syari’at Allah dan mencari keredhaan Allah. Lalu, inilah yang membentuk sifat “resilience” di dalam diri Rasulallah dan generasi sahabat baginda.
Mempunyai sifat optimis yang realistic (Realisitc optimism)Islam mengajar kita supaya besikap optimis, iaitu memandang positif segala apa yang menimpa diri semasa di dunia. Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 216, yang mana kita harus memahami apa jua perkara negatif yang berlaku adalah baik untuk diri kita, walaupun kita membencinya. Contoh dalam Sirah, iaitu dalam Peperangan Uhud yang mana umat Islam “dipujuk” Allah S.W.T bahawasanya kesudahan orang beriman adalah sentiasa yang baik.“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada'. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim,”- Surah Ali Imran:139-140Dengan berbekalkan sifat optimis, kita mampu memiliki sifat “resilience” sepertimana yang kita lihat pada Rasulallah dan generasi sahabat, yang kalah dalam medan Uhud, tetapi kemudian mereka terus menang dalam kebanyakan siri-siri peperangan seterusnya.
Mampu muhasabah diri secara tepat (Accurate Self Reflection)
Muhasabah atau menilai diri adalah sangat penting, dan yang lebih penting adalah mampu untuk muhasabah diri secara tepat, dan bukannya secara emosional dan tidak adil. Contoh situasi, sekiranya seseorang ditimpa masalah, dia haruslah muhasabah dirinya mengapa masalah tersebut menimpanya, dan bukannya menyalahkan pihak lain terhadap apa yang berlaku. Allah menerangkan sikap ini di dalam Al Quran“Dan di antara manusia ada orang yang berkata: "Kami beriman kepada Allah", maka apabila ia disakiti (karena ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah besertamu". Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia?”- Surah Al Ankabut: 10
Kerana sikap mampu muhasabah diri secara tepat inilah, menyebabkan sahabat Rasulallah s.a.w, Tufayl r.a. menerima hidayah Allah untuk memeluk Islam. Beliau merupakan seorang penyair dan cerdik pandai di daerahnya. Apabila Tufayl ingin menziarahi Mekah, beliau dinasihatkan oleh orang kafir Quraisy supaya memakai kapas di telinga supaya tidak mendengar “sihir” dan “syair” Nabi yang akan menyebabkan ketidakwarasan. Lalu, Tufayl telah muhasabah dirinya secara tepat, iaitu dia tahu bahawa dia bukanlah orang yang bodoh, jadi sekiranya “syair” Nabi merupakan sesuatu yang karut-marut dan gila, megapa perlu dia terima. Lalu Tufayl tidak memakai kapas di telinga seperti yang disyorkan, dan dia telah pun mendengar seruan kebenaran Islam yang indah daripada Rasulalllah s.a.w lalu memeluk agama Islam. Apabila kita mampu melakukan muhasabah diri secara rasional, kita akan mendapati bahawa terdapat pelbagai manfaat daripada setiap perkara yang berlaku di dalam kehidupan kita. Jadi ini akan mencetuskan sifat “resilience” di dalam diri kerana kita akan sentiasa menilai sesuatu dengan tepat, maka kita tidak akan takut terhadap apa yang akan mendatang di masa hadapan.
Artikel ini di sunting dari website PEMBINA ( Pertubuhan Belia Islam Nasional)
http://www.pembina.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=67&catid=14