Pages

Wednesday, September 26, 2007

Busuk Dan Berulat!!!


Dua hari yang lepas, penulis sempat menyapa pemunggut sampah depan rumah dan bertanya larat ke kerja berat dalam bulan puasa? Dia menjawab, " Dah biasa bang, yang tak laratnya tiap bulan puasa sampah sarap rumah orang-orang kita ni busuk dan berulat. Faham-fahamlah, makan macam-macam, kuih-kuih terbuang, bukan tulang ikan sahaja, ikan yang tak dimakan lansung pun ada.....sampah macam ni kejap dah busuk, besar-besar ulatnya!! Penulis membalas, "Sabar , banyak pahala menyelesaikan masalah orang ni"

Inilah realiti pada setiap tahun, pembaziran terus berlaku. Sedangkan yang masuk kedalam perut itu sedapnya hanya di mulut akhirnya akan menjadi najis dan busuk , malah mungkin menjadi toksik jika yang dimakan itu mengandungi racun serangga, pengawet atau pewarna.

Nun jauh di Lubnan, khemah-khemah dan rumah-rumah usang pelarian Palestin, mereka berbuka dengan roti keras, malah seperti dilapur oleh wakil Aman Palestin yang pernah berkunjung ke sana, makanan yang mereka makan itu layak untuk makanan ternakan dinegara kita!!!

Tertanamkah emosi untuk bersimpati kepada orang yang menderita, yang kedaifan serba serbi kerana itulah antara pengajaran yang sepatutnya kita perolehi melalui berpuasa ini.

Pihak Aman Palestin masih lagi ada menyediakan kupon RM 5 sekepala dan juga sumbangan khas program berbuka untuk pelarian yang dikatakan paling lama didalam sejarah manusia moden, malah menjadi perlarian didalam negara mereka sendiri, tetapi sambutan kempen-kempen ini tidak memuaskan, malah ada individu yang tidak sanggup untuk tolong mengedarkan kupon-kupon ini kepada rakan taulan. Dimulut dan dimata bersimpati tetapi bila minta sedikit khidmat, lapaz insyaAllahnya 'kosong'.


*** Pada 16 sept lepas, genap 25 tahun peristiwa Sabra dan Satila, masihkah anda ingat peristiwa diperkampungan pelarian ini? http://www.amanpalestin.com/v1/index.php?name=News&file=article&sid=86