Pada malam jumaat yang lepas, forum Perdana Islam membincangkan mauduk ‘keadilan’ dan satu saranan dinyatakan iaitu adil pada tempatnya, dan disini saya ingin menambah adil pada kesesuaian masa, kesesuaian kemampuan penerima serta adil secara holistik.
Adil pada diri setiap organ tubuh badan, adil pada fitrah diri dan dengan kata lain adil itu sepatutnya bersifat fitrah. Maha adil Allah untuk kesemua makhluknya, baik yang beriman atau tidak. Namun keadilan rahmat dari Allah kepada yang mencari dan mendekatiNya tentulah berbeza iaitu pada mereka yang tahap imannya rendah atau tiada keadilan rahmat kepada si kufur, walaupun si kufur itu saudara terdekat nabi SAW sendiri.
Adil yang sepatutnnya holistik, iaitu adil pada spiritual, pada emosi, minda, pada badan dan juga pada kebendaan.
Kehangatan bahang pilihan raya, orang lebih menyebut adil pada kebendaan. Adil memberikan peluang niaga, adil untuk membangunkan negeri, adil pada pembahagian kuasa dan pangkat serta pelbagai nilai keduniaan.
Tetapi adakah adil, jika fitrah badan TIDAK ADIL di jaga, contoh mudah berpenyakit akibat salahlaku terhadap makanan seperti kencing Manis, darah tinggi tidak terkawal akibat bertubuh besar??
Adakah adil, jika ilmu dunia kita hebat dan pelbagai tetapi ilmu Islam dan ilmu ukhrawi sangat rendah dan tidak berkembang??
Adakah dikatakan adil jika spiritual kita tidak telus kepada Allah SWT ketika mana kita beribadah, hati kita ‘melencung’ dan tidak pada-Nya
Adakah adil, dengan pelbagai jenis nikmat kita perolehi, sedangkan kita ingat Allah dengan alakadar dan bersahaja??
Juga adakah adil jika harta benda kita tidak ditempias kepada mereka yang memerlukan baik disekitar kita sehinggalah melangkaui sempadan seperti rakyat Palestin!
Semoga kita tidak terus keliru, bila adil itu sekadar dikaitkan dengan habuan dunia semata-mata, dan jika sekarang unggkapan di musim pilihanraya ini yang biasa disebut, " kita kini sudah berada dilandasan yang betul"...persoalannya apakah nilai landasan tersebut???