Baru-baru ini dalam satu forum, saya sebagai ahli panel dan seorang lagi panel yang aktif berceramah sehingga peringkat antarabangsa ada berkata," kesibukan saya kesana sini berceramah sehingga jarang berada di rumah, jika dulu seolah-olah seperti bersama keluarga 'touch n go', kini sudah naik ketahap lebih pantas dan cepat, iaitu 'smart tax'. Begitulah sibuknya seorang pendakwah bersama orang ramai. Tahniah
Terlintas dalam fikiran saya dan sudah pernah saya tulis dalam artikel terdahulu iaitu ' dakwah touch n go '. Berceramah umum adalah wadah asas dalam berdakwah. Tetapi segelintir pendakwah sudah berpuas hati dengan kerjanya menyebarkan fikrah Islam bila sudah rasa sibuk dan jadual yang padat ke sana ke sini. Berdakwah dan mendidik dua perkara yang berbeza. Manakala mendidik secara terancang dan bertanzim tidak sama bila mendidik secara ala carte.
Dan lebih malang lagi, ada pendakwah yang berpuas hati bila dakwahnya sehingga ke tahap 'smart tax', terlalu sibuk berdepan orang ramai di ceramah umum, berseminar, tazkirah dalam media elektronik, media cetakan, penulisan artikel dan sebagainya tetapi jarang memikirkan kesan dakwahnya!, apalagi mahu menyusuli serta mendidik mad'unya yang berpotensi.