Pages

Monday, July 7, 2008

Mula Dari Rejab, Di ikuti Syaaban dan 'kemuncaknya' Ramadhan...

Rejab tahun ini datang ketika mana berlakunya ribut politik dan kos sara hidup di tanah air kita. Walaupun tidak bermakna pada bulan-bulan lain, kurangnya atu kurang galakan untuk mempertingkatkan amalan, tetapi bermula dari Rejab sepatutnya tumpuan kita lebih kepada persediaan beribadah, khususnya berpuasa sunat pada bulan ini dan bulan syaaban nanti,sebelum kemuncak berpuasa pada bulan Ramadhan nanti.

Tetapi apa yang berlaku, bukan sahaja ramai yang gagal berpuasa sunat tetapi anggota lain turut tidak berpuasa,bilamana telinga nipis mendengar fitnah, kata nista, khusyuk membaca berita jelek, juga mulut berbicara perkara yang tidak perlu.

Khalayak kini di sibukkan dengan isu-isu dunia yang semakin menjelekkan.... Mencari salah atau benar sesuatu isu adalah penting tetapi adalah lebih penting mengajak manusia kembali mengambil Islam sebagai cara hidup. Dan yang pasti, berlaku kejelekkan demi kejelekkan ialah kerana individu atau kelompok muslim tertentu mengadaikan maruah Islam demi memenuhi nafsu dan keduniaannya. Juga CARILAH PERKARA YANG LEBIH PENTING DI DALAM KEHIDUPAN KITA dan tidak mengikut arus luaran.

Saya mengajak diri dan anda sekelian, perbanyakkan amalan ( kuantiti) dan dalam masa yang sama meningkatkan kualitinya pada bulan ini sehinggalah menjadi semakin berkualiti menjelang Ramadhan nanti. Jika dua bulan sebelum kehadiran Ramadahan nanti sudah di biasakan berpuasa, zikir, doa dan qiam, insyaAllah pada bulan Ramadhan nanti menjadi kemuncak kejayaan dan keseronokkan beribadah. Bukan kita tidak sensitif dengan perkembangan semasa, tetapi lebih afdal kita sensitif akan permasalahan hubungan kita yang longgar dengan Allah SWT.