Pages

Thursday, July 10, 2008

Solat Merawat Lelaki Impotent?

KUALA LUMPUR, 28.6.08.

Hasil kajian tiga pensyarah Jabatan Kejuruteraan BioPerubatan Universiti Malaya (UM) mendapati solat yang diamalkan secara teratur boleh merawat masalah penyakit mati pucuk dan beberapa penyakit lain. Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim berkata kajian terhadap 10 pesakit mati pucuk yang mengamalkan solat sebagai terapi dan mengikut postur yang sempurna selama sebulan, membuahkan hasil apabila mereka berjaya mencapai ereksi seperti lelaki normal.


“Lelaki yang normal sepatutnya akan mendapat ereksi sekurang-kurangnya tiga kali sewaktu tidur dan perubahan isipadunya mestilah melebihi 200 peratus. Jika kurang daripada jumlah itu dia dianggap mati pucuk,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Turut hadir pada sidang akhbar sempena Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Biomedical itu adalah dua lagi penyelidik iaitu Prof Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pemangku Naib Canselor Prof Mohd Amin Jalaludin.



Komen.



Didalam buku biomekanik Solat, saya ada menulis tentang regangan otot dan tendon secara betul ketika mengangkat takbir, meletakkan tangan di dada, ketika rukuk, sujud, duduk antara dua sujud. Dan inilah yang dimaksudkan dengan postur ( kedudukan ) yang sempurna ketika solat.

Regangan yang betul dan dilakukan dalam tempuh yang lebih lama, akan meningkatkan aliran darah selain aktiviti 'kembang-kuncup' otot pada bahagian yang terbabit. Ketika sujud, sebenarnya telah berlaku regangan otot bahu, lengan, belakang badan, punggung, pelvic , peha, betis bagi lelaki dan wanita, malah berlaku regangan otot keliling anus dan otot sekeliling pangkal kemaluan lelaki serta otot uterus wanita juga akan di regang. Ini bermakna juga boleh menambahbaik bukan sahaja untuk lelaki tetapi untuk 'dalaman' wanita. Dengan kata lain, ada persamaan dengan regangan otot ketika senaman 'batin' ( spt senaman harimau, juga ada teknik gerakan dalam Yoga) . Semoga semakin banyak kajian demi kajian tentang solat dan saya juga mendapat maklumat pihak JAKIM juga dalam usaha mengkaji kaitan solat dengan tahap kesihatan fizikal dan spiritual