Pages

Monday, January 28, 2008

Bila 'ulamak' Mentadbir......

Sistem pembelajaran agama dari sekolah rendah, menengah sehingga ke peringkat Universiti dimana para pelajarnya lebih menerima dan menakung ilmu yang sedia ada dari dari para guru / pensyarah yang lain berbanding dengan ilmu ekonomi, teknologi dan sains yang kerap berubah dan memerlukan kajian demi kajian yang mana akan lebih merangsang para pelajar menjadi lebih kreatif, kritis dan peka.

Pengalaman saya dan mungkin pengalaman anda serta kebanyakan orang lain, melihat golongan ustaz-ustazah ini 'agak' bermasalah bila mentadbir sesebuah organisasi dan lebih bermasalah bila mereka majoriti. Boleh dikatakan mereka lebih mahir berhujah, bercakap, memberi arahan, mencadang, mencanang idea tetapi dari segi kekemasan mengurus, berstrategi, mentadbir atau berdisplin dengan pentadbiran masih ditahap yang kurang memuaskan. Walaupun bukan semua, tetapi masyarakat mungkin lebih maklum. Malah ada segelintir yang tertutup minda untuk berbincang dan memandang mereka yang bukan ahli agama ini 'terkebelakang' dari kemampuan mereka.

Kombinasi bukan cerdik pandai agama dalam mengurus organisasi harus berjalan serentak dan andaian bukan ahli agama ini akan terhadap 'ulamak atau al Hafiz yang kekurangan kemampuan megurus juga harus ada tolak ansurnya kerana sesetengah bidang para ustaz ini lebih luas skop imaginasi dan pengharapannya.