2. Walaupun sudah hampir lima tahun berlalu peristiwa yang telah mengorbankan ratusan ribu syuhada
( yang ketika hidupnya beriman dan beramal soleh), tetapi masih terdapat kesan bencana ini seperti sebuah kapal generator letrik seberat 260 tan terdampar disebuah
perkampungan dan sebuah kapal nelayan yang tersangkut dibumbung rumah. Kami juga melawat kubur besar yang memuatkan lebih dari 12 ribu jenazah dan melalui kubur yang menempatkan 60 ribu syuhada yang lain
3. Kami juga ditayangkan video peristiwa tsunami ini dan mendengar sendiri cerita langsung dari mangsa. Kami mendengar sendiri cerita dari dua adik beradik yang ketika itu berusia 6 tahun dan 10 tahun
yang hampir hanyut ,mereka menjadi yatim dan kematian sanak saudara termasuk tok-nenek dan seorang penarik beca bermotor yang kehilangan isteri dan 2 orang anak. Cerita sedih ini adalah sebahagian dari ratusan ribu mangsa lain yang selamat, dan berat mendengar cerita mereka, berat lagi bahu dan minda mereka menerima ujian besar ini
4. Begitu juga kami melawat
masjid Baitul-Rahim ( gambarnya telah tersebar luas didalam internet) yang cuma beberapa ratus meter sahaja dari laut. Masjid ini masih kukuh sedangkan bangunan sekitarnya telah hancur lumat. Saya amat terharu dengan kejadian diluar akal logik manusia dan merasai kehebatan dengan rencana Allah ini serta dizinkan solat tahiyatul masjid ini. Rumah-Nya ini tidak runtuh dan dilindungi-Nya ketika peristiwa tsunami yang dikatakan kelajuan airnya menyamai kelajuan sebuah pesawat kapal terbang dan air setinggi 30-40meter, sedangkan rumah manusia dihancurkan-Nya.
5. Kami sentiasa solat berjemaah mahgrib dan solat subuh di masjid Baitul-Rahman dengan menaiki bas yang terletak ditengah-tengah bandar Aceh. Jarak Masjid ini dari laut ialah kira-kira 7 kilometer dan juga tidak rosak, malah menurut juru iring- Pak Achek ( Tengku Azahari), paras air cuma pada tangga ( kurang dari 10 anak tangga) dan air bah itu tidak memasuki ruang dalam masjid serta air sekitarnya tidak terlalu deras, sedangkan paras air diluar masjid adalah tinggi dan arusnya sangat deras.
6. Walaupun kini Aceh kembali tenang, dan bangunan roboh didirikan semula, malah dikatakan hidup mereka lebih aman damai selepas tsunami, dimana rakyat disini bebas ke sana ke mari pada bila-bila masa sahaja berbanding dahulu yang 'tidak dibenarkan' keluar dari rumah selepas jam 6 petang kerana pergolakkan politik yang memakan masa yang begitu panjang sekali. Rata-rata rakyat Aceh merasakan inilah perubahan sangat ketara dan hikmah selepas bencana tsunami ini.
7. Yang ketara orang ramai disini seolah-olah tidak lagi dalam trauma tsunami, walaupun ramai dari mereka yang kehilangan keluarga tercinta, malah truma bergelut dengan maut ketika dihanyutkan oleh air hitam lagi berlumpur itu. Malah mengkagumi akan sangat sedikit orang yang hilang akal atau trauma mental yang berpanjangan akibat bencana yang sangat dahsyat ini.
8. Saya membandingkan suasana disini seperti negeri Kelantan, dan terpapar di iklan besar yang tertera " Aceh Bandar Wisata Islami " - Aceh Bandar Perlancungan Islami. Dan kami sempat melihat malam kebudayaan Aceh yang kebetulan diadakan pada malam kedua kami disana.
9. Kami juga melawat maahad tahfiz yang dikendalikan oleh seorang ustaz muda, lulusan maahad di Jakarta, iaitu Ustaz Zulfikar yang juga kehilangan ibunya ketika lari semasa bah tsunami ke bukit berhampiran bersama isterinya yang baru melahirkan bayi berusia 2 bulan. Beliau yang merupakan seorang imam disebuah masjid mengendalikan maahad tahfiz untuk anak-anak yatim tsunami dan fakir miskin sekitar tempatnya. Saya sangat kagum melihat anak-anak itu yang pada siang harinya bersekolah biasa, tetapi pada malamnya menghadiri kelas tahfiz, bahasa Arab dan bahasa ingeris. Sebahagian besar anak-anak ini ramai yang sudah menghafal lebih dari 5 juzuk, dan pernah 2 orang yang sudah menghafal 3o juzuk. Seramai 12 0rang anak-anak ini di bantu oleh seorang dermawan dari Jakarta dan selebihnya ( jumlahnya sekitar 20 orang) di jadikan anak angkat oleh penduduk sekitar serta ada yang beberapa orang belum dijadikan anak angkat ( kepada yang berminat untuk membiayai salah seorang pelajar di sini, sila emel kepada saya)
10. Terdapat banyak tarbiah rohi yang boleh diambil dengan melihat sendiri akan kesan tsunami dan yang lebih penting melihat dengan mata kasar akan kesan bencana tsunami ini serta melihat kekuatan iman dan mental penduduk Aceh menghadapi ujian besar ini.
11. Juga terasa terharu ketika bersolat di masjid Baitul-Rahman, terasa seperti bersolat dan beribadah di Mekah dan di Madinah dengan alunan muazin serta bacaan imamnya yang silih berganti. Program yang diatur dengan solat subuh dan solat maghrib-isyak berjemaah di masjid ini dan mengikut kuliah mahgrib dan subuh yang juga di siarkan secara langsung di radio Aceh. Cuma pada pendapat saya kembara ini agak mewah dari segi makanan, dimana silih bertukar restoran ( rumah makan) dan hidangannya beraneka lauk-pauk. Ianya kurang baik untuk kesihatan dan juga kemewahan makan-minum boleh terkesan pada santapan rohi, disamping merasai kepayahan hidup segelintir mangsa tsunami yang masih hidup kedaifan.
12 Melihat sendiri akan banyak 'keajaiban' semasa tsunami dan melihat penderitaan saudara serupa wajah dan agama, menginsafkan dengan pelbagai nikmat yang sudah dinikmati. Merasai duka nestapa kehidupan, rupanya ada insan lain yang lebih berat ujiannya dan saya tidak melihat tsunami ini sebagai bala Allah untuk umat Aceh, tetapi melihat ianya adalah ujian Allah dan mereka yang mati itu bukan mati katak, seperti yang diceritakan oleh Ustaz Zulfikar di masjidnya sendiri terdapat 47 jenazah dan pada hari ke 27 baharulah dapat dikebumikan kerana keadaan sangat kelam kabut, dan beliau berkata sesuatu yang menakjubkan apabila jenazah-jenazah itu tidak reput dan tidak berbau busuk.
13. Jika orang lain lebih suka berwisata / berjaulah ( melancung) ke tempat yang menyeronokkan, tetapi melihat sendiri ke tempat 'sedih' di Aceh ini dan Aceh juga bukan tempat untuk membeli belah, akan memberi kesan yang mendalam kepada hati-hati yang mahu berfikir dan mengambil iktibar. Dan seperti biasa toko-toko buku akan menjadi tempat tujuan saya apabila membeli belah, sempat membeli 7 buah judul buku di Banda Aceh ini. Di Indonesia, banyak buku-buku terjemaahan dan tulisan kreatif oleh penulis tempatan.
( saya dihadapan Masjid Baitul-Rahim)
( bergambar ramai di perkarangan Masjid Baitul-Rahman)