Pages

Friday, May 15, 2009

" Terlalu Berpolitik, Tarbiah Terabai !

Inilah antara kata-kata seorang teman lama seorang veteran PAS. Beliau mengulas akan perkembangan terkini politik di Perak dan 'keghairahan' segelintir calun yang mempromosi diri untuk pemilihan pucuk pimpinan pusat PAS pada jun ini. Juga ghairah merasai bahang kemenangan yang menanti dalam politik tanah air. Sebagai seorang yang 'bebas tanpa parti politik', saya menguatkan hujahnya itu dengan gerakan dakwah secara holistik, kerana berpolitik itu adalah salah satu jalan sahaja untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini.

Beliau menambah aspek tarbiah semakin terkebelakang dan tidak menjadi agenda 'penting' dalam parti berharakah ini. Saya pula menambah, bukan sekarang ini terkebelakang tetapi sekian lama telah terpinggir. Beliau sekadar tersenyum. Senyum bersetuju!


Beliau juga bersetuju dengan hala tuju PR yang masih kabur dan juga bersetuju 'kekaburan' perjuangan PKR dan siapa PKR selepas ketiadaan Anuar nanti? Saya juga menambah dari kata-kata bekas Mufti Perlis, Dr Asri yang pernah berkata iaitu dalam banyak perkara dia melihat sukar untuk membezakan Melayu dalam PKR dengan orang UMNO !!. Diakui sangat sukar untuk pejuang agama dalam PKR untuk bercakap tentang Islam, kerana konsep perpaduan dalam PKR dan saya tidak nampak sejauh mana taring PKR bila ketiadaan Anuar Ibrahim nanti. Pelapis pemimpin Melayu PKR jauh terkebelakang. Fikrah Islam syumul tidak diturunkan kepada ahli PKR yang muslim secara bersistem, apalagi modul pentarbiyahan!! Atau tidak keterlaluan untuk menyebut bahawa pejuang Islam dalam PKR sudah 'larut', terpaksa mengikut rentak rebana perpaduan dan hilang istilah dakwah dalam perjuangan PKR.

Bangsa Melayu adalah teras dalam dakwah dinegara ini. Bukan isu jumud terhadap bangsa dan kenegaraan, tetapi inilah asas untuk menegakkan Islam yang tidak pernah termasyur di bumi bertuah ini. Setiap negara wajib menegakkan daulah dinegara masing-masing sebelum mengembalikan semula daulah Islam dan kekhalifahan. Islam dan Melayu mesti seiring, dan juga bukan bermakna muslim bukan Melayu tidak menjadi pokok memperjuangkan Islam, tetapi JANGAN SAMPAI gagal dalam perjuangan Islam dan Melayu pula semakin 'merempat' di negara sendiri. Ini jelas disebut dalam -Fikrah ISMA Perlu Dipromosikan Secara Meluas Kepada Masyarakat ( http://ismaweb.net/v2/Article984.html )

Dalam minda saya, jika suatu masa nanti PR berjaya mentadbir Malaysia, adalah sukar untuk 'mengIslamkan' Malaysia, kerana ramai anggota gabungan PR ( selain PAS), masih kabur tentang Islam dan pemahaman yang berbeza-beza dari kacamata masing-masing. Dan harus diingat, semasa kalah dan semasa menang nanti dua zaman yang jauh berbeza. Manusia mudah berubah. Saya juga sedang menimbangkan untuk menulis tajuk yang agak sensitif iaitu, " Merasa hairan kenapa ahli jemaah harakah Islamiah menjadi calon untuk PKR ?"