Mengarut!!. Tak masuk akal!!. Begitu pandangan semua orang jika sebuah kereta biasa seperti proton ingin berlumba dengan kereta F1, jenis Ferari atau lain-lain kereta F1. Bukan sahaja proton, kereta salon biasa jenis mewah pun tidak mampu menandingi kereta F1 yang teknologinya boleh mencapai pada kelajuan 180 km sejam dalam masa 4 saat sahaja dan purata kelajunnya dalam sesuatu pertandingan melebihi 250km sejam.
Perumpamaan kereta proton atau kereta salon biasa ialah umpama ibubapa yang masih lembab ( tidak laju), guru-guru yang masih longlai langkahnya atau yang berjalan serong, pemimpin yang juga tidak laju, ahli politik yang kerap tersasar jalan, peniaga yang tercari-cari jalan, para duat yang teragak-agak melangkah atau yang juga longlai langkahnya atau ada yang merangkak. Perumpamaan KERETA yang lebih laju dan lebih canggih ialah munculnya dalam keadaa tersangat laju media massa yang mempersembahkan kemaksiatan, kepantasan ilmu sekular menyerang minda, penguasaaan ekonomi jahiliyah, perundangan ikut naluri manusia, dan bermacam lagi. Adakah juga mustahil dan tidak masuk akal akan dua perlumbaan ini???
Kelajuan segala gejala maksiat dan mungkar yang semakin pantas dan laju di litar-litar kehidupan kita. TETAPI USAHA DAKWAH KITA SANGAT PERLAHAN, umpama kereta-kereta biasa tadi. Tidakkah juga ianya juga satu usaha mengarut dan tidak masuk akal untuk menentang dan menandingi kepantasan maksiat dalam semua bentuk, maksiat dalam sistem ekonomi, dalam perundangan, perbankan, politik, apa lagi maksiat dalam sistem sosial dan hiburan!!! Di tambah dengan maksiat dalam hati dan minda seperti maksiat dengki, dendam, ujub, takbur, sombong dan lain-lain penyakit jiwa.
Juga kelembapan iman dan ketaqwaan. Keimanan bergerak tidak laju, masih di takuk lama, ilmu dan emosi terhadap mencari keagungan Allah , kehadiran hari yang pasti pada hari pembalasan tidak selaju berbanding ilmu-ilmu untuk hidup di dunia ini. Ketaqwaan yang di cernakan melalui amal-amal juga tidak selaju amal-amal untuk hidup bahagia di dunia ini.
Maksiat yang pantas lagi canggih ini kini berligar-ligar di sekeliling kita dan ianya sudah mengalahkan ramai dari kita, mengalahkan hati-hati yang kotor, yang kosong malah turut mengalahkan hati-hati pendakwah yang jiwanya juga kosong. Sudahlah kenderaan yang di pandu itu perlahan tetapi tidak pula di isi minyak secukupnya dan tidak sempurna servisnya. Kenderaan dakwah yang tidak di selenggara dengan baik dan pemandu-pemandunya juga tidak mahir atau mempunyai masalah tersendiri, dengan kata lain, kedua-duanya bermasalah. Dan ada juga pemandunya tidak tahu mahu kemana membawa hala tuju kenderaanya.
Maka, bersediakah untuk menentang maksiat yang semakin laju? Laju menerobos masuk dalam rumah-rumah, juga laju membawa bersama anak-anak kita, membawa remaja-remaja lain. Walaupun pelbagai usaha kita lakukan agar melarang anak kita jangan menaiki kenderaan ini, tetapi mereka tetap terpesona dan seronok dengan kehebatan kenderaan ini atau usaha larangan kita tidak seberapa dan ramai dari ibubapa yang tidak ambil kisah.
Tugasan kenderaan dakwah bukan mahu bertanding tetapi mahu menghalang kenderaan mungkar itu dari berleluasa menguasai litar kehidupan tadi. Dan antara yang laju ialah laju mencintai dunai.
Gabenor ke 3 yang memerintah Sepanyol ( Andalusia)pada sekitar tahun 100 hujrah iaitu seorang Panglima hebat., Abdur Rahman Rufaqi pernah bertanya kepada seoran zimmi yang berketurunan Perancis., ” Mengapa Raja kamu Charles Marttin tidak menyerang untuk menakluki semula Andalusia? Antara jawapannya yang panjang itu boleh di simpulkan pandangannya terhadap orang Islam:-
Kamu berjuang untuk mati tetapi kami berjuang utnuk hidup.
Peganagan kamu terhadap Islam sangat kuat dan sangat ikhlas
Walaupun tentera kamu tidak seramai kami, malah senjata kamu daif tetapi gelombang dan berita keberanian tentera kamu mengecutkan hati kami, umpama ombak yang tiada apa yang boleh menghalangnya
Dan menurut zimmi itu lagi, ” tetapi kami akan menyerang kamu apabila kamu juga semakin sibuk mengumpulkan harta peperangan, terpesona dengan barang-barang rampasa yang tidak pernah kamu lihat dan kamu pegang, dan ketika itu kita tiada beza dan pasti kami akan menang!!”
Terpesona dan leka dengan dunia ialah antara batu-batu halangan yang melambatkan pergerakan iman dan taqwa. Hambatan yang melonggarkan pegangan dan keiklasan untuk berjuang.
Sehingga kelekaan dan keselesaan itu umpama selimut lalu kita berkemul ( Al Muzammil dan Al Mudthasir). Dalam ayat muzammil, kita diberitahu jauhkan selimjut untuk bangun tengah malam untuk mengdambakan diri, pengdambaan yang merupakan ’minyak’ yang akan melajukan iman dan kerja amal. Seperti yang kita maklum, ayat ini adalah satu arahan Allah kepada Nabi SAW dan para Sahabatnya wajib pada setiap malam bangun bertahjud selama SETAHUN!!! Manakala Nabi SAW terus menunaikan tahajud pada setiap malam sehinggalah akhir hayat baginda.
Gejala mungkar dan maksiat sentiasa laju, sedangkan usaha mengajak umat kembali kepada Islam masih perlahan, bila kita perlahan dalam urusan mendekatkan diri kepada Allah, perlahan dalam dakwah fardi, perlahan dalam pentadbiran jemaah, perlahan dalam usrah, perlahan dalam pentarbiahan dan perlahan dalam pembetukan generasi pewaris.!!!
Kenderaan F1, semakin laju dan semakin canggih, bagaimana pula kenderaan kita?
Kelajuan ini boleh juga diumpamakan kelajaun mereka dalam bidang ilmu, teknologi, ekonomi, kuasa politik, persenjataan, maruah diri dan sebagainya. Musuh Islam semakin laju dan kehadapan, tanyakan pada diri sendiri, atau tanya pada organisasi kita, atau pada masyarakat kita, bagaimana persediaan kita untuk 'melajukan' kenderaan!!!