Sunday, September 2, 2007
ASYIK DALAM SOLAT.
Emel yang baru penulis terima, pengirimnya - zaitun HZ- ;
Didalam buku yang sedang saya baca ketika ini, kuasa Minda separuh sedar, ada ditulis tentang kaedah meditasi.Tiba-tiba terlintas di fikiran saya untuk mengabungkan kaedah BioMekanik Solat yang doktor tulis dengan teknik imaginasi dari kaedah meditasi tadi.
Semasa solat asar tadi saya menambah teknik menyebut perlahan satu persatu, mendengar bacaan, bayangkan huruf dan fahami makna kepada MENDENGAR, MEMAHAMI MAKNA, LALU MAKNA SETIAP BACAAN 'MASUK KEDALAM OTAK' SAYA DAN MEMBAYANGKAN AYAT ITU TERSIMPAN DIDALAM OTAK KEMUDIAN MEMBAYANGKAN AYAT ITU MASUK KE DALAM HATI DAN BAYANGKAN JUGA DISIMPAN DI DALAM HATI. Selepas solat, saya terfikir, inikah yang dimaksudkan ASYIK DALAM SOLAT seperti dibincang di dalam buku doktor itu, kerana saya merasakan suatu perasaan yang luar biasa, hati rasa bergolak...
InsyaAllah, saya cuba kaedah ini ketika berzikir subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar selepas solat, membayangkan zikir-zikir ini melekat dalam minda lalu terbayang melekat di dalam hati.