Pages

Monday, October 1, 2007

Zuhud Secara Syumul ( Holistik)



Artikel terdahulu yang bertajuk " Teruskan Latihan Berzuhud Sepanjang Ramadhan" membincangkan sifat zuhud yang akan diperolehi secara langsung dari ibadah puasa.Lanjutan dari itu penulis ingin mencoret mauduk zuhud secara syumul.


Ada orang melihat zuhud berkaitan rapat dengan kewarakan seseorang dan melihat zuhud melalui cara pakaian, keadaan kediaman atau kenderaan yang digunakan atau ada yang mengambarkan zuhud itu tidak mempamerkan kemampuan sebenar walaupun mampu! Ada yang menafsirkan, seseorang itu zuhud apabila dia hanya memandu kereta Proton Perdana, pada hal dia mampu memiliki kereta Mercedes mata belalang!, atau rumahnya cuma berharga 200 ribu sedangkan dia mampu memiliki rumah besar melebihi 500 ribu ringgit!, atau pakaiananya tidak berjenama dan murah sedangkan dia mampu beli tali leher yang harganya 500 ringgit.


Sebaliknya, ada juga orang yang merasakan sudah zuhud, bila kenderaannya ala kadar, makan-minum juga seadanya TETAPI pada hakikatnya itulah sebenarnya itulah kemampuannya! Adakah ini dinamakan zuhud?


Dan adakah pengertian sebenar zuhud ini hanya pada fizikal kebendaan semata-mata? Bagaimana pula zuhud dalam kontek cara berfikir, zuhud dari angan-angan, zuhud dalam meletakan sesuatu matlamat, zuhud dalam urusan emosi, zuhud dari bentuk badan, zuhud penglihatan, zuhud pendengaran atau adakah juga zuhud dalam kontek memiliki ilmu?? Atau betulkah ada zuhud secara holistik??


Pada pandangan penulis, pandangan seseorang terhadap zuhud sekadar pemilikan harta benda tetapi dari satu segi badannya masih 3G, dia masih kekurangan zuhud terhadap makanan!!! Penulis bersetuju mengatakan Zuhud bermaksud hidup dibawah kesederhanaan atau simple mind dalam sesuatu hal tetapi yang lebih penting nikmat dunia tidak terkesan didalam hatinya. Apabila dia kehilangan atau tidak tercapai akan nikmat dunia ini, dia kekal bersabar dan 'tidak panik' sepertimana ada orang yang sasau apabila nikmat dunia itu hilang!


Penulis juga menghormati mereka yang menikmati hidup dunia ini dibawah kemampuan sebenarnya, dan yakin diluar sana ramai dari mereka yang sebegini tetapi tidak kurang juga merasakan sudah hidup bersederhana tetapi hutang rumah, hutang kenderaan, hutang perabut melebihi tiga suku dari pendapatannya!! Ada seorang teman penulis yang pendapatannya sudah mencecah dua puluh ribu tetapi hutangnya rumah-kenderaan sekitar dua ribu sahaja, walaupun penulis tidak tahu baki pendapatannya diinfaq atau didermakan atau tidak, namun dia tidak menampakkan kemampuan sebenar sara hidupnya, katanya," Asal ada kereta yang selesa, tidak menyusahkan dan rumah yang mana seluruh ruang rumah akan digunakan oleh keluarganya". ( ada rumah yang besar dan luas, penghuninya hanya 2-3 orang sahaja).


Dizaman awal Islam, beberapa ahli perniagaan yang berjaya tetapi lihatlah tahap zuhud dan pengagihan harta mereka untuk Islam. Begitu juga dizaman kegemilangan Islam, para Gabenor dan khalifah yang berkuasa dan berharta tetapi kecintaan mereka kepada nikmat kekal diSyurga mengatasi nikmat dunia yang sementara. Dan begitu juga, turun naiknya zaman kegemilangan Islam juga kerana ketamakkan mereka kepada nikmat dunia sehingga khilafah Islam hilang sejak tahun 1924 yang mana Raja terakhir kerajaan Islam Uthmaniah Turki lari meninggalkan Istana dimana Pemaisurinya memakai skirt!!( penulis ada minyimpan gambarnya)


Bolehkah dikatakan seorang ilmuan itu tidak menunjukkan 'imej kelilmuannya' itu sebagai zuhud ilmu? Orang berilmu 'wajib' menyebarkan ilmunya tetapi tidak kurang ada para ilmuan lebih menampilkan imej diri, imej ceramahnya, imej berpakaian atau imej tahap kelulusannya dari ilmu yang ada didalam dadanya. Ini termasuklah ahli ilmuan agama atau bukan agama.


Diantara maksud Zuhud Holistik ialah kesederhanaan dalam meletakkan cita-cita, pencapaian dan angan-angan. Letaklah azam memiliki harta dunia ini pada tempat yang sebenar dan dengan niat yang betul. Fitrah kepada yang berusaha, akan Allah berikan apa yang diusaha. Tetapi berapa ramai yang kecundang bila mendapat peberian-Nya itu. Islam mengalakkan umatnya menjadi kaya dan berharta tetapi setiap harta itu ada hak untuk orang lain, untuk keluarga terdekat, untuk jiran dan mereka yang memerlukan bantuan. Sifat self centered tidak sepatutnya ada dalam diri individu yang benar-benar zuhud. Tidak salah memasangkan angan-angan mahukan kesenangan dan mahu relak pada hari tua, tetapi fikirkan juga sesuatu sumbangan untuk orang lain ataupun paling tidak rasailah 'rasa bersalah' kerana kita lebih selesa sedangkan ramai lagi orang lain yang 'terkail-kial' mencari dunia atau yang hidup seperti tutup lubang, gali lubang!! Sifat 'rasa bersalah' ( juga termasuk zuhud emosi) ini akan meningkatkan lagi ukhwah dan ikatan silaturahim diantara sesama muslim.
Pada waktu terdekat ini, sama-samalah kita berzuhud dalam menyambut perayaan, zuhud dalam emosi keseronokan, zuhud dalam berpakaian raya, zuhud dalam juadah, zuhud berhibur lara kerana akan menjadi sia-sia zuhud yang sudah kita tanam disepanjang ramadhan!!!


Kita boleh hebat merancang kehidupan, hebat dengan kreativiti, lantang memberi pendapat, lantang mengkritik, hebat menjaga kecantikan rupa paras, menjaga kesihatan, hebat mengumpulkan harta atau juga hebat mencari kedudukan TETAPI biarlah ada penimbangnya, bersederhana dan ada sifat zuhudnya.