Penciptaan sekecil zarah seperti nukleus, proton,elektron, protein, DNA , mikrorganisma, sekecil serangga atau tumbuhan, batu batan dan setiap yang ada diatas bumi, di lautan, di sungai. di udara sehinggalah sebesar-besar makhluk ada ilmu sains yang sudah manusia terokai. Malah dengan kajian sistem atom, bom tercipta.
Di dalam al Qur’an terdapat banyak ayat yang menceritakan tentang sains biologi, sains geologi, geografi, ilmu arkitek, sains zoologi, botani, sains fizik, matematik, sains kimia, sains angkasa dan puluhan ayat dimana Allah menyuruh supaya manusia berfikir, merenung, mengkaji penciptaan alam ini juga dalam hadis baginda Rasulullah SAW seperti membenar para sahabatnya yang lebih arif dalam membenihkan pokok kurma.
Namun begitu sains bukanlah segala-galanya boleh membuktikan sebab asbab. Agama bukan sains tetapi sains sebahagian dari agama. Ilmu sains membongkar kebesaran Illahi dan membenarkan Islam yang mulia ini.
Penulis terpanggil bila terbaca satu artikel keluaran sautun nahdah yang biasa diedar pada hari Jumaat yang ditulis pada bulan disember 2006 yang mempertikaikan kajian sains terhadap ibadah-ibadah yang diwajibkan terutamanya kajian terhadap solat dan terhadap puasa. Penulis artikel itu membahaskan kaedah illat iaitu ilmu sebab asbab termasuklah sebab-sebab kejadian sesuatu perkara. Beliau menyimpulkan setiap hukum wajib dari Allah dan ditunjuk ajar Rasulullah SAW haruslah diterima bulat-bulat tanpa perlu dihalusi, kerana Allah yang mencipta manusia maka tidak perlu mencari sebab-sebab kita diwajibkan beribadah. Beliau juga mempertikaikan fikiran manusia sudah diracuni dengan ilmu sains dan ilmu pembuktian dalam semua hal.
Berikut adalah sedikit petikan dari artikel tersebut, " Berita seumpama ini bukanlah suatu yang baru atau suatu berita yang menggemparkan. Kita sering mendengar tentang kajian saintifik yang dilakukan ke atas orang yang berpuasa dan segala kebaikan yang diperolehi dari amalan tersebut. Para ulama dan cendekiawan kita juga tak pernah habis membincangkan tentang penemuan saintifik sejenis kuman atau virus yang terdapat pada babi. Begitulah perbincangan demi perbincangan dilakukan ke atas beberapa amalan ibadat tertentu untuk digali segala kebaikan saintifik darinya untuk dibuat kesimpulan seperti, ”Lihat! Inilah kebaikan-kebaikan yang ada di dalam ibadat ini dan itu, sebab itulah Allah memerintahkannya.” atau kesimpulan lain seperti, ”Inilah hikmah kenapa Allah mewajibkan atau mengharamkan perkara ini”. Sautun Nahdhah kali ini akan mengajak pembaca untuk menilai kembali akan kebenaran pernyataan-pernyataan di atas agar kita tidak terjerumus melakukan perkara yang tidak diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala".
Juga diulas tentang kajian fizik terhadap sentuhan bahu orang yang solat berjemaah oleh seorang professor Amerika Syarikat dimana berlaku keseimbangan semula cas-cas badan yang boleh menyegarkan semula badan yang sedia letih. Jelas beliau memperlekehkan penemuan Profesor bukan Islam ini yang akhirnya menjadi muslim hasil kajian lain beliau terhadap ibadah dalam Islam termasuk berpuasa berterusan selama sebulan.
Penulis suka mengambil pendekatan begini, serahkanlah ilmu dan amanah itu pada yang lebih arif , berusaha mendalami banyak displin ilmu sebelum memberi pandangan.
Namun begitu penulis bersetuju bilamana beliau mempertikaikan cara mana kaedah yang tepat melihat keberkesanan solat terhadap sistem jantung, aliran darah manusia. Penulis pernah beberapa berkomunikasi dengan penyelidik kajian fisiologi solat di Universiti Malaya yang sedang berjalan dimana mereka memang berhadapan dengan banyak halangan walaupun alatan yang digunakan itu serba canggih. Apa yang menjadi pertanyaan disini ialah SAMPEL yang diambil untuk melakukan kajian ini. Sampel yang dimaksudkan ialah KUALITI SOLAT mereka? Penulis diberitahu antara sampelnya ialah para imam-bilal dan orang kebanyakan. PERSOALANNYA, ADAKAH ORANG YANG LEBIH ALIM AGAMANYA LEBIH BERKUALITI SOLATNYA??
Kajian fisiologi solat ini memang ada hubungkait dengan kajian yang sudah lama dilakukan terhadap pengamal Yoga, Meditasi, Hipnosis dan amalan altenatif yang lain. Ternyata kajian itu sangat memberangsangkan. Kita harus ingat KUALITI DAN KESUNGGUHAN pengamal-pengamal amalan alternatif ini sehingga keperingkat mereka boleh merasakan dua perkara yang terasing antara jasad dan roh. Juga bagaimana jasad mereka menjadi berenergi luar biasa dan beberapa batang lilin boleh terpadam dengan kekuatan minda memadamkannya serta beberapa contoh lain seperti menarik gerabak keretaapi dengan gigi dan sebagainya.
Penulis memang sedang merangka dan membuktikan BIO-PERUBATAN (BIO- MEDIK) dalam ibadah-ibadah dan di dalam Al Qur’an. Bukan mencari illat hukum-hukum yang sedia ada TETAPI dengan niat faedah penemuan ini, kualiti ibadah akan lebih tertingkat dan dilakukan secara bersungguh agar semua ibadahnya benar-benar terkesan pada roh dan juga pada biologi badan. Penulis yakin dalam ibadah-ibadah ini ada ilmu sains yang tersendiri. Sehinggakan ada ilmu psikologi dan ilmu emosi bilamana kita digalakkan bersedekah semasa ramadhan dan secara spontan pada masa-masa lain.InsyaAllah bertemu lagi pada huraian dalam artikel-artikel mendatang