Pages

Monday, May 5, 2008

Peluang Dakwah Selepas PRU 12

Di dalam Kongres Permuafakatan Melayu yang di adakan di Persada, J.Bahru pada 2-4 mei yang lalu, iaitu hasil insiatif gabungan 180 buah NGO Melayu ( BBPM) dan Gapena dimana ada di bahaskan tentang status ‘palsu’ ekonomi sebenar orang Melayu . Selama ini penguasaan ekonomi Melayu terpaksa dikatakan mencapai 18 %, sedang itu selepas diambil kira orang Melayu dalam syarikat milik Kerajaan ( GLC), seperti PNB,Petronas dan anak syarikat serta lain-lain syarikat berkanun itu. Sedangkan PENGUASAAN SEBENAR EKONOMI ORANG MELAYU IALAH SEKITAR 3% SAHAJA. Bukan sahaja DEB dan kini rancangan ekonomi yang sudah masuk penggal ke 9 masih gagal malah memalsukan maklumat tentang ekonomi orang Melayu!!!. Dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini menyifatkan Kongres ini lebih telus, vokal dan lantang berbanding gelanggan dalam UMNO dan menurut Presiden Teras pula, Azmi Hamid yang keras bersuara dimana jika resolosi yang sudah dibuat tidak direalisasikan, beliau berazam tidak akan hadir dalam mana-mana perbincangan tentang Melayu!!

Sebagai tambahan maklumat tentang dunia bisnes, sebelum menyentuh maksud perkataan palsu diatas dengan keputusan PRU 12. Kenalan saya seorang Cina yang fasih bercakap Melayu , seorang peniaga alat aksesori kereta berkata, ” Orang Melayu berniaga banyak dapat bantuan wang dan macam kursus percuma oleh Kerajaan, ada orang masuk politik mahu cari projek, tapi orang Cina tanpa ada bantuan ini, tanpa masuk politik mereka pegang ekonomi. Kalau tengok deretan kedai-kedai, mahu cari Melayu berniaga pun susah apa lagi mahu beli bangunan kedai itu, kedai dua tingkat , harga sudah 500 ribu”. Dan banyak lagi ceritanya termasuk memberikan tip-tip bisnes. Beliau turut tersenyum lebar, bila saya berkata,” Bila orang Cina buat biskut atau roti letak nama Hwa Tai, Hup Seng, Lee , orang Melayu pun beli, sebab tiada pilihan”. Masih segar dalam ingatan saya, bila ada Pak Syeikh Arab yang menyindir dan berkata dakwaan PALSU orang-orang Islam di negara seperti Malaysia dan Indonesia yang lebih maju dalam ekonomi dan teknologi, sedangkan siapa yang menguasai ekonomi dan teknologi itu? Lekeh-lekeh orang-orang Arab ini, mereka yang berniaga dan menguasai ekonomi di negara mereka.

Berbalik pada perkataan palsu tadi, jika di teliti dan dikaji secara mendalam, terutama kepada mereka yang pernah berkata,” Kita menang!” selepas PRU 12 baru-baru ini. Dalam perbualan saya dengan kenalan yang terlibat dalam TAMRIN, Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia, dimana kebanyakkannya motivator terkenal tanahair yang bersetuju mengatakan keputusan PRU baru-baru ini bukanlah gambaran sebenar cara berfikir, emosi dan kefahaman orang Melayu kearah perubahan kerana kepentingan Islam!. Kemenangan yang palsu dalam banyak hal...

Motivator bebas dan juga di kalangan ustaz ini banyak pengalaman bersama pelbagai golongan dan mungkin ayat tepatnya mereka biasa ‘berdakwah secara umum’. Dan pada saya , sebahagian mereka tidak bergerak secara haraki tetapi memberi pandangan sedemikian.

Bagi duat yang berharaki, dakwah umum itu sebagai hebahan , ajakan, nasihat dan di susuli dengan niat untuk mendidik mereka yang berpotensi. Jika perunding motivasi tadi acap kali berseminar dan berkursus, malah tidak di nafikan ada perserta kursus yang berubah dan insaf, tetapi mereka tidak diiring dan tidak disambut dengan tanzim yang tersusun untuk duduk dalam takungan mad’u.

Maka apakah perubahan sebenar yang berlaku terhadap masyarakat yang sudah memenangkan pakatan rakyat di lima negeri dan K.Lumpur? Jika PAS yang agak jelas perjuangan Islamnya, tetapi adakah berlaku perubahan besar sokongan oleh Melayu Islam? Atau adakah semakin lantang ummat Melayu yang semakin menyokong PKR dalam menentang dan menjadi golongan pendesak terhadap pelbagai carca merba gejala maksiat?

Bagaimana pula strategi untuk memenangi hati-hati mereka yang pro atau ahli UMNO yang semakin hilang kepercayaan? Atau adakah kita mengatakan, biarlah Melayu UMNO dengan UMNOnya.......?

Atau adakah bayangan PRU 12 ini satu gambaran ummat Melayu ini semakin memahami kesyumulan Islam dan hanya nilai Islam yang layak mentadbir?

Dan satu persoalan untuk para duat, adakah selepas PRU 12 ini, tugasan, dan sebaran dakwah semakin mudah menyelusuri masyarakat Islam dan bukan Islam yang sudah mula mengundi orang Melayu ini?

Di manakah yang dikatakan peluang berdakwah itu, atau kita berkata ianya seperti tiada perubahan yang ketara atau peluang itu sudah lama terbentang, cuma peluang itu terbiar berlalu.

Kepada mereka yang secara langsung berpolitik dalam dakwahnya atau dakwahnya berbau politik atau NGO berpolitik atau yang cuba main politik, mungkin ada peluang yang harus di ambil.

Sebagai contoh, bagi mereka golongan soleh-solehah yang bergiat aktif membantu, mahupun jadi calun PKR yang menang atau calun yang kalah, supaya keluar menemui semula masyarakat Melayu khasnya ditempat kempen pilihanraya dahulu . Dan dengan membawa isu yang bukan sekadar menyentuh isu harga barangan keperluan, kepincangan pentadbiran, masalah kemiskinan sahaja TETAPI inilah peluang anda bertukar frekuensi memperkatakan secara langsung akan Islam yang menyelesaikan segala permasalahan. Jika tidak, fikrah Islam anda itu hanya di minda dan segan berdakwah. Dan tentunya anda berbeza cara berpakaian, bercakap dan berakhlak. Dan dengan berhemah untuk memberitahu nilai Islam kepada penyokong anda yang bukan Islam. Jika tidak mampu dengan syarahan, melalui tulisan, maklumlah di luar musim pilihanraya, ceramah semakin kendur. Namun ianya mungkin berbeza dengan PAS yang ada strategi berkala dakwahnya. Semoga akhbar PKR yang baru dapat permit, kuantiti dan kualiti bahan dakwahnya lebih di tonjolkan.

Kepada duat yang memandang penuh minat dan sentiasa memantau senario politik, dimanakah peluang yang ada selepas PRU 12 ini?
Kepada duat astizah pula, adakah cukup sekadar penerusan dakwah di Masjid-surau yang adakalanya tiada imbuhan? Atau sekadar hebat berbicara fikh Islami dan ada segelintir sukar pula menerima teguran terutama oleh duat bukan aszatizah? Atau hebat fikh dakwah dan ada juga segelintir yang lemah dalam pengurusan organisasi dan kurang berdisplin? Bagaimana peluang yang tersedia selepas PRU ini??

Peluang itu untuk orang yang berfikir dan sentiasa berkerja, maka duat yang mindanya sentiasa berfikir untuk dakwah dan sedang berkerja dalam dakwah tidak akan melepaskan peluang jika ada.

Mencari peluang dan berkerja terhadap peluang satu perkara yang jauh berbeza. Dan asas berkerja dalam dakwah ini ialah kekuatan dan kehebatan kualiti berhubung dengan Allah SWT sebelum menguatkan hubungan dengan manusia dan apa-apa yang berkaitan dengan keperluan manusia. KERANA KITA MENCARI PELUANG-PELUANG UNTUK MENGAJAK DIRI KITA DAN ORANG LAIN MASUK SYURGA-NYA

Saya menjemput anda menjana minda untuk perbincangan tajuk ini, samaada di dalam blog dan dalam emel, terima kasih kerana menyebarkan tulisan pada group email yang lain.