Pages

Wednesday, September 3, 2008

'Kelkatu' pada musim Ramadhan


Lebah, lalat, nyamuk dan semut adalah antara serangga yang disebut didalam al Qur'an. Seperti dalam artikel sebelum ini yang mengambil lebah sebagai analogi resilience kehidupan. Serangga ini yang sudah wujud berjuta tahun dahulu tanpa berlaku perubahan ketara dalam evolosi anatomi. Dikatakan terdapat 13 spesies lebah. Lebah di Malaysia yang tabiatnya bersarang di atas pokok, tidak sama dengan spesies lebah yang bersarang diatas tanah dan diatas batu seperti lebah gunung seperti yang terdapat di negara Iran.

Tabiat lebah ialah HANYA MENCARI yang bersih, lalu memperoses madu didalam perutnya. Cuma 5% madu itu kegunaan dirinya, bakinya untuk diambil dan digunakan oleh manusia. Jika tidak diambil madu ini, madu ini akan kering / pupus begitu sahaja.

Manakala lalat tabiaatnya HANYA MENCARI yang kotor. Dan ada satu serangga yang namanya kelkatu yang kediamannya dibusut-busut dan dalam tanah. Dari kelkatu, seterusnya akan menjadi anai-anai.

Antara tabiat kelkatu ini ialah kesukaannya mencari cahaya, baik cahaya terang atau cahaya malap. Dan kelatu ini HANYA mencari cahaya ketika musim hujan sahaja.

Sebahagian besar kelkatu yang mengelilingi cahaya akan jatuh kebawah . Seolah-olah kelkatu ini sedang berpesta cahaya, tetapi bila penat, dia lelah lalu mati begitu sahaja.

Menyebut tentang cahaya, bukankah semua ibadah itu adalah bercahaya. Ia tetap bercahaya pada setiap masa, baik ibadah pada siang hari atau malam, baik ibadah sendirian atau berjemaah. Dan tetap bercahaya pada setiap bulan. Namun limpahan cahaya lebih terserlah pada bulan Ramadhan dan beribadah pada sepanjang masa di tiga masjid termulia, iaitu di Masjidil Haram, Masjid Nabi dan masjid Al Aqsa. Maka tidak hairan, ada orang bersungguh-sungguh solat berjemaah 40 waktu berturut-turut dengan takbir pertama di sana, kerana mengejar limpahan cahaya itu, sedangkan bila kembali ketempat asalnya, semakin jauh untuk berjemaah. Seolah-olah tiada lagi cahaya dari ibadah itu.

Begitu jugalah, ketika musim Ramadhan, yang semakin bergermelapan cahayanya,manusia berpusu-pusu untuk berjemaah tarawih, mula buka AlQu'ran semula, mula bersedekah dan teruja melakukan banyak kebaikan.

Mungkin analogi tabiat kelkatu tadi yang bermusim mencari cahaya boleh di padankan dengan tabiat mereka yang 'mengerumuni' masjid untuk beribadah pada musim Ramadhan ini seperti mana kelkatu yang mengerumuni cahaya tadi. Dan juga bertepatan dengan analogi dimana banyak kelkatu yang mati atau keletihan selepas mengerumuni cahaya seperti mereka yang keletihan selepas bulan Ramadhan, dimana masijid-surau tidak lagi di kerumuni.

Sebahagian dari kita yang bertabiat seperti kelkatu ini, anda bukan kelkatu, tetapi marilah amalkan tabiat lebah yang sentiasa mencari kebaikan dan kesucian serta memberi manafaat kepada orang lain. Banyak kebaikan yang diperolehi bila kita mengerumuni rumah Allah, selain berganda pahala ibadah, juga memperolehi manfaat berjiran , bersilahturahim sesama kariah.

Jika mengekalkan status 'kelkatu' pada setiap musim Ramadhan, mungkin satu hari nanti bertukar menjadi 'anai-anai' yang menjadi musuh manusia, memakan barangan kayu.