Pages

Friday, April 25, 2008

simple mind atau selfish??

1. Si remaja ini, tiap hari bangun pagi dan bersiap ke sekolah atau ke kolej, ada yang sempurna subuhnya, ada yang gagal atau subuh 'gajah'. Di dalam kelas dia belajar ilmu baru atau mengulangkaji ilmu yang sudah di pelajari. Balik ke rumah, dia menonton TV, dengar radio- mendengar celoteh 'terlampau ' DJ dan merentap hati akan lagu-lagu yang di siarkan atau membuat kerja sekolah atau tidur. Bila malam, dia menyudahkan kerja-kerja seklahnya atau terus menonton TV dan tidur sehingga pagi esok. Begitulah rutin hariannya, dan dia semakin sibuk mengulang kaji pelajaran bila semakin dekat peperiksaan. Bila hujung minggu dia keluar bersama rakan, berseronok , bersukan atau melepak dan begitu jugalah pada setiap hujung minggunya.

2. Orang dewasa ini pula, setiap pagi dia bergegas ke pejabat, menghabiskan kerja-kerja pejabat yang sememangnya tidak pernah habis atau ke sana sini tanpa rasa jemu malah tetap bersemangat demi rezeki...Bila petang, dalam kepenatan, dia menguruskan rumah tangga, si ibu terus sibuk dan si ayah buat-buat sibuk. Selain sibuk mengurus rumah, mulut juga sibuk membebelkan anak-anak. Ada yang bersantai depan TV mengikuti siaran drama bersiri , beremosi dengan jalan cerita walau ada jalan ceritanya tidak masuk akal atau ada yang masih tersangkut dalam kesibukan jalanraya. Menjelang malam, mereka semakin bersantai depan TV, sesekali muncul di surau /masjid waktu maghrib atau muncul malam jumaat sahaja atau tidak muncul2 langsung. Jarang benar orang-orang kita meluangkan masa membaca bahan yang bermanafaat, mereka lebih suka bersandar atas sofa sambil menikmati bermacam rancangan TV. Bila mengantuk, terus tidur. Esoknya bangun pagi dan seperti kebanyakan , ramai yang subuh di rumah atau subuh dalam keadaan tergesa-gesa dan terus mengulangi rutin kehidupan, yang berbeza ialah masalah dalam kerjanya....Pada hujung minggu, sekeluarga bersantai dgn akhbar, TV atau sesekali bersantai di tempat percutian..... Dan begitulah hari-hari berikut, munggu berikutnya......

NAH!! NAMPAK MUDAH DAN SIMPLE CARA HIDUP MEREKA INI, ATAU BOLEH DIKATAKAN ORANG-ORANG INI SELFISH, HIDUPNYA CUMA TERTUMPU PADA DIRI ATAU KELUARGA SENDIRI??

aTAU ADA YANG BERTANYA, BUKANKAH INI CARA HIDUP MODERN DAN MENJAGA DIRI SENDIRI SERTA TIDAK MENYIBUK AKAN URUSAN ORANG LAIN?

Tidak juga bermakna mereka yang terlibat dalam politik, NGO , JKKK, AJK surau-masjid dan lain-lain persatuan adalah orang yang meluaskan pemikiran dan gaya hidup lebih luas jika politik dan pertubuhannya itu juga selfish pada parti sahaja atau puak- sekelompok tertentu sahaja, walaupun ianya NGO yang Islamik!! Namun mereka lebih kehadapan dalam masyarakat berbanding mereka yang kitaran hidupnya sangat terbatas dan sempit.

Mahfum sabda Nabi SAW, orang yang terbaik di kalangan kita, ialah mereka yang banyak memberi faedah kepada orang lain..

ada yang menyempitkanmaksud berfaedah dan berkhidmat pada khalayak ini bila berkata," tadi di tempat kerja penat melayan kerenah orang ramai di kaunter, sudah penat mengajar murid-murid di sekolah atau sudah penat merawat pesakit di klinik!!!, memang benar tidak dinafikan khidmat mulia ini TETAPI APAKAH BEZANYA KHIDMAT ITU DARI ORANG LAIN, JUGA APAKAH BEZA KHIDMAT YANG SAMA DI BERIKAN OLEH SI RAJU, OLEH SI AH MENG ATAU OLEH DR DAVID??