Pages

Saturday, September 13, 2008

Roh Ramadhan Semakin Layu?

Dalam satu pembacaan dalam internet ini yang berkaitan dengan amalan berpuasa ini, terdapat dua perkara yang menarik minat saya:-

1. Tulisan tentang budaya tilawah Al Qur'an dikalangan orang awam di Yaman. Dikatakan pemandu teksi sendiri sentiasa membaca Al Qur'an semasa menunggu pelanggannya dan akan membuka kaset Al Qur'an untuk dikongsi dengar bersama penumpangnya. Masjid-surau meriah sepanjang malam dengan kumpulan tadarus. Saya yakin, kita sedia maklum, dikebanyakkan umat Islam ditimur tengah, meriah menyambut ramadhan dengan memasang lampu warna-warni dan sudah menjadi budaya mengirim kad ucapan Salam Ramadhan. Dan sebaik masuk syawal, mereka merayakanya pada hari pertama dan hari berikutnya seolah-olah tiada raya lagi!!

2. Tulisan yang membawa maksud bahawa puasa itu adalah bulan yang menyekat akan perkara keperluan hidup yang dilakukan pada setiap hari. Dan perkara utama sekatan dan larangannya ialah tidak makan dan tidak minum. Dengan kata lain, makan minum tidak satu agenda penting dalam kehidupan. TETAPI apa yang berlaku di negara kita ialah dimana-mana PESTA MAKANAN seawal jam 2 petang sehingga waktu berbuka. Jiran saya seorang India, seminggu sebelum puasa, isteri saya menghadiahkan buah kurma dan sedikit kuih tat nenas. Apa yang menarik perhataian saya bila isterinya yang seorang Mat Salleh ( usia 50an) berkata yang dia akan balik England beberapa hari lagi dan beliau menambah akan terlepas peluang untuk menikmati suasana banyak kuih-kuih waktu petang. Nah, orang bukan Islam pun mengaitkan puasa dengan pesta makanan !!!

Adakah sudah hilang keberkatan dan roh Ramadhan sepertimana yang disebut oleh banyak pihak? Atau keberkatan itu bukan untuk semua orang,bukankah ianya mesti dicari dan diusahakan sepertimana mencari malam lailaturqadar!

Perhatikanlah, dimana-mana masjid kita, selepas subuh, zuhur, asar, malah selepas tarawih, tiada suasana menyuburkan Al Qur'an. Sepi dari orang yang sibuk bertilawah.

Lihat dan bandingkanlah serta belajarlah dari orang lain.