Pages

Wednesday, December 17, 2008

Apa Selepas Haji?


Bila sebut sahaja ibadah Haji, biasanya golongan remaja dan dewasa di bawah usia 40 tahun kurang ata u tidak terpanggil, kerana bagi mereka belum tergolong dari mereka yang patut menunaikan haji! Jika ditanya rukun haji, ada yang terpingga-piingga walaupun mereka pernah pelajari ketika di bangku sekolah lagi.

Tahniah kepada mereka yang sudah bergelar haji/hajjah dan ketika ini jemaah haji Malaysia sudah mula berangkat balik.

Jika sepanjang puasa, latihan khas selama sebulan untuk melatih jiwa dan juga fizikal secara berterusan. Manakala ibadah haji merupakan 'dunia ibadah khas' di mana ketika jemaah berada disepanjang mengerjakan haji serta menziarah Madinah, disamping mencari haji mabrur, mereka masih terus solat fardu-sunat,berkorban, tilawah Al Qur'an, berzikir dan boleh berpuasa sunat serta ibadah yang lain.

Dunia ibadah itu bermaksud, mereka datang khusus untuk beribadah sepanjang 40 hari di tanah haram. Sepanjang hari mereka berterusan menjalani latihan rohani disamping boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal ( atau mungkin yang terasa tersiksa fizikla bila selama ini fizikal tidak dijaga).

Haji yang wajib sekali dalam seumur hidup, maka sepatutnya kesan haji itu boleh merubah kehidupan untuk sepanjang hidup berikutnya setelah pengampunan dosa-dosa dengan Allah!!. Persoalannya benarkah begitu? Atau bertahan beberapa minggu atau bulan sahaja, bilamana selepas itu kembali kepada akhlak lama? Malah ada yang malu dipanggil 'haji'.

Memasuki 'kursus' selama 40 hari itu bukanlah satu jangka masa yang pendik apatah lagi suasana dan semua orang kesana dengan niat yang sama untuk tumpuan dan bersungguh-sungguh beribadah.

Jika kehidupan selepas haji kembali kepada tabiat lama atau berubah sekadar 'hangat-hangat tahi ayam', bermakna perlu kepada muhasabah diri.

Jika ketika disana rajin solat berjemaah, tetapi di tanah air masih selesa solat sendirian atau mampu solat berjemaah subuh ketika menunaikan haji, maka perlu disemak semula KUALITI HAJI itu jika masih liat berjemaah subuh sekembali dari Mekah.

Begitu juga dengan amal-amal lain yang tip-top ketika disana tetapi disini terus lesu atau sebentar sahaja semangatnya, adakah itu tanda haji yang mabrur??