Alhamdululillah, semasa TOT Aman Palestin, terdapat talian internet di tempat kursus iaitu diBangi. Semalam satu ungkapan yang menarik iaitu "hati dijadikan seperti hotel". Sepertimana yang kita tahu, didalam bilik hotel diletakkan segala keperluan . Di situlah tempat tidur, tempat makan, ruang tamu, ruang menulis, malah kalau boleh mahu memasak didalam bilik hotel. Begitu jugalah ada segelintir dari kita, dimana didalam hatinya tempat mengumpul dan tiada penyusunan untuk diletakkan nilai baik dan nilai negatif. Bercampur aduk kasih sayang, tiada aturan perkara yang lebih aula (utama) , bertaburan nilai dan kepercayaan tanpa penyusunan.
Perunding kursus ini, Dr Muhamad Hassan 'Asyur telah menyarankan sepatutnya penyusunan hati ini seperti galaksi yang berputar mengikut paksinya. Dan paksi utama dan ditengah-tengah ialah meletakkan Allah dan Rasul-Nya, diikuti diri sendiri seterusnya orang yang terdekat, kemudian orang lain dan persekitaran. Nilai-nilai lain akan berputar mengikut paksi masing-masing tetapi tetap terikat pada syariat Allah dan sunnah Rasul SAW
Bukan sahaja menyusun urusan dunia secara tersusun, tetapi mengurus hati juga mesti ada penyusunannya. Ada orang meletakkan nilai dirinya melebihi nilai dari Allah dan bertentangan dengan sunnah Rasullulah SAW. Malah ada nilai dunia seperti harta, kedudukan, anak-anak, kesukaan menjadi "Tuhan" dan ada yang merosakkan biologi diri dengan perkara-perkara tidak sihat. Menyayangi diri sendiri adalah perkara asas sebelum perihatin kepada orang lain.
InsyaAllah beberapa mauduk lain hasil dari daurah 3 hari ini yang akan penulis coretkan.