Analogi ketelitian.
Apabila dua wakil orang Quraisy iaitu Amru Al As dan Abdullah Rabi’ah mengadu kepada Raja Habsyah, Najasi ( nama sebenarnya Ashamah bin Abjar) tentang sebilangan sahabat Nabi SAW yang berlindung di negaranya dan berkata mereka adalah golongan pembawa ajaran agama baru, pecah belah keluarga serta memohon untuk membawa mereka pulang ke Mekah. Tuduhan ini juga di akui benar oleh para pembesar Najashi dan Amru Al As pula bukanlah orang asing kepada Najashi.
Tetapi, cuba kita analisa sifat ketelitian Najashi bila meminta sendiri orang-orang yang di tuduh itu mengadap dan mempertahankan diri mereka. Dan memberi jaminan akan memulangkan mereka jika ternyata benar dakwaan itu atau membenarkan mereka tinggal di Habsyah jika benar mereka adalah orang yang baik.
Analogi Sikap Berterus Terang
Di kalangan sahabat yang berjumlah 80 orang ( beberapa orang wanita) yang berhijrah dan berlindung di Habsyah ada yang berbelah bagi dan takut untuk mengadap Raja Habsyah.
Dengan ketegasan beberapa sahabat yang di ketuai oleh sepupu nabi SAW, juga abang kepada Saidina Ali bin Abu Talib, iaitu Jaafar Bin Abu Talib masuk mengadap tanpa melutut menghormati Najashi yang beragama Kristian itu seperti mana yang di lakukan oleh rakyatnya.
Lalu di sergah oleh Amru Bin Al As, ” Kenapa kamu tidak sujud pada Raja?”
”Kami hanya sujud kepada Allah,” jawab oleh para sahabat dengan berani.
Najashi tersentak, dan memerhatikan mereka dengan penuh minat.
Setelah di kemukakan tuduhan, Jaafar Abu Talib menjawab dengan panjang lebar. Di antara ungkapannya ialah ajaran yang di bawa oleh Muhammad bin Abdullah bukan agama baru tetapi telah menukar sifat-sifat tercela kepada sifat kebaikan. Jika dulu membunuh anak perempuan, kini menghormati mereka, dulu selalu bergaduh, berzina, minum arak, kini bersilaturahim dan berakhlak baik.
Kemudian Jaafar Abu Talib membacakan permulaan surah Maryam dan sebaik mendengarnya, Najashi dan pendeta Kristian yang ada mengalir air mata. Lalu Najashi mengistiharkan orang-orang Islam ini boleh tinggal dengan aman di Habsyah dan jangan di ganggu.
Ketegasan Jaafar Abu Talib terus diuji pada keesokan harinya apabila Amru AlAs masih mencari helah dengan berkata kepada Najashi bahawa orang Islam ini berkata Nabi Isa adalah sebagai hamba Allah semata-mata.
Lalu Jaafar Abu Talib berkata,” Isa adalah hamba Allah, utusan Allah dan kalimah yang dicampakkan kepada Maryam si dara.” Najashi gembira dengan jawapan itu dan berkata,” Sesungguhnya apa yang kamu katakan itu bertepatan dengan Isa”.
Namun jawapan Najashi itu dibantah oleh para pembesarnya tetapi dia tetap dengan keputusannya membenarkan orang-orang Islam tinggal di Habsyah.
Analogi Hikmah Rahsia Najashi.
Para pembesar Najashi marah dan pergi kepada rakyat dan memberitahu bahawa Najashi sudah keluar dari agamanya dan menganut Islam. Mereka mengajak rakyat menjatuhkan pemerentahannya.
Dalam keadaan huru hara dan menghadapi pemberontakkan, Najashi perlu keluar berdepan dengan rakyat.
Pada sekeping kulit rusa, Najashi menulis,” Saya mengaku tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hambaNya. Saya mengaku Isa adalah hambaNYa dan utusanNya, ruhNya dan kalimah yang dicampakkan kepada Maryam”. Lalu kulit rusa itu dililitkan ke dadanya.
Kemudian beliau keluar kepada rakyat lalu berucap, ” Wahai rakyat Habsyah, apakah pandangan kamu tentang pemerentahan saya.” ” Engkau memerentah dengan baik,” jawab rakyatnya.
Najashi bertanya lagi,” Apakah yang menyebabkan kamu memberontak?’
” Eangkau telah menolak agama kami dan engkau berkata Isa adalah seorang hamba”.
Najashi bertanya lagi,” Apakah pendapat kamu tentang Isa?” ” Isa adalah anak Allah”tegas mereka.
Lantas Najashi meletakkan tangannya ke dada di atas kulit rusa tadi seraya berkata,” Saya mengakui bahawa Isa tidak lebih dari itu”.
Jawapannya itu memuaskan hati rakyatnya dan mereka bersurai dengan aman.
NOTA : Pada tahun ke 7 hijrah, Najashi menjawab surat dari Nabi SAW dan mengakui ke Islamannya. Malah beliau juga wakil kepada nabi SAW menjadi wakil wali perkahwinan nabi SAW dengan Ramlah binti Abu Sufian yang ketika itu berada di Habsyah setalah diceraikan oleh suaminya yang masuk Kristian dan mati akibat ketagihan arak.
Tingginya hemah Najashi berdepan dengan rakyatnya yang sedang marah dan memberontak serta mahu menjatuhkan pemerentahannya sesuatu yang sangat luar biasa. Beliau tidak menjual prinsip hidupnya iaini akidahnya tetapi berjaya mengelirukan mereka.
Dalam menghadapi situasi yang tegang dan tertindas, tentulah perlu berahsia dan berhati-hati. Namun dalam keadaan yang agak selesa dan aman, perlukah kita masih berhemah dan sangat berahsia, sehingga mesej sebenar tidak sampai dan boleh mengundang banyak halangan dalam perjuangan ? Ambil peluang pada sitiuasi semasa, khususnya suasana politik negara ketika ini, sifat ’keterbukaan’ kerajaan mahu mendengar pandangan rakyat dan terbuka juga mencari kelemahan pemerentahan sebelum ini, sepatutnya ini peluang untuk kita TELITI TETAPI TIDAK BERAHSIA IDENTITI PERJUANGAN. Apalagi perjuangan atas dasar isu ummat dan diterima oleh khalayak ¡!!