Tajuk diatas adalah artikel yang ditulis oleh Dr Asri , mufti Perlis dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam, 8 jun 08, berikut beberapa sedutan dari artikel tersebut :-
1.Al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma‘ruf dan al-An- Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada
2.Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?” (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
3. Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
4. Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.
Dan didalam akhbar hari ini ada menteri yang menolak mentah-mentah akan cadangan langkah kerajaan berjimat cermat iaitu dengan memotong elaun para Menteri dan Timbalannya kerana katanya pemotongan itu tidak akan mencecah 1 billion!! ( ada elaun yang bukan sahaja ganjarannya yang tidak munasabah tetapi 'jenis elaun' itu sendiri )
Komentar.
1. Sikap imam al Nawawi menegakkan kebenaran sangat tegas , berperinsip dan sanggup mengambil risiko. Dan sikap kita pula, mungkin 'never mind' atau tunggu dan lihat.Mungkin ada yang berkata berkata, "orang yang memprotes secara terang-terangan itu tidak bertamaddun " . Mungkin juga ada yang merasakan masalah yang dihadapi ini belum betul-betul kena batang hidung sendiri.
2. Ada yang berkata, itu Saidina Umar, dia lainlah sahabat nabi SAW, pemimpin besar dan sudah terjamin sebagai ahli syurga. Bagaimana pula kita yang memimpin, tidak mahu segera memasuki syurga kah? Tetapi mengapa sikap dan gaya hidup kita masih melambangkan dan mencerminkan ketidak perihatinan kepada mereka yang kesempitan hidup?
3. Atau ada yang berkata, bercakap mudah dari memikul beban, tetapi sejauh mana ketelitian menangani sesuatu masalah. Bak kata orang, "minyak kenderaan sekarang umpama jantung manusia , sentuh sahaja harga minyak, maka harga barangan lain pasti akan naik", atau boleh diumpamakan seperti 'snow ball'. Memang benar, soal ekonomi bukan segalanya tetapi segalanya sangat berkait rapat dengan wang-ringgit. Apabila kos kehidupan semakin meningkat, maka individu juga semakin disibukkan dengan dunianya untuk menampung kehidupan atau mengekalkan keselesaan yang sudah terganggu!. Maka semakin ramai manusia yang terpesona dengan tuntutan dunia dan 'lupa' akan mengejar tuntutan akhirat atau dilakukan tidak sehebat dia mengejar dunia.
4. Kembali menyelesaikan masalah dengan melihat dahulu kesengsaraan orang lain dan itulah adalah amanah besar kepada si pemegang amanah. Apa yang berlaku, masing-masing menjaga kepentingan diri dan puak, menjaga bisnes dan kedudukkan sendiri, dan sukar untuk hidup dalam kepayahan bersama. Lihatlah sikap saidina Umar, yang sanggup bersama berlapar dan malu bila dihidangkan makanan yang lebih baik dari rakyatnya. ITULAH HASIL TARBIYAH JIWA YANG TAKUTKAN ALLAH DEMI MENUNAIKAN AMANAH