Pages

Monday, April 21, 2008

Bangang..Bodoh..Bahlul...Babi ...Siot ..Bangkai !!!!!!

Pada pagi ini, saya 'terpaksa' menggunakan PC di cyber cafe di Ampangan, Seremban kerana notebook saya masih di baiki yang dijangkiti 'cacing'.

Kiri kanan saya sekarang anak-anak remaja yang mendakwa bersekolah petang sedang asyik bermain game dan terkeluarlah perkataan yang 'hebat-hebat' seperti yang tertulis di atas!!

Saya terkedu dan jika bersuara, ianya seperti mencurah air di daun keladi. Di mana mahu memulakan membetulkan anak-anak ini yang bakal menjadi BULUH dan ianya bukan di sini sahaja, malah di mana-mana sahaja ??

Ia bermula di rumah, kedua bermula di jagaan ibu bapa, dan ketiga bermula instituisi keluarga DAN KEMUDIANNYA BAHARULAH DARI LUAR yang di namakan sekolah, universiti, rakan sebaya, pembacaan, hiburan dan sebagainya.

Penawar dan madu dari IbuBapa yang jiwanya HIDUP adalah SANGAT MUJARAP MELAWAN PELBAGAI JENIS RACUN DI LUAR SANA.