Pages

Monday, October 6, 2008

Ayat skima "Selamat Hari Raya, Maaf Lahir Batin" yang tidak lagi bermakna??


1. Ucapan ini sudah bergenerasi diucapkan. Baik ucapan langsung semasa berjabat tangan, dalam kad raya biasa, kad raya elektronik atau dalam sms.



2. Kata-kata yang sudah menjadi ' kata laluan' pada setiap kedatangan syawal dan sudah terlalu biasa. Di ucap oleh yang tua dan muda. Malah si muda ada yang berkata, " maaf lahir batin, kira kosong-kosonglah". Malah ada yang menghairankan, berkata maaf lahir batin terhadap kenalan baru atau orang yang tidak dikenali, entah apalah dosa batinnya?



3. Persoalannya, adakah ucapan itu lahir dari lubuk hati dan si penerima juga menerimanya di lubuk hatiny? Atau sekadar dibibir kerana sudah mejadi adat yang di ucap semasa beraya!!



4. Seafdal amal ialah ketika berpuasa, ramai dari kita tidak sedar seafdal memohon maaf juga ketika berpuasa dalam bulan ramadhan.Jarang benar kita saling bermaafan ketika ramadhan malah pelik pula rasanya atau ada yang berkata, " dah buang tabiat ke, belum raya dah mintak maaf"!

5. Perlu diperbetulkan pemahaman untuk bersungguh-sungguh memohon maaf agar tidak pada 1 syawal semata-mata dan perbetulkan agar apa yang diucap itu benar-benar di fahami

6. Setelah kita sering leka dan tidak sedar apa yang di ucap ketika solat, ketika mengaminkan doa,ketika tilawah al Qur'an, maka usah ditokoh tambah dengan lafaz kemaafan yang tidak bermakna!!