Pages

Wednesday, May 14, 2008

Dokumentari Kehebatan Dan Sains SOLAT


Baru-bari ini, saya sempat berbincang dengan Ust Zawawi Yusof tentang beberapa perkara modul yang sedang saya usahakan iaitu ibadah dinamik dan bio-perubatan ibadah, khususnya bio-mekanik solat. Dan di antara perbincangan yang menarik ialah idea dan hajat Ust Zawawi untuk mengadakan siri dokumentari tentang Solat yang sudah pun mendapat lampu hijau oleh penaja dan pihak media.
Dan dalam perbincangan itu, antara slot yang boleh dipaparkan di dalam dokumentari bersiri ini ialah sains solat atau lebih tepat kesan solat kepada biologi manusia. Semoga usaha ini akan berjaya dan boleh di kongsi secara global dan bukan setakat masyarakat disini sahaja