Dengan mengambil masa hampir setahun, tanah lembah sebelah rumah saya sudah dibersih yang asalnya hutan sawit terbiar dan dalam proses untuk menanam pokok buah2an ( mungkin sekitar 80 batang pokok). Dan sejak enam bulan yang lalu, saya dan anak-anak telah membuat dua kolam ikan keli di tengah-tengah lembah ini yang terdapat aliran tali air. Anda yang ke Teluk Kemang menggunakan lebuhraya, boleh nampak kebun , kolam dan rumah saya di Springhill.
2. Kadang-kadang pada hujung minggu, saya dan anak-anak memancing dan yang pasti HANYA ada ikan keli. Dulunya ikan ini lebih dari seribu ekor tetapi akibat hujan lebat dan air besar, lebih separuh yang terlepas keluar dan rupanya ikan keli ini boleh menebuk tanah dan hilang begitu sahaja.
3. Yang senonoknya ialah, tidak perlu tunggu lama,joran buatan sendiri ini dimana mata kail sudah disentap dan mengembalikan nostalgia lama saya yang biasa memancing di sungai ketika sekolah rendah dahulu-dah biasa dengan cacing dan bau hanyir. Sepuluh tahun yang lalu, saya pernah mengikut teman memancing di laut perlabuhan Kelang, itu yang pertama dan terakhir. Bagi saya jiwa yang ingin cepat melihat hasil bukan jiwa pemancing dan bukan untuk orang yang melihat banyak masa berlalu begitu sahaja. Kadang-kadang sabar ketika memancing tidak kena pada tempatnya jika terlalu kerap memancing.
4. ANALOGI yang ingin saya ulas disini ialah dalam kontek ibubapa, pendidik, pensyarah, ustaz-ustazah, motivator dan pendakwah:-
A .Pada peringkat awal saya membela lebih dari seribu ekor, ini samalah kita menyeru orang ramai secara rambang dan rawak. Menyeru ketika mengajar , berceramah, berseminar, tazkirah, berkursus, bermotivasi atau menulis. Tetapi , pengalaman menceritakan banyak ikan-ikan ini terlepas begitu sahaja.
B. Yang berbaki pula belum tentu boleh terus dibela, kerana banyak faktor ikan ini melepaskan diri dan musuh-musuh lain ( ada ikan keli saya dimakan oleh biawak air).Ikan ini ialah mad’u yang terdiri dari anak-anak kita, anak murid, remaja dan orang disekitar kita.
C. Bila sampai masanya ikan itu perlu di jaring atau dipancing. Dan bagi saya yang sekadar untuk santapan sendiri dan disedekah kepada orang lain, tetapi ramai yang menternak ikan untuk dijual. Ini samalah seperti mad’u yang ada dimana bila sampai masanya mesti dipancing dan jangan dibiarkan begitu sahaja, kerana objektif ‘memelihara’ mereka mesti jelas. Dan ketika memancing, skil diperlukan,seperti anak kecil saya yang tidak berpengalaman, bila ikan baru usik umpan ( ulat pokok), dia terus menyentap joran, maka hasilnya tiada atau ikan terlepas semula.
D. Saya juga bermaksud kolam sendiri ini umpama anda yang berada di kolam yang dinamakan IPT dan sekolah-sekolah. Disana banyak ikan, ikannya sejenis sahaja-iaitu namanya pelajar IPT atau pelajar sekolah. Manakala kolam yang namanya pejabat, ikannya ialah rakan-rakan sekerja atau kolam di surau/masjid, ikannya ialah ahli kariah itu. Sedangkan kolam lain lebih besar seperti ditasik atau dilaut dan lebih sukar memancing/menjaring.
E. Yang pasti, ikan-ikan di IPT / sekolah ini akan terlepas begitu sahaja dan semakin terlepas bila anda tidak menjaring atau tidak memancing.
F. Walaupun menjaring, jaringnya bocor atau tidak mahir memancing atau cepat bosan atau umpannya tidak sesuai atau tidak perasan umpan sudah tertanggal !
G. Atau seperti saya yang mudah mabuk laut , malas menunggu lama untuk joran disentap ikan. Akhirnya, serik terus memancing dilaut. Di laut ikannya lebih banyak dan bermacam-macam. Di luar sana, orang-orang yang sepatutnya dijadikan mad’u terlalu ramai. Jika serik dan mudah mengalah, maka tiada ikanlah!
H. Sudah lebih dua bulan saya dan anak-anak tidak memancing , juga beri palet makanannya Cuma 2-3 kali seminggu sahaja ( dengan harapan banyak makanan semulajadi di kolam itu)- ikan lambat besar dan tidak dapat ikan, bila malas memancing! Kerana kerja ikut mood juga, kebun saya ini lambat siap dan lambat menanam pokok. Jika pendakwah ikut mood, pasti hasilnya juga sama.
I. Yang jelas lagi nyata, tidak ramai yang ingin membela ‘ikan’, iaitu mahu menyeru secara kolektif berdakwah. Seperti tidak berceramah, tidak menulis, tidak berseminar. Manakala yang sudah menyeri,namun setelah di seru dan dibela seperti program-program umum semasa kem motivasi, selepas habis kursus, ikan banyak yang terlepas begitu sahaja- touch n go.
J. Jika motivator biasa sekadar berceramah dan tidak pula teratur program susulan, maka mad’u nya ( peserta kursus) akan terbiar begitu sahaja dan memang tidak terfikir untuk mendidik secara khusus, tetapi kepada jemaah harakah, motivator yang berdakwah ini tidak boleh sama pendekatannya.
k. Juga ramai yang tidak mahu memancing / menjaring pada kolam yang sedia ada, kerana katanya tidak perlu bersusah-susah, di pasar ikan banyak. Pancing dengan duit sahaja ikan yang orang lain dah tangkap.
L. Bila ikan dah ditangkap dan banyak dipasar, masih tidak mampu dimiliki kerana perlu ada skil untuk mengadakan wang atau cukup sekadar beli ikan kecil dan murah sahaja!
M. Mad’u yang sudah tersedia depan mata yang telah dicari oleh orang lain, pun boleh terlepas.
N. Ikan/binatang di ternak tetapi manusia di ternak dan di didik, ada anak-anak yang tidak menjadi bila mereka sekadar di ternak dirumah!!.