Penulis sebagai setiausaha Aman Palestin Bhd ( cwgan Johor) pada 21 ogos yang lalu berkesempatan hadir ke majlis Pelancaran PROGRAM PEMBIAYAAN KELUARGA MISKIN PALESTIN di Hotel Equatorial, Bangi. Majlis anjuran Aman Palestin Bhd dengan kerjasama WAFRAH iatu satu badan kebajikan khas untuk rakyat Palestin dan Lubnan yang beribu pejabat di Bierut, Lubnan. Seperti yang anda tahu, 21 ogos merupakan hari Al Quds Sedunia sempena peristiwa hitam Masjid alAqsa dibakar oleh Yahudi laknatullah pada tahun 1969. Alhamdulillah pada majlis HiTea itu, melebih RM 80 ribu berjaya di kutip dari individu, beberapa masjid , pusat zakat WP dan badan kebajikan korperat.
Jika pada tahun ini Malaysia menyambut tahun ke 50 kemerdekaan, Palestin pula sudah 60 tahun di jajah oleh Zionis Isreal. Bukan bumi mulia ini di jajah malah darah mereka halal bagi Yahudi laknatullah.
Dalam ucapan pembukaan, Us Abdullah Zaik Abd Rahman menyebut beliau pada akhir-akhir ini biasa di adukan soalan, orang-orang Palestin sesama sendiri bertelingkah iaitu antara Hamas dan Fatah, mengapa pula kita hendak sibuk membantu orang yang berbalah ini!!. Jawapan tepat dari Pengerusi Aman Palestin ini ialah perbalahan mereka itu adalah agenda yang di dalangi oleh kuasa besar terutamanya Amerika Syarikat dan kita menghulur membantu umat Palestin yang sekian lama hidup di bawah paras kemiskinan terutamanya di kem pelarian di Lubnan , Jordan, Mesir serta negara lain malah mereka menjadi pelarian di dalam Palestin sendiri. Jumlah pelarian yang paling lama dalam sejarah manusia ini ialah sekitar 6 juta orang!!
Tentunya sudah banyak berita yang di paparkan tentang kekejaman zionis Israel ini dan kita melahirkan simpati malah anda boleh menangis tetapi adakah sekadar itu kepiluan hati kita.
DENGAN TERTUBUHNYA AMAN PALESTIN SECARA RASMI SEJAK 2004, IAITU BADAN SUKARELA KHAS UNTUK MEMBANTU RAKYAT PALESTIN INI, MAKA ADALAH SALURAN YANG TEPAT UNTUK ANDA MENYUMBANGKAN WANG RINGGIT. Kami di Aman Palestin juga ada kupon RM 5 sekepala selain pakej sumbangan secara bulanan untuk keluarga palestin selain beberapa lagi sumbangan untuk program bulan ramadhan, persekolahan, kesihatan, pertanian dan lain-lain lagi.
Gambar diatas: Us Abdullah Zaik menyerahkan "mock cheque" bernilai USD 10 ribu kepada Shiekh Abu Hisyam, wakil Muasasah Palestin, sambil di perhatikan oleh Datuk Safarudin Mohd Sidek, Penasihat Aman Palestin.
Anda boleh terus menyumbang ke Akaun ini BIMB 12029010047880, MBB 562263010787