Surah AlMukminin dan AlMa’arij ini merupakan surah Makkiyah dan marilah kita teliti persamaan maksud dari ayat-ayat dari kedua-dua surah ini
Ayat pertama AlMukminin iaitu janji Allah SWT yang sangat pasti dengan lafaz ‘Qad aflahal mukminun’ bermaksud kejayaan kepada orang-orang mukmin . Dan ayat ke 2 sehingga ayat 10, Allah SWT menceritakan 6 ciri orang yang berjaya ini. Manakala ayat ke 11, Allah berfirman maksud kejayaan orang mukmin ini ialah memasuki syurgaNya dan mereka kekal didalamnya.
Manakala didalam surah AlMa’arij, ayat 19-21 menceritakan sifat ( fitrah ) kejadian manusia itu yang sentiasa keluh kesah apabila ditimpa kesusahan dan masih keluh kesah dengan kesenangan dan bersifat kedekut ( kikir). Manakala dari ayat 23-34, menurut tafsir Al Munir disebut sebagai 10 kaedah merawat sifat buruk manusia yang sentiasa berkeluh kesah dan kikir tadi. Dan pada ayat ke 35, janji Allah selepas mereka memenuhi ciri dan kaedah merawat penyakit hati manusia dengan mendapat ganjaran memasuki syurga-Nya yang abadi
Mari kita amati 6 ciri orang-orang mukmin tadi dengan 10 sifat ( ciri ) merawat penyakit hati manusia
Kita fahami maksud ayat 1-11, surah Al Mukminin
1. Sesungguhnya mendapat kejayaan ( beruntung) orang-orang mukmin
2. Iaitu mereka yang KHUSYUK dalam solatnya
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan sia-sia
4. Dan mereka yang menunaikan zakat
5. Dan mereka yang menjaga kemaluannya
6. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, maka mereka tidak tercela
7. Barangsiapa yang mencari sebalik dari itu, maka mereka itu orang-orang yang melampui batas
8. Dan mereka yang memelihara amanah-amanah dan janji.
9. Dan mereka yang memelihara solatnya
10. Mereka itulah orang-orang mewarisi
11.iatu akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya.
Kita fahami pula maksud ayat 19-35 dari surah AlMa’arij.
19-21 Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila dia mendapat kesenangan dia amat kikir.
22. kecuali orang-orang yang mengerjakan solat
23. mereka yang tekun mengerjakan solat
24. dan orang-orang yang hartanya ada bahagian tertentu
25. bagi orang yang meminta dan bagi orang yang tidak meminta ( orang tidak mempunyai apa-apa)
26. dan mereka yang mempercayai hari pembalasan
27. dan mereka yang takut azab Allah
28.Kerana sesungguhnya azab Allah tiada orang yang akan merasa aman
29. Dan mereka yang memelihara kemaluannya
30. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela
31.Barangsiapa mencari disebalik itu, maka mereka orang yang melampaui batas.
32 Dan mereka yang menjaga amanah-amanah dan janji
33. Dan mereka yang memberi kesaksian
34. Dan orang-orang yang memelihara solatnya
35. Mereka kekal didalam syurga lagi dimuliakan.
Sangat jelas karektor pertama untuk orang beriman dan kaedah merawat penyakit-penyakit hati manusia sehingga mendapat kejayaan memasuki syurga ialah mereka yang menjaga kualiti dan bersungguh-sungguh menyempurnakan solat.
Kemudian Allah SWT menjelaskan ciri-ciri lain iaitu hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain dan sesama manusia dengan menunaikan hak-hak mereka dan menunaikan hak diri sendiri, seperti berzakat, menunaikan amanah dan tanggung jawab. Menjaga kehormatan diri iaitu menyalurkan fitrah syahwat seksual melalui perkahwinan yang sah. Juga mereka yang beriman kepada hari pembalasan dan sentiasa ingat serta takukan azab Allah yang Maha dahsyat
DARI KEDUA-DUA SURAH INI, SETELAH ALLAH SWT MENYENARAIKAN CIRI-CIRI ITU DAN ALLAH SWT MELENGKAPKAN SEMULA KESEMUANYA DENGAN MENGULANGI SEMULA CIRI UTAMA IAITU ORANG YANG MENJAGA SOLATNYA LALU ALLAH MENJANJIKAN SYURGA-NYA.
Allah SWT tidak menyebut orang yang mendirikan solat semata-mata tetapi secara terang Allah SWT menyebut ciri solat itu iaitu solat yang khusyuk, seperti jelas pada ayat ke 2 dan ayat ke 9 Al Mukminin, manakala dalam ayat 23 dan 34 AlMa’arij di sebut orang yang tekun dan memelihara solatnya.
Manakala Allah mencela dan mengutuk ( ada mufasirin mentafsirkan celaan Allah itu bermaksud neraka wail) kepada orang-orang yang sedia istiqamah solat tetapi lalai ( tidak khusyuk) . Amaran ini disebut dengan jelas di dalam surah Al Ma’un, ayat 4-5.”Maka celakalah orang yang solat, iaitu mereka yang lalai dalam solatnya”.
Begitulah tingginya kedudukan khusyuk dalam solat dan kedudukan ibadah solat ini yang merupakan pintu gerbang utama ( kunci utama) sebelum Allah menghisab amal-amal yang lain dan bagaimana mulianya fardu solat ini yang Rasulullah SAW menerimanya ditempat yang paling tinggi, di ‘arasy Allah yang tidak terjangkau oleh akal kerdil manusia.
MANUSIA MUSLIM SANGAT MEMERLUKAN SOLAT MALAH IANYA SEBENARNYA BERSIFAT WAJIB SEPERTI MANA KITA WAJIB MENDAPATKAN OKSIJEN UNTUK HIDUP. Maka Maha Pencipta lebih mengetahui sehingga solat ini wajib dilakukan, dan bukan sahaja kepada umat Muhammad SAW tetapi diwajibkan kepada umat Rasul-Rasul terdahulu.
Maksud celaka dari ayat al Ma’un ini, boleh kita lihat dari nasib malang dalam diri orang-orang Islam itu sendiri, dalam keluarga mereka, dalam masyarakat setempat, di tempat kerja, masyarakat remaja mereka, masyarakat para ilmuan agama, pemimpin masyarakat, dalam bidang politik, dalam bidang ekonomi, tanah air sehinggalah masyarakat Islam seluruhnya. Berbakul-bakul gelaja penyakit masyarakat sehingga tiada perkataan yang sesuai untuk mengambarkan jenis-jenis maksiat
Penulis yakin, dalam kontek masyarakat Melayu Islam, boleh disenaraikan nasib malang, nasib celaka dan kualiti umat Melayu ini dalam pelbagai perkara, malah cerdik pandai Melayu sendiri ada menyebut, jika disebut sahaja gejala negatif, kitalah juaranya. Piala kejuaraan yang sudah lama dipegang malah dipegang pula dari generasi ke generasi yang lain. Juara penagih dadah sudah berabad sehinggalah kepada juara-juara yang lain. Penulis pernah menghafal statistik-statistik jumlah orang Melayu Islam ini yang menjadi juara dalam pelbagai gejala negatif ketika pernah terlibat program-program motivasi sekitar awal tahun 90an.
Semakin bertambah pengalaman, penulis merasakan cukuplah kita berkobar-kobar dalam ceramah, seminar-seminar , bengkel-bengkel atau menghebah-hebahkan oleh media pelbagai jenis gejala negatif ini, dengan kata lain sudah letih dan kematu telinga mendengarnya, masalah tetap tidak selesai. PENULIS TAHU PELBAGAI KAEDAH telah dibuat untuk meleraikan masalah-masalah yang tidak pernah padam ini, malah penagih semakin memenuhi pusat serenti, bayi tanpa baba semakin ramai, tercicir dalam pelajaran, anak gadis Islam yang semakin hilang malunya, pendik kata tadi tiada ayat yang sesuai untuk mengambarkan kemaksiatan ini.
Bagi penulis, elok kurangkan kutukan, kurangkan canangan tetapi cari jalan penyelesaian sebenarnya. Jalan itu bukan sekadar kempen-kempen dimedia, di nyayi-nyanyikan, kem-kem motivasi merubah sikap atau seumpamanya. Cuba renungkan hasil kempen berhenti merokok, kempen dadah, kempen gaya hidup sihat, kempen bersopan dijalan raya, kempen keluarga penyayang atau "KEMPEN TERANTUK BARU HENDAK TERNADAH "dan sebagainya, kos kempen mungkin berjuta-juta, anda tentu tahu akan hasil kempen-kempen ini dari berita-berita yang dipaparkan.
Bukankah SEMUA GELAJA INI menandakan orang-orang yang dalam kecelakaan!!
Allah sudah mengariskannya kaedah penyelesaiannya didalam Al Qur’an dan ada dalam ayat-ayat sedang kita bincangkan ini.
Inilah janji Allah, kerana MASALAH UTAMA ORANG YANG SOLAT TADI IALAH TIDAK KHUSYUK, HATINYA TIDAK HADIR. Ramai remaja Islam yang solat tetapi lalai, ramai ibubapa yang solat tetapi juga lalai, ahli agama yang solat tetapi solatnya juga lalai kerana untuk khusyuk bukan sejauh mana ilmu agamanya tetapi sejauh mana kesungguhannya secara SEDAR, SENGAJA DAN ISTIQAMAH untuk hati juga Qiam, hati turut rukuk dan hati ber sama sujud pada setiap rakaat ketika solat.
Lebih besar bala kecelakaan boleh kepada umat Islam yang langsung TIDAK SOLAT sedangkan sebahagian besar mukmin yang solat tetapi lebih selesa solat di rumah secara sendirian dan wanitanya pula selesa solat dihujung-hujung waktu. Diingatkan lagi orang berjemaah sukar untuk khusyuk, apalagi yang solat fardunya sendirian!!
ORANG SUDAH TEWAS SEBELUM SOLAT LAGI KEPADA HASUTAN SYAITAN SUPAYA TIDAK BERJEMAAH, PENULIS YAKIN AKAN TEWAS JUGA DENGAN GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT, FIKIRAN MELAYANG-LAYANG. ANDA YANG TIDAK SETUJU DENGAN KENYATAAN INI? SILA EMAIL KEPADA PENULIS, PENULIS ADA MENYIMPAN BEBERAPA STATISTIK KUALITI SOLAT MASYARAKAT KITA DISEPANJANG PENULIS MEMBERI CERAMAH.
Orang yang khusyuk bermakna orang ini mencari kualiti dan tentunya dia berusaha mendapat kualiti pahala 27 kali ganda, dan pahala ini HANYA terdapat pada solat yang berjemaah.
Kalaulah setiap dari orang lelaki yang istiqamah solat ini seperti ANDA SEKELIAN BERFIKIR DAN MENCARI IBADAH YANG BERKUALITI, SOLAT YANG BERKUALITI, SOLAT YANG LEBIH PAHALANYA, TENTULAH MESJID-MESJID- SURAU MENJADI MERIAH DENGAN JEMAAH YANG RAMAI, BUKAN SETAKAT MAGHRIB-ISYAK, SUBUH PUN RAMAI KARIAH YANG HADIR
Bukankah mesjid dan surau tempat kita bermasyarakat? walaupun sesekali boleh berjumpa dibalai raya semasa mesyuarat JKKK atau Taman perumahan. Yakinkah anda, kariah yang mesra ini akan banyak membantu masalah masyarakat?
Boleh anda bayangkan setiap mesjid-surau di Malaysia ini dan dimana-mana sahaja meriah dengan para jemaah dari anak muda sehinggalah orang-orang tua. Dari pekerja am sehinggalah orang orang yang hebat kerjayanya dalam satu barisan jemaah. Di mesjid-surau dan di saf-saf solat, seharusnya pangkat kedudukan diletak ketepi.
Bolehkah anda bayangkan juga, setiap ibubapa yang solat ini sentiasa mengingatkan anak-anaknya supaya khusyuk dalam solat dan menyuruh mereka berjemaah. Penulis berdoa, semoga buku BioMekanik solat ini sebagai pemangkin untuk mesjid-surau ini dipenuhi dengan para jemaah dan solat menjadi rawatan spiritual malah boleh merawat biologi seperti sakit darah tinggi ,merawat kanser anda, merawat kemurungan, dan menceriakan keluarga apabila setiap ahli keluarga yang solat, solatnya berkualiti, amin ya rabbal alamin.

Untuk solat yang sempurna memerlukan tempat solat, perlukan kesihatan, perlu kenderaan, perlu pakaian, perlukan ilmu untuk solat, perlu jemaah lain TETAPI DENGAN SOLAT YANG SEMPURNA AKAN LEBIH MENYIHATKAN, AKAN MENCERDIKKAN BILA KEDUA-DUA OTAK DIRANGSANG, AKAN MENAMBAH ILMU, DIMANA DENGAN ILMU DAN KECERDIKAN, KITA MENGUMPUL HARTA , DAN KESAN SOLAT SEPATUTNYA MERAMAIKAN JEMAAH.
Solat yang hebat memberi terapi kepada rohi dan terapi kepada biologi
Kalau ada yang mempertikaikan, “aku selalu solat sendiri di rumah dan tidak khusyuk tapi hidup aku selesa, keluarga bahagia, anak-anak menjadi..”, maka sedarlah harta, keselesaaan, anak-anak, pangkat kedudukan bukan menjadi ukuran disisi Allh SWT tetapi ketaqwaan, taqwa yang tinggi itu ada pada orang yang ikhlas dalam ibadahnya dan maksud sebenar-benar ikhlas ialah hatinya dekat dengan Allah dan yakin dengan hari pembalasan seperti ayat 26 dari surah AlMa'arij diatas. Orang kafir juga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruang, fitrah dan janji Allah kepada yang berusaha dan beriktiar, akan mendapat habuan dunia, malah ada dikalangan orang kafir ini yang melimpah ruah juga dermanya kepada badan kebajikan, sedangkan mereka tidak beriman!!
Berimanlah kepada maksud hadis dari Abdullah bin Sukh, riwayat Thabrani, “perkara pertama yang akan dihisap keatas seseorang pada hari kiamat ialah Solat, jika elok solatnya, maka eloklah seluruh amalnya, jika rosak solatnya, maka rosaklah seluruh amalnya”
Amal-amal lain seperti mencari ilmu, mencari rezeki, memenuhi amanah kepada anak-isteri-suami dan sehingga sekecil-kecil amal seperti membuang sampah kecil itu adalah kebaikan dan berpahala . TETAPI pahala ini pintu gerbangnya melalui solat. DAN BERIMANLAH DARI AYAT-AYAT ALLAH YANG KITA BINCANGKAN INI.

Semoga anda yang sudah memiliki buku BioMekanik solat, solat anda semakin bermutu dan merasai nikmat-nikmat spiritual dan kekuatan dalaman untuk menjadi muslim yang hebat dalam pelbagai bidang. Bagi yang sudah membeli tetapi belum habis membaca dan beramal walau sudah berminggu-minggu memilikinya, Allah yang memberi hidayah, kerana buku ini bukan buka akademik tetapi boleh terus beramal didalam solat anda yang terdekat ini. Semoga penyakit "yakin boleh hidup lama", " penyakin yakin 100% esok pagi akan bangun dari tidur" , merasa tubuh badan sedang sihat dan hati pula berkata," tak kan nak mati awal pulak kot", kita sedar itu bisikan syaitan tetapi sukar untuk melawannya dan kita akan menewaskan syaitan apabila kita berjaya hampir dengan Allah, kita hampir denganNya semasa solat dan seterusnya dalam amal doa, tadarus dan berzikir.
( bersambung didalam buku yang akan datang, “ Syarahan BioMekanik Solat”, belum boleh dijangka bila akan diterbitkan )