Pages

Thursday, March 21, 2013

Persamaan Strategi Tentera SULU dan Calun ke3 PRU

Kisah serangan tentera SULU kini sudah masuk ke fasa pendakwaan di mahkamah, selepas 10 kematian pada pihak keselamatan Malaysia dan lebih banyak kematian pada pihak tentera SULU.

Sebenarnya semua orang bersetuju bahawa pertempuran ini umpama semut dilanyak oleh gajah. Persoalannya benarkah si semut ini mahu mencabar gajah? Jika benar, maka lihatlah kesan kemusnahannya. Sebenarnya tidak masuk akal, malah ianya pada tahap 'kebodohan' yang terlampau bila tentera SULU ini mahu menuntut Sabah melalui senjata. Anak-anak tadika juga bersetuju dan membenarkan kebodohan mereka itu.

Bagaimana pula si semut yang menamakan diri mereka sebagai calun bebas/berparti ( calun ke3)?.Mereka umpama semut untuk melawan gajah didalam PRU ke13 nanti. Kemampuan dan strategi  mereka tidak jauh beza dengan  tentera SULU tadi. Anggan-anggan mereka juga sama, malah mungkin mimpi yang sama. Pada masa ini mereka sedang sibuk bersedia dengan kemampuan yang terbatas sebelum parlimen dibubarkan. Malah dikatakan semua perkumpulan dan usrah ditangguh demi perbincangan persediaan pilihan raya.Calun-calun gajah sudah bersedia lama  dan sudah bersedia dengan dana besar, mereka sedang tercari-cari dana dan mungkin sedang membelek barang kemas untuk 'dijihadkan'. Mungkin tidak sesuai dipinjam istilah 'kebodohan terlampau tentera sulu tadi' kepada calun ke3 ini, tetapi khalayak terus menilai.

Mereka  sibuk dengan kerja yang bukan kerja sebenar mereka. Kerja sebenar mereka ialah terjun kedalam masyarakat  yang berada dalam kancah kekeliruan tentang Islam, yang tenat akhlak anak-anak mudanya, amalan dan kefahaman Islam yang masih ditahap minima walau setelah lebih 40tahun wujudnya harakah Islam di Malaysia. Mereka tidak BERDAKWAH SECARA FITRAH seperti dahulu, tetapi terus melompat untuk membetulkan puncak iaitu berpolituk.

Memang benar Islam itu syumul dan politik itu sebahagian dari medan dakwah, tetapi umpama belum duduk betul, mereka tidak sabar mahu berlunjur.Kelak akan terjelepuk dan mungkin ditertawakan. YANG DIKENDUNG BERCICIRAN, YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT.

Sunday, February 17, 2013

NGO dakwah berpolitik

Susulan dari artikel  sebelum ini berkenaan nasihat yang terlalu kerap, maka disini saya tidak berhajat memberi nasihat kepada NGO Islam yang sudah pun mengistihar untuk meletak calun dalam PRU13 akan datang.Sejarah baru, dimana sebuah NGO dakwah terjun kedunia politik.

Rasanya bukan di Malaysia sahaja, mungkin secara umum masyarakat  Islam dimana-mana sahaja agak SUKAR untuk menerima dakwah yang dibawa oleh ahli politik atau apa-apa sahaja nilai Islamik yang berunsur politik.

Orang UMNO sukar menerima dakwah malah menghalang dakwah yang dibawa oleh ulamak PAS, atau oleh Ustaz dari PKR, walaupun intipati dakwahnya langsung tidak menyentuh hal politik. Begitu juga orang PAS atau PKR pula sukar menerima pandangan agama oleh Ulamak UMNO.

Malah bukan pada orang UMNO atau PAS atau PKR, malah orang biasa atau orang atas pagar LEBIH SELESA mendengar nasihat agama dari mereka yang tidak berpolitik. Seorang tokoh ualamak PAS yang sudah bersara dari dunia politik  terpaksa mengambil  masa yang panjang untuk diterima oleh orang awam, itupun masih banyak masjid-surau yang menolak dakwahnya, walaupun beliau sangat dikenali sebelum menjadi orang politik.


Pernah ada NGO ( J***)  yang mana segelintir ahlinya aktif berpolitik dengan menyertai parti politik, dan kesan langsungnya ialah NGO ini dikaitkan dengan unsur politik dan dakwah umum NGO ini menjadi hambar, atau acara mereka hanya dihadiri oleh ahli-ahli mereka sahaja. Ekoran dari masalah ini, dan ramai yang tahu, dimana sebuah NGO dakwah yang baru ditubuhkan dan masih bebas politik.

Itulah pandangan utama saya kesan apabila berpolitik. Pandangan seterusnya, politik di Malaysia ( dan dimana-mana sahaja), sentiasa kotor dan menjijikkan. Apakah mampu  NGO ini dan ahli2nya bersedia bergelumang dengan kotor.  Sukar untuk 'warak'  dalam kontek politik Malaysia apalagi dalam IBU pilihanraya nanti. Mungkin ada yang terkejut besar dengan gaya politik samseng, mengugut, sogokan wang dan kejelekan yang lain.

Saya mencadangkan menjadi permerhati dahulu sebelum meletak calun, seperti belajar  kaedah MENCULA  pilihanraya dan langkah-langkah strategi pilihanraya yang lain. Politik itu satu ilmu dan menghadapi pilihan raya juga adalah ilmu?  Malah bukan ilmu dalam buka dan minda sahaja, tetapi  ianya  praktikal dan  pengalaman.

Bukan semua orang ada bakat berpolitik dan bakat memimpin. Adalah sukar mencari pemimpin politik yang ada PAKEJ,  Saya tidak mahu komen akan bakal-bakal calun dari NGO ini. Pandai berceramah dan berhujah adalah pakej seorang ahli politik. Saya rasa simpati, mungkinkah ahli NGO ini akan aktif  mengedar risalah kempen, memasang poster dan sebagainya. Jika ini berlaku, imej sebagai NGO akan Islam akan lebih tercemar.  Sya pernah berucap bersemangat pada kempen pilihan raya 1998, malah sekarang ini ditawarkan lagi untuk berkempen di tiga DUN diNSembilan ini. Pertimbangan rasional saya ialah demi masa depan dakwah saya, saya mesti berhati-hati.

Dengan berpandangan nutral, tentunya NGO ini sudah bersedia untuk berpolitik dan perlu diraikan serta dihormati. Tentunya pelbagai kajian telah dibuat untuk berada satu paradigm yang sangat besar ini.

Tergambar pada fikiran saya satu fanorama baru ini. Tergambar ahli-ahli yang wajah mereka biasa yang lihat itu akan turun padang berkempen dan memasang poster. Awas! Pada musim berkempen, mudah untuk menambah dosa ( contohnya minima buruk sangka atau 'naik angin' bila poster akan dikoyak). Jika peruntukan untuk menang sekadar puluhan ribu sahaja, jawabnya tidak bersedia untuk menang. Apa lagi bertanding pada kawasan Parlimen.

Juga mungkin satu fanorama baru selepas PRU13, dan dijangkakan ( InsyaAllah) dakwah umum NGO ini akan menjadi sukar

 Parti lain mempunyai kaedah canggih dan tersusun  menghadapi PRU sejak bertahun-tahun, malah wang sudah mencurah-curah, sedangkan dalam saat-saat akhir NGO mahu meletak calun. Jika menang!  Memang menakjubkan, dan memberi mesej bahawa mesej dakwah telah berjaya, jika gagal  teruk, bermuhasabahlah. Hukum akal-ianya sangat sukar untuk jadi YB.

Generasi baru akan menerima tempias akan masa depan dakwah atas apa yang berlaku sekarang.

Tulisan ini tidak memberi sebarang makna kepada NGO yang sudah nekad meletak calun, tetapi mungkin bermakna selepas PRU 13 nanti


Moga diambil sebagai motivasi untuk hebat berpolitik dan sebagai ingatan kesan selepas PRU13 nanti.

Sejarah baru  telah berlaku apabila sebuah NGO dakwah secara terus terang mengistihar untuk terlibat didalam politik, sebelum ini hanya ahli2 NGO sahaja yang  keluar NGO dan menjadi ahli politik.

Analisa:- JIKA CALUN  3  PENJURU.

1). Orang Melayu penyokong BN-UMNO hampir pasti akan undi calun BN dari parti MCA/MIC/Gerakan, tetapi  orang Melayu penyokong PR pula mungkin akan mengundi calun bebas  Melayu ini dan tidak mengundi calun  PR yang bukan Melayu.  Maka undi PR yang akan terpecah.......... contoh:- Jika dulu DAP  mudah kalahkan MCA, tetapi dengan 3 penjuru, kelebihan pada MCA

2).Oleh kerana selama ini MCA sentiasa kalah, maka alang2 sudah kalah, mungkin akan ada orang Melayu BN yang akan beri undi pada calun bebas Melayu. Orang Melayu yang berjiwa Islamik dalam Pas dan PKR akan mengundi calun Melayu tadi. Maka yang bpeluang menang ialah masih pada MCA itu. Jadi calun DAP tetap berkurangan undi, yang pasti undi orang cina dan orang India adalah solid pada  MCA atau DAP

kesimpulan dari kedua2 analisa diatas, kerusi  PR  juga yang akan terancam. Jika calun Melayu ini  bertanding, MAKA pengundi akan membuat pelbagai spekulasi akan kemunculan pemain ketiga itu nanti.

BERTANDING UTK MENANG, BUKAN 'MENGAIPKAN' DIRI DGN HILANG WANG TARUHAN.



Thursday, January 10, 2013

Kerap Beri Nasihat, juga satu penyakit hati

Ada empat golongan utama yang biasa memberi nasihat iaitu para ustaz/zah, kaunselor ,motivator dan mereka yang merasakan dirinya agak hebat.

Orang yang dinasihati bersedia dan suka terima nasihat jika secara terus terang minta dinasihati, tetapi sebaliknya bermacam reaksi oleh mereka yang dinasihati oleh penasihat yang tidak diundang.

Nasihat yang paling sensitif untuk diterima ialah tentang perilaku seseorang dan tentang agama.

Pemberi nasihat yang tidak cermat biasanya gagal memahami EMOSI orang yang dinasihati, kita harus waspada bahawa dengan kata-kata sahaja, kesan negatif  lebih dahsyat dari kena pukul.

Orang berilmu agama juga ada egonya, didalam dunia internet dan media massa sekarang ini, kita biasa membaca perbalahan antara ilmuan ini.

Ada juga ketikanya ego itu diserlahkan dalam bentuk KERAP memberi terguran dan nasihat pada individu atau puak yang sama. Ego ini disembunyikan dengan kata-kata demi ukhwah dan ikhlas memberi pandangan.

Berpada-padalah dengan mengikuti sunnah Nabi SAW yang berkala membei nasihat. Jangan ada saja sesuatu isu, tidak sabar-sabar pula untuk memberi nasihat.

Friday, December 7, 2012

Langgar Dari Belakang Tetap salah

Sekiranya berlaku perlanggaran kenderaan, maka kenderaan yang melanggar dari belakang biasanya yang akan disaman. Apapun alasan oleh yang melanggar itu, dia tetap dipersalahkan secara 'automatik"".

Begitu juga dengan mereka yang datang menceroboh majlis orang dan membuat 'hal' , maka mereka tetap salah kerana kehadiran yang tidak diundang, dan sekiranya berlaku 'pergaduhan',  mereka tetap salah secara 'automatik'.

Budaya menceroboh dan gangguan majlis ceramah, khususnya ceramah politik semakin menjadi-jadi dan lebih malang ianya semakin panas menjelang hampirnya PRU 13. Tidak dinafikan perasaan cemburu, takut atau bimbang diantara pihak 'bermusuh' dalam agenda politik

Rakyat jelata semakin lemas dan mungkin 'muak' apabila tarikh PRU 13 yang menjadi teka teki dan pernah dijangkakan sejak awal tahun 2012 lagi. Kini hampir setahun berlalu, rakyat lelah dengan pelbagai isu, khasnya dikalangan orang Melayu!

Apakah kempen PRU 13 nanti bakal menjadi ganas? Pastinya  ketakutan kehilangan kuasa di Malaysia dan keghairahan pihak yang mahu menukar pemerentah, akan 'menghalalkan' yang haram.

Apabila nafsu dunia yang terlampau, sehingga syariat dibelakangkan dan hilang sopan santun!


Sunday, December 2, 2012

Disember 2012 Yang Istimewa

Paradigma  yang BESAR  didalam  hidup saya menjelang dec 2012. Mula cabaran baru pada  usia baru, usia yang  istimewa!

Orang Hebat Pun Ada " low self esteem"

Rasa rendah diri  bukan hanya ada pada orang yang ada kekurangan. Low self esteem ( LSE ) ini bukannya satu  simptom, tetapi ianya adalah sign ( tanda) yang boleh dikesan melalui  percakapan, perbuatan, mimik muka, mengadakan sesuatu majlis keraian dan juga dari penonjolan diri.  Kadang-kadang  sign ini tidak disedari oleh  individu yang LSE ini.

 Penonjolan diri yang ketara dan tidak sepadan dengan ilmu, rupa paras, wang ringgit  atau kuasa adalah tanda asas  seseorang yang LSE, dimana biasanya ada kaitan dengan KURANG PENGALAMAN. Ada orang berusia tetapi masih kurang pengalaman pada sesuatu keadaan.

Dalam kontek yang lain, seseorang yang pakar didalam satu bidang atau orang kaya atau orang berkuasa juga ada  sign ( tanda) seperti orang LSE. Sebagai contoh, seorang pakar Perubatan yang sudah sub-pakar didalam bidangnya membuat pembentanga  dan beliau menggunakan istilah-istilah yang hanya difahami oleh pakar yang sama bidang dengannya dan tidak difahami oleh pakar dalam bidang perubatan yang lain. Istilah-istilah baru ini sengaja dipilih IALAH UNTUK MENUNJUKKAN beliau seorang yang mahir, tetapi ini juga adalah sign seorang yang ada ciri LSE.  Tetapi lebih menonjol LSE  bagi seseorang yang bercakap didalam BUKAN bidangnya, tetapi  berlagak seperti pakar, sedangkan ilmunya hanya dari pembacaannya sahaja!

Juga terdapat para Ustaz yang memilih istilah Arab yang jarang didengar didalam ucapan dan tulisannya, ini juga terdapat unsur rendah diri- tanpa sedar beliau  mahu menaikkan imej dengan istilah ini.

Contoh lain, seorang ahli agama  yang  mempertahankan hujah-hujahnya, sedangkan terdapat perbezaan pendapat dari  ilmuan agama yang lain dimana kedegilan, penonjolan pendapat  dan jumud dengan pendapat beliau itu, juga adalah sign  kepada LSE.   Apa yang jelas LSE pada ahli agama ini akibat kurangnya pengalaman  dan  minda yang tertutup.

Perbezaan pendapat ini boleh terdapat didalam bidang politik, pemerentahan, bangsa, pelajaran dan lain-lain yang dikaitkan dengan Islam.  Lebih  terserlah LSE ini kepada mereka yang pandai berteori dan tidak pada praktikalnya

( Anda yang bijak akan dapat membezakan 'bersangka baik' dengan  sign LSE  ini )


Thursday, November 29, 2012

Objektif menjadi subjektif

Dua hari lepas,melalui  sms saya ada bertanyakan kepada individu yang penting dalam sebuah NGO berkenaan pilihan beliau terhadap pemerentah Malaysia selepas PRU 13 yang dijangkakan pada awal tahun hadapan. Apakah beliau bersetuju kerajaan sekarang terus berkuasa   dan  mahukan PR  kalah? Tentulah saya mahukan jawapan Ya  atau Tidak !

Saya agak  terkejut, tetapi sudah menjangka alan jawapan beliau. Beliau tidak menjawab soalan, tetapi sebaliknya menjawab  harapan beliau dan cita-cita beliau. Jawapan beliau ialah  mahukan  UMNO dan Pas  bersatu untuk memerentah Malaysia!

Sebenarnya jawapan ini adalah subjektif, tidak berobjektif, mungkin sekadar harapan atau angan-angan sahaja yang  memelukan masa yang panjang dan sukar, sedangkan realitinya  PRU cuma 2-3bulan sahaja dari sekarang.  Anda mungkin  tersenyum dengan jawapan seperti ini.

Umpama  nasi dan lauk yang sudah terhidang, dan anda ditanya, apakah nak makan sekarang atau tidak?  Jawapannya tentulah  Ya  atau Tidak.  Bukan  beri jawapan,"  Saya akan masak nasi  dan akan masak lauk lain!!!

Jawapan beliau itu sesuai dijawab selepas PRU 13 nanti dan bukan sekarang. 

Niat menyatukan dua 'puak' Melayu yang besar ini sangat baik, dan  jika anda atau organisasi anda mahu menjadi orang perantara,maka jadilah perantara yang di HORMATI oleh kedua-dua pihak.  Tetapi sebaliknya jika terlalu kerap mencari salah dan kelemahan dua pihak ini, apatah lagi sentiasa buat komentar secara  terbuka,maka  lupakan sahaja niat untuk menjadi perantara.

Wednesday, August 22, 2012

MABRURKAH Puasa?

Berbanding sekarang, iaitu sebelum tahun 1990, umat Melayu sekadar beraya eid fitri selama 2-3 hari sahaja. Manakala orang Arab pula sejak dahulu, beraya cuma sehari, dimana pada 2 syawal, hampir hilang perasaan utk beraya. Mereka " sudah beraya" selama sebln sepanjang bln Ramadhan dan kemuncak raya pada 10 mlm terakhir., sebaliknya kita pada 30 syawal masih ada rumah terbuka.

Naluri hati manusia tidak boleh ada dua perasaan yang bersangatan pada satu masa. Apakah hati yang benar-benar sedih dan sayu dengan perginya  Ramadhan akan menyambut raya dengan 'keseronokan'?

Ramai orang akan menafikan dari seronok beraya dan mendakwa raya biasa-biasa sahaja,  tetapi melihat hiasan rumah, cara berpakian, jumlah kuih muih dan persiapan anak- cucu, dimana persiapan ini boleh mengambarkan  bahawa mereka tidak begitu sedih atau sekadar mendakwa sedih perginya Ramadhan.

 Hanya Allah yang menilai dan memberi ganjaran pahala, semoga amalan puasa kita tahun ini sama nilai dengan amalan seribu bulan ( 83 tahun)

Thursday, July 19, 2012

1Ramadhan 1Azam sudah memadai

Setiap kali menjelang Ramadhan, pelbagai ingatan dan motivasi yang diberikan samada sebelum, semasa atau penghujung Ramadhan. Mungkin ada yang beranggapan isu yang dikemukan adalah ulangsebut seperti sebelumnya atau sudah bertukar menjadi motiBasi.

Namun paling tidak marilah kita mengambil SATU AZAM pada Ramadhan yang datang sekali setahun. Contoh azam itu ialah   khatam AlQur'an sekali atau lebih, menambah hafalan, menurunkan berat badan, berbuka ala kadar, kerab bersedekah dan sebagainya.

Tanpa target, kita mudah terbabas dan terleka, kerana puasa Ramadhan dan bertarawih itu sudah pun menjadi kebiasaan.

Monday, June 25, 2012

Berpada dan cukup-cukuplah!

Majoriti umat Islam tidak akan menentang perjuangan untuk menyatukan umat, dan para pejuang perpaduan pula tidak patut prejudis kepada sesiapa terhadap usaha ini.


Matlamat yang sudah jelas mesti diikuti dengan kaedah dan cara untuk mengajak umat ini berpadu. Adalah LANGKAH yang silap apabila mengajak berpadu melalui apa-apa 'anasir' yang bebau politik. Walaupun sedikit unsur politik, ianya tidak bebas dari  banyak keraguan.  Pada hakikatnya adalah jalan kurang bijak untuk mengajak umat ini berpadu di dalam UMNO sahaja atau di dalam PAS sahaja atau di dalam PKR. sahaja.  Juga langkah yang AMAT SUKAR dan MENGAMBIL MASA yang panjnag untuk mengajak ketiga-tiga komponen politik yang besar ini utk berpakat dan berpadu  demi mencapai hakikat perpaduan sebenar. Mereka pernah ada sejarah yang pahit dan politik sudah lama terlebur dengan  kekotoran.

Kaedah yang paling tepat, biarlah neutral  dan tidak memalitkan mana-mana pihak politik didalamn agenda perpaduan ini.  Jika mengajak berpakat, tetapi melibatkan  pula TOKOH dari UMNO atau dari PAS atau dari PKR , maka usaha itu tidak neutral dan tidak hairan ada orang boleh menafsir dengan pelbagai tafsiran.

Pendakwah haraki jauh beza dengan pendakwah yg berpolitik,  kepakaran pendakwah haraki bukan dalam politik ini.  Medan sebenar ialah  memberi ilmu, kesedaran, promosi utk kebaikan dan cegah mungkar. Dan gelangang utamanya bukan dlm arena politik, tetapi lebih LUAS lagi iaitu di luar politik. 



UTAMAKAN PROMOSI DAN AJAK masyarakat  berpadu dan berpakat di masjid, surau, instituisi pengajian rendah / tinggi.  BOLEH MENYENTUH POLITIK, TETAPI  BERPADA-PADALAH DAN  'CUKUP-CUKUPLAH'


Orang Melayu yang terlibat politik, juga seperti bangsa lain, mereka seperti sudah termetri  idealogi kepartian. Jangan penatkan usaha terhadap orang politik ini, MAKA untuk perpaduan dahulukan masyarakat Melayu cintakan Islam yang masih bebas dari politik yg ekstrim.


DAN YANG LEBIH PENTING- pendokong perpaduan mesti menunjukkan dahulu yang mereka itu adalah orang yang cenderung dan sudah berpadu dengan Melayu lain yang cintakan Islam serta mereka terbuka dlm perbincangan.

Jika masih 'mencuit-ciut' secara JELAS terhadap orang politik ini, maka natijahnya sudah dirasai sekarang apabila nama tidak sebersih sebelum ini. Jangan terpedaya dengan slogan /alasan seperti " berani kerana benar atau inilah halangan dalam perjuangan dakwah atau lain-lain", kerana alasan ini juga digunakan oleh orang  yang cetek ilmu mantiknya- biarlah bertempat dan kena pada masanya. JADILAH  ORANG TENGAH YANG AKAN DIHORMATI OLEH  PIHAK-PIHAK MAHU  DIDAMAIKAN.



Wednesday, May 23, 2012

Projek dan Produk Dakwah Tak Mantap

Agenda utama NGO haraki ialah dakwah, berdakwah perlu 'popular' dan diterima ramai serta DISENANGI oleh target dakwah ( mad'u). Politik adalah sebahagian kehidupan dan ianya subjektif serta lebih subjektif dalam kontek masyakat Malaysia.

Dakwah perlu ada produk dan projek. Sejak 40 tahun dahulu, boleh dikatakan NGO haraki TIADA  produk dan projek dakwah yang beri impak besar kepada masyarakat. Malah tidak ada kesenambungan dakwah kepada generasi pendakwah seterusnya. Yang agak popular kepada masyarakat ialah jenama NGO sahaja, tetapi produk dan projek dakwah tidak dikenali.

Setelah memulakan sebarang gagasan dakwah atau apa sahaja nama projeknya , yang penting  apakah jenis produk dakwahnya?  Produk dakwah boleh difokus kepada bangsa Melayu, tetapi perlu diperincikan apakah nama produk dakwah untuk remaja Melayu ini?

 Apakah produk ini boleh popular dan disambut oleh remaja Melayu dan bagaimana keberkesanannya? Jangan melibatkan pelajar di IPT sahaja, itu pun mungkin 0.01 % dari keseluruhan pelajar IPT. 


Saya suka mengatakan, secara kolektif TIADA satu pun NGO Islam terbukti  menghasilkan produk dakwah yang hebat kepada orang Islam di M'sia. Dan saya yakin NGO -NGO ini  pernah bertungkus lumus untuk mencipta produk dakwah, tetapi masih jauh terkebelakang dlm menyedarkan masyarakat. Seorang bekas pimpinan NGO yang awal bertapak diM'sia pernah berkata, " Kami dulu banyak menganjur pelbagai seminar kecil dan besar, tetapi yg hadir ialah 90-95% orang kami  juga! Dan memang betul ketika itu nama NGO kami  terkenal".

 Keadaan ini juga berlaku pd semua NGO Islam lain didlm program-program mereka. Jika kehadiran 'org luar' masih sekitar 10%, bermakna mesej dakwah itu adalah gagal.
  JIKA TIADA produk mantap dlm dakwah dan nama 'tidak bersih' maka semakin sukar berdakwah. Lihat pada JIM yg makin dilupakan oleh ahlinya sendiri, namanya terpalit 'buruk' akibat aktif politik. Sehingga dikaitkan dengan NGO politik!. Mungkin sebab itu ikram mengambil jalan 'berdiam diri ' dulu dlm isu politik terkini.Begitu juga dgn Haluan dan Abim

Ramai org suka bercakap soal politik dan memberi seribu satu pandagn , tetapi  politik  bukan keutamaan pada mana-mana NGO Islam. Ada ahli-ahli NGO yg 'bertepek' pada parti lain utk berpolitik dan ramai yang 'tersasar'. Dan ada yang tidak sertai mana-mana politik, tetapi sangt berminat  MENGKANCAHKAN" diri berpolitik....

Kesan negatif yg boleh timbul akibat salah urus soal politik ini ialah kepada penerimaan orang ramai terhadap dakwah NGO tersebut. Saya agak terkejut apabila, beberapa org awam yg tidak berparti bertanya, " mengapa ada NGO Islam secara terang menentang PR dan dalam masa yang sama kurang 'melibas' UMNO?  

Akhirnya reputasi NGO dakwah akan terjejas, dan boleh menjejaskan program dakwah mereka.
.

Politik ini adalah isu semasa dan subjektif, dakwah itu sesuatu yang berobjektif dan berpanjangan.

Tidak salah menyiapkan 'cop'   utk berijtihad dalam politik......, tetapi perlukah dan sesuaikah dicop pada masa sekarang? Atau simpan dahulu cop itu.......

Apapun cop itu sudahpun dicop dan  ramai yangg sudah tahu...., sukar untuk membetulkan semula apa yang sudah dicop.

Saturday, March 17, 2012

Sudur Dan Minda Terisi


1. Bukan sahaja politik itu licik dan pelbagai, begitu juga dengan dakwah.Dakwah itu sebenarnya licik dan beragam.  Basic dalam dakwah ialah ilmu.

2. Sebagai contoh, sekiranya pendakwah masih lemah dalam ilmu tajwid dan tidak betul makhraj, ini adalah satu fitnah dalam dakwah. Begitu juga satu fitnah dalam dakwah apabila para ustaz-ustazah tidak faham apa yang dibaca didalam AlQur'an dan Hadis. Malah ada assatizah lebih gemar membaca kitab terjemahan Melayu dari kitab asal yangg berbahasa Arab. Itu belum lagi hafazan Al Quran dan hadis didalam sudur ( dada)para pendakwah!

3. Sepatutnya pendakwah bukan assatizah wajib meningkatkan diri sehingga tahap ilmunya beliau layak dipanggil ustaz, selain dari penampilan diri. Manakala pendakwah bergelar assatizah MESTI meningkatkan diri sehingga bertaraf sebagai syeikh atau paling tidak pendapatnya didengari dan dihormati.

4. Terdapat segelintir assatizah yang tidak berharaki, tetapi ilmunya hebat dan mendalam, malah ada yang menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Ada yang memfokus dalam bidang ekonomi Islam dan menjadi rujukan orang ramai dan pihak ins. kewangan di M'sia- ini juga adalah skop dakwah. Mereka ini bergerak secara individu dan ilmunya tersebar luas. Sebaliknya assatizah yg berharaki, ilmunya sekadar ditakuk ijazah pertama. Ilmunya tidak membesar sepertimana besarnya badan mereka ( sebahagian) atau yang sibuk membesarkan perniagaan

5. Dakwah perlu kehadapan, dan tokoh mesti berada dibarisan hadapan. Untuk menjadi tokoh, perlu pada persediaan ilmu, kepetahan berhujah dan penampilan diri . Mudah tersenyum dan ' boleh berseloroh' juga aset menjadi tokoh

6. Dimana-mana jua, pendakwah ini lebih ramai dikalangan mereka yang bukan assatizah. Walaupun sudah puluhan tahun duduk dalam usrah, tahap ilmu tidak meningkat secara ketara. Mereka tidak membaca secara berkala dan istiqamah,  ada yang 'blank' dengan sirah Nabi atau umat Islam terdahulu, apalagi untuk berdalil dgn AlQuran dan Hadis.

Pendakwah dikalangan assatizah, yang sudah puluhan tahun berharaki, tetapi tidak keluar dlm masyarakat dan pendapatnya dihormati olh msykt. ( merujuk pada semua haraki diM'sia). Malanglah bila pendapat " ulamak politik" dan "ulamak Konsultan" lebih didengari!

7. Satu-satunya Ilmu yang tidak ada dalam dada orang Melayu ialah ilmu faham bahasa AlQuran, ada yg hebat bertaranum dan bertajwid, tapi tak faham apa yang dibaca. INI JUGA berlaku pada kebanyakan pendakwah Melayu!!

8. Mana yang lebih utama, menimba ilmu atau sibuk mengulas politik? Politik itu subjektif, boleh berubah mengikut masa dan keadaan. Tanpa ilmu mendalam, mungkin tersasar dlm mengulas politik. ( Pesanan ini lebih kepada pendakwah  generasi muda)

9. Apabila kita bercakap atau menulis, ianya ada aura dan frekuensi tertentu. Dan fekuesi itu bergantung pada kualiti keikhlasan dan kualiti ibadah. Tentunya daie yang lebih kerap solat sunat, solat tahajud, sentiasa berpuasa sunat dan basah dengan ayat-ayat Allah,maka tentu lain frekuensi dan auranya. moga kita berusaha mendapat aura hebat ketika bercakap dan menulis

10. Marilah utamakan PROJEK DAKWAH UTK UMMAH. Projek yang sistematik dan berkala untuk semua peringkat, bukan sekadar program pada setiap kali musim cuti sekolah?   Sebagai remaja lebih cenderung bicara tentang cinta dan sek, maka buatkan modul khas untuk mereka. Orang dewasa pula mungkin dlm bentuk kesihatan dan ibadah.

Thursday, February 23, 2012

Dua orang ABU yang juga seronok, tetapi....




Menjangkau hampir 7 minggu saya tidak mencatat sesuatu didalam blog ini, mungkin kerana agak sibuk menyiapkan buku saya iaitu MUDAH FAHAM BAHASA ALQUR'AN melalui PETA MINDA DAN OTAK KANAN dan buku SERONOK BELAJAR NAHU-SOROF melalui peta minda. Bila menulis dalam dua tulisan rumi dan Arab, ianya memang satu cabaran, kerana lebih mudah menulis kombinasi jawi dan Arab. Masalahnya ialah terpaksa berselang menukar font rumi dan Arab.



Bulan kelahiran Nabi SAW, sudah sekian lama disambut, malah kita mesti ingat bahawa Abu Lahap dan Abu Jahal berpesta kenduri dengan menyembelih 100 ekor unta dan membebaskan hamba-hamba mereka kerana seronok dengan kelahiran anak saudara mereka yang yatim, iaitu Muhammad SAW. Malah mereka sentiasa berbangga dan memuji-muji peribadi Nabi sejak usia kecil, dan mereka berasa kecil hati dan cemburu kepada adik mereka yang bernama Abu Talib sebagai penjaga selepas kewafatan ibu Muhammad, iaitu Aminah. Muhammad sendiri yang memilih untuk bersama Abu Talib yang merupakan salah seorang dari 9 anak lelaki Abdul Mutalib yang masih hidup ketika itu, walaupun Abu Talib merupakan anak yang paling miskin dan paling ramai anak.



Muhammad terus menjadi kebanggaan oleh semua bapa saudaranya, termasuk Abu Lahab dan Abu Jahal tadi, dan membantu Abu Talib dalam urusan kehidupan seperti memberi modal perniagaan kepada Abu Talib, dan Muhammad pernah mengikuti Abu Talib berniaga di Syam.


Segalanya berubah apabila keRasullan Muhammad SAW pada usia 40 tahun, kedua-dua bapa saudara tadi menjadi musuh dan penentang kuat kepada dakwah Muhammad SAW.




Analoginya, sebahagian dari kita sentiasa dan meraikan maulidurasul dan mendakwa cinta Nabi SAW, tetapi dalam masa yang sama menjadi musuh dan penentang Nabi SAW. Menentang Nabi dalam erti kata memperlekehkan sunah baginda, memperlekehkan sahabat baginda dan ada yang terang-terangan anti_hadis.


Kita sekadar mendengar saranan dan arahan Nabi SAW, tetapi tetap mendedahkan aurat, beraurat tetapi tidak sempurna, bertudung tetapi seksi, mendirikan solat tetapi tidak seperti Nabi mendirikan solat yang sentiasa berjemaah dan memelihara solatnya. Nabi SAW menyuruh menjaga ukhwah, sebaliknya kita mudah bermusuhan sesama Islam. Rasuah menjadi kebiasaan, malah dianggap sebagai hadiah kerana mendakwa gaji yang tidak berpatutan.


Nabi menyuruh kita taat pada pemimpin yang adil terutama dalam menjaga aqidah, adil menjaga ibadah dan adil menjaga akhlak orang yang dipimpinnya, sebaliknya pemimpin yang rendah akhlak, tidak suka beribadah dirumah Allah , yang tidak kerap membaca Al Qur'an dan keaipan yang lain sebagai pemimpin dan disanjung. Memilih pemimpin seperti ini, bermakna kita istihar memusuhi Nabi SAW.



Nabi juga menyuruh mengikuti para ulamak yang benar dan beramal dengan ilmunya, sebaliknya kita menyanjung ulamak yang leka dengan habuan dunia dan ulamak yang menyokong pemimpin seperti diatas.


Sebut sahaja, apa jua bidang kehidupan, sebahagian dari kita beramal seperti bermusuh dan berlawan arus sepertimana yang Nabi SAW tunjukkan.

Thursday, January 12, 2012

Melatah di awal tahun

Saya bukan orang politik tetapi sentiasa mengikuti dan minat politik tanahair

2. Ada 2 perkara penting pada awal tahun 2012 ini ialah tentang DUA 'PERLEPASAN" iaitu DS Anuar Ibrahim dilepaskan dari tuduhan meliwat dan D Dr Hassan Ali dilepaskan sebagai keahlian Pas.

3. Dakwaan Hasan Ali beliau dipecat kerana membuat komentar terhadap perhimpunan 901. Beberapa hari sebelum itu beliau sudah memohon maaf pada pimpinan Pas berkenaan isu komentar terbuka terhadap Pas melalui media, dan beliau diberi amaran keras. Beliau adalah satu-satunya ahli Pas yang menonjol dalam HIMPUN yang juga ditunjangi oleh beberapa NGO ( termasuk NGO yang mahu menonjolkan jenama masing2)

4. Siapa yang melatah? Saya maksudkan ialah orang yang tidak berpolitik dan terlibat dalam dakwah. Bagi saya, jalan selamat ialah tidak memberi sebarang komen terhadap Hasan Ali ini. Mempertikaikan keputusan ini bermakna sudah menjaga tep kain orang tanpa maklumat yang tepat dari pihak yang memecat beliau. Lebih malang lagi memberi ulasan dan bersimpati sekadar mendapat maklumat dari sebelah pihak sahaja.

5 Pendakwah jangan buang masa mengulas perkara yang tidak memberi faedah kepada dakwah dan hormati keputusan tegas dan drastik ini ( bukan mudah mbuat keputusan terhadap ahli pemimpin Pas seperti Hasan Ali ini)


6. Pelepasan Anuar Ibrahim yang mengejutkan ramai pihak juga 'satu startegi' penting dalam kontek semasa, serangan terhadap peribadi terhadap Anuar akan terus berjalan- tunggu dan lihat.

Saturday, November 26, 2011

Ubah Dan Pindah Dengan Otak Kanan

Tanpa disedari, rupanya sudah hampir 3 bulan saya tidak menulis di dalam blog ini. Tiada jawapan yang tepat, tetapi yang pasti agak lama tidak berinternet dan juga amat jarang membuka emel.

2. Saya memberi tumpuan pada SESUATU YANG BARU dalam hidup iaitu untuk memahami bahasa AlQur'an secara langsung. Sejak dec 2009 saya mula belajar B Arab, dan ketika bulan puasa yang lepas, saya dikenalkan dengan seorang pakar Nahu dan Sorof yang pernah 6 tahun menuntut di pondok Mekah Al Mukarramah.

3. Jika dulu umpama benang yang tersimpul, kini kaedah pondok ini telah membuka helaian benang yang tersimpul itu. Saya menjadi asyik dan terdorong untuk di BUKUKAN nota-nota yang telah saya buat.

4. Semoga buku " Memahami Bahasa AlQur'an Melalui Otak Kanan" akan dapat diterbitkan. Inilah HIJRAH dan azam pada 1433H ini..amin

Tuesday, August 9, 2011

'Motibasi ' Ramadhan




1. ‘Motibasi’ disini bermaksud sebarang bentuk nasihat, saranan, teguran, ingatan, dorongan, galakan atau dengan kata lain motivasi yang tidak lagi memberi kesan pada yang menerimanya. Bukan sahaja tidak lagi diterima oleh individu atau masyarakat, malah mungkin akan dicemuh atau tidak dipedulikan sama sekali.
2. Muslim sebenarnya yang memerlukan berpuasa untuk kehidupan spiritualnya, sepertimana badan memerlukan makanan, minuman dan oksijen untuk hidup. Ada mufasirin menafsirkan bahawa ayat yang mewajibkan puasa pada bulan ramadhan, iaitu maksud ayat “ kutiba” ( fael majhul), bukan sekadar membawa maksud ‘diwajibkan’ tetapi membawa maksud sudah ditetapkan kerana ianya adalah keperluan yang memenuhi rohi bagi setiap muslim.
3. Puasa adalah amalan para ambiyak dan umat terdahulu, sepertimana juga ibadah solat dan berzakat. Solat dan zakat juga ibadah yang diperlukan oleh setiap muslim bagi menjaga iman dan taqwa.
4. Orang yang tidak menunaikan solat, tidak berpuasa dan tidak berzakat, samalah seperti orang yang tidak mengambil makanan, tidak minum dan tidak menghirup oksijen. Maka orang itu akan mati. Ini juga bermakna rohi orang yang tidak solat, tidak berpuasa dan tidak berzakat itu sebenarnya sudah pun MATI.
5. Sebaliknya orang yang makan makanan tidak berzat, minum air yang tercemar dan menghidu udara yang juga tercemar, maka bayangkan kepayahan hidup dan taraf kesihatan mereka!. Begitu juga keadaan orang yang solatnya tidak ‘berzat’, puasa dan zakatnyanya tercemar, maka rohi mereka juga akan merana dan tidak berkualiti. Ditambah dengan tidak atau jarang sekali membaca AlQuran atau membaca dalam keadaan tercemar dari sudut tajwidnya.
6. Solat yang tidak ‘berzat’ itu adalah solat yang tidak fokus dan tidak ingat Allah, dirikan solat ketika hampir luput waktu, sentiasa solat sendirian dan tidak sempurna wuduk serta tomakninahnya.
7. SESUNGGUHNYA KERUNTUHAN AKHLAK DAN KELEMAHAN UMAT ISLAM DALAM BANYAK PERKARA ADALAH DISEBABKAN OLEH ROHI MEREKA YANG SEPARUH MATI, IAITU APABILA IBADAH MEREKA DALAM KEADAAN TERCEMAR.
8. Berikut ini kita bincangkan maksud PUASA YANG TERCEMAR dan sudah pun menjadi ‘motibasi’ sejak sekian lama
9. Sudah ramai dan sudah lama para pendakwah mengingatkan tentang PENCEMARAN PUASA seperti:-
a. Masih membuang masa dengan menonton televisyen atau melayari internet ( malah ketika bersahur juga ada siaran TV)
b. Pesta makanan di bazaar Ramadhan dan diiktiraf sebagai produk pelancungan pula!
c. Ada yang kerap berbuka puasa secara mewah di restoran dan hotel.
d. Iklan jualan hari raya sudah dibenarkan sebelum Ramadhan lagi, dan makin hebat menjelang syawal.
e. Masih berpakaian menjolok mata ketika berpuasa. Berpelesiran masih spt biasa
f. Akhlak seperti mengumpat, pemarah dan negatif yang lain sama sahaja walaupun berpuasa.
g. Gagalnya kempen, “ Ramadhan sebagai pemangkin untuk berhenti merokok”.
h. Tidak istiqamah membaca AlQur’an
i. Tidak solat tarawih secara berjemaah di malam sepuluh terakhir
j. Ghairah membuat persediaan hari raya untuk diri sendiri dan anak-anak
k. Tidak berqiamulail mencari lailatulqadar
l. Sebaliknya berqiam di pasar raya.
m. Sebaik datang 1 syawal, kegembiraannya terus MELENYAPKAN kesedihan perginya Ramadhan.
n. Menyambut syawal dengan kehebatan hiburan, malah hiburan yang tersendiri disediakan sepanjang dua minggu pertama syawal.
o. Segelintir sahaja, terutama anak muda yang meneruskan dengan berpuasa sunat enam hari dibulan syawal
p. Menjadi kata-kata tidak bermakna apabila berkata, “ Kedatangan Ramadhan yang dirindui , dan ditangisi akan pemergiannya!”.

10. Ingatan, teguran yang sudah dibuat banyak kali itu tidak memberi bekas pada sebahagian besar khasnya orang Melayu. PENCEMARAN puasa seperti diatas masih subur berlaku dimana-mana sahaja. Seolah-olah seperti menuangkan air diatas daun keladi.
11. TIDAK BERBEKAS pada hati umat ini untuk menjaga kualiti puasa dan tidak memandang berat akan masalah pencemaran solat dan penghayatan AlQur’an, maka selagi itu ujian demi ujian Allah terhadap umat Melayu ini.
12. Hati mereka tidak menjadi SATU untuk benar-benar disucikan sepanjang Ramadhan, maka didalam kehidupan harian hati-hati mereka sukar untuk bersatu. Begitu juga, mereka tidak bersatu untuk solat secara berjemaah, malah masih berbalah di masjid atau surau!
13. Perkataan madarasah atau universiti Ramadhan sudah biasa disebut, tetapi berapa ramai orang yang sudah menunjukkan ciri-ciri TIDAK LULUS ketika sedang berpuasa.
14. Sebaik habis Ramadhan, begitu ramai mereka yang gagal sebagai ‘graduasi Ramadhan’. Gagal sebaik datang syawal dan pada bulan-bulan berikutnya.
15. Seribu satu macam permasalahan orang Melayu, sebahagian kita menyalahkan sistem pendidikan, salahnya sistem politik, pentadbiran, sosio-masyarakat dan pelbagai sebab lain, TETAPI KITA GAGAL melihat PENCEMARAN ibadah umat Melayu yang mengundang kemurkaan Allah SWT.
16. Bala dari Allah bukan sahaja dari sudut fizikal seperti gempa bumi, banjir besar, tsunami, tetapi ‘krisis umat Melayu’ pada masa ini juga adalah bala.
17. Itulah gambaran sebenar KERJA DAKWAH YANG SUDAH DILAKUKAN selama ini. Dakwah sudah lama lesu dan tidak berkesan pada masyarakat yang sudah tercemar ini. Bukan kerja mudah untuk memotivasikan semula umat ini selepas mereka menganggapnya sebagai isu ‘ basi’.
18. Bukan sahaja tercemar ibadah, malah minda mereka juga sudah tercemar gaya hidup hedonism.
19. Maksiat kecil yang tersusun akan mengalahkan dakwah besar yang tidak tersusun.
20. Dakwah bermula dari hati-hati daie yang tersusun dan dakwah mesti melibatkan banyak pihak terutama dakwah MENENTANG KEMUNGKARAN, kerana amal maaruf boleh digerakkan secara indivdu atau oleh organisasi tertentu. Moga terus BERMOTIVASI SEPANJANG RAMADHAN DAN TAHUN INI ADALAH YANG TERBAIK

Thursday, July 14, 2011

Tahniah SPKGD!

Pada 15 jun yang lalu termeterai Sekretariat Persefahaman kerjsama Gerakan dakwah ( SPKGD) antara Abim, Isma dan PUM.

Satu jawaban kepada lontaran idea saya pada 10 mie yang lepas, siapa Melayu yang utama untuk disepakati?

Ikut Tertib, Jangan Terus Berlari Selepas Merangkak




1. Ada individu atau organisasi sudah merasa sedikit selesa bila mula dikenali dan merasakan sudah ada sedikit kekuatan sana sini.


2. Mencampuri urusan bukan bidang masing-masing akan membawa padah, sehinggakan Nabi memberi amaran kepada yang bukan ahli mengendalikan sesuatu amanah.


3. Parti politik boleh berperanan sebagai NGO, tetapi NGO tidak layak berwajahkan politik.


4. BERWAJAH POLITIK bukan bermakna secara terus terang berpolitik, tetapi pendirian NGO itu secara terus terang menyokong atau membangkang sesebuah parti.


5. Namun ahli NGO secara individu boleh menterjemahkan pendirian masing-masing tetapi tidak pada NGO itu.


6. NGO tidak boleh menghalang ahlinya mahu mesra politik atau tidak salah secara dalaman mahu bermesra politik, tetapi jangan dijelas pada pandangan kasar.



7. Melalui tulisan, kadang-kadang NGO ini memberi gambaran politik yang tidak mengikut tabiee iaitu selepas merangkak, kena berdiri dahulu, jika terus berlari nanti kerap tersungkur.




8. Ukur baju pada badan sendiri. Tunjukkan pandai bukan tunjukan "pandei", serlahkan kematangan bukan kelantangan ( ketika bercakap atau menulis)

Bantu Melayu Ini Secara Borong

sila baca di-

http://motivasiholistik.blogspot.com

Wednesday, July 6, 2011

Baru Bersih, Belum lagi PRU 13....

1. Bila si anak yang dikhuatiri buat silap, dan sudah dimaki dan dimarahi sehebat-hebatnya.....



2. Bila orang yang belum bersalah sudah diputuskan bersalah, lalu diberi hukuman..



3. Bila berpersangka buruk mengatasi kebaikan, lalu terus diganyang...

4. Bila tergugat dengan kuasa, maka digunakan segala kaedah yang 'dihalalkan ' untuk menghambat ....




MAKA APAKAH REAKSI si anak.... mengalah, berundur, memprotes atau melawan semula?




5. Apa yang berlaku pada BERSIH yang sebegini diganyang dari semua sudut, dan pertentangan berterusan dalam semua media massa





6. Maka bayangkan pada PRU 13 nanti.




7. Mungkinkah benar seperti kata beberapa penganalisa politik yang meramalkan PRU 13 nanti akan berlaku 'perang politik' yang paling dahsyat? - wallahu'aklam.




8. Manusia yang amat MENCINTAI DUNIA, akan buat apa sahaja untuk dunianya.




9. Apakah maksud 'rosak dan busuk dari mulut sehingga ke tempat buang najis'?