Pages

Monday, February 11, 2008

Beza Sihat Dan Cergas!!

Saya sering ditanya, apakah bidang kerja doktor-doktor yang terlibat pengurusan sukan atau pengurusan kecergasan, ada yang memahami doktor yang terlibat dalam kecederaan sukan. Sebelum itu saya ingin jelaskan, jika dahulu pengajian bidang SAINS SUKAN ini hanya popular di instituisi pengajian luar negara, khasnya di USA dan UK, tetapi kini sudah ada di pusat pengajian tempatan dari peringkat sijil sehinggalah kepringkat PhD, malah di Kementerian Belia Dan Sukan sendiri mempunyai unit dan Ketua Pengarahnya sendiri iaitu di Institut Sukan Negara. Manakala doktor yang terlibat dalam kecederaan akibat bersukan, sebenarnya ialah doktor pakar Ortopedik ( pakar tulang) yang mengambil pengkhususan dalam kecederaan sukan.

Jawapan ringkas untuk soalan tadi ialah, doktor-doktor yang terlibat didalam sains pengurusan sukan ialah berperanan untuk lebih menyihatkan dan mencergaskan orang yang sedia sihat.. Termasuk mencergaskan ahli-ahli sukan amatur dan profesional supaya mencapai tahap kecergasan yang maksima.

Begitu juga, secara ringkasnya orang yang cergas itu akan sentiasa sihat dan belum tentu orang yang sedia sihat itu akan cergas. Dan tentunya cergas disini lebih ditujukan kepada cergas fizikal.

Dengan hanya memilih menjaga pemakanan dan kerehatan, seseorang itu boleh mencapai tahap kesihatan yang baik walaupun tidak aktif beriadhah ( dengan tidak mengambil faktor penyakit keturunan).

Tetapi untuk mencapai tahap kecergasan yang diukur dan dinilai mengikut tahap, ianya mesti dicapai melalui gaya hidup aktif. Manakala gaya hidup aktif ini juga harus diperluaskan pengertiannya iaitu tidak bermakna mesti berpeluh-peluh bersukan baharulah dikatakan aktif. Untuk aktif tidak memerlukan bakat tersendiri dalam sukan, pelaburan wang ringgit yang tinggi atau bila sudah diserang penyakit. Dan juga tidak juga bermakna sudah terlambat untuk aktif setelah sekian lama hidup pasif

Rasanya dalam aritkel terdahulu , saya ada menulis agak panjang akan topik gaya hidup aktif ini.

Apa yang ingin saya ingatkan pada diri sendiri dan pembaca sekelian ialah dengan bermula dari minda dan emosi yang cergas, kita akan teruja untuk aktif fizikal. Minda dan emosi yang cergas dan mampu untuk istiqamah dan lebih hebat lagi memahami cergas secara holistik, maka sifat malas, mood negatif, tabiat suka beralasan, mencari sebab, mencontohi orang lain yang pasif dan sifat-sifat mundur yang lain akan berjaya diatasi.