Menarik satu keluhan dari artikel yang penulis baca dari internet ini yang mengulas tentang budaya rumah atau majlis terbuka syawal terutama di kawasan bandar dan perumahan yang ada positif dan negatifnya.
Pada hakikatnya, Ramadhan itu tempuhnya sebulan ( 29-30 hari) manakala eid fitri hanyalah pada 1 syawal ( sehari sahaja), dan haram serta berdosa jika berpuasa pada hari ini. Sejak 'beberapa' menjak ( sekitar awal 90an), budaya beraya sepanjang syawal sudah menjadi 'budaya baru' dalam masyarakat kita, khasnya rumpun Malaysia dan Brunei ( tidak popular di Indonesia) iaitu mengadakan JAMUAN MAKAN samada di rumah, di dewan, dipejabat malah di hotel.
Pada kebiasaannya setiap hari sabtu atau ahad pada bulan syawal ini ada saja jemputan hari terbuka, malah ada yang menerima jemputan lima tempat dalam sehari. Sebelum itu penulis yakin pembaca tentu setuju budaya terlebih makan dalam masyarakat kita dan jiran itu lebih utama kedudukannya dari saudara mara, teman rapat atau rakan sepejabat yang tinggal lebih jauh. Cuba anda perhatikan, ada orang yang menganjurkan rumah terbuka syawal ini, rakan-rakan pejabat dan kenalan diajak bersama, sedangkan jiran muslim yang berhampiran sekadar tengok malah tidak dijemput langsung atau dijemput jiran yang dia kenal sahaja !! Maka jiran itu tidak diutamakan berbanding kenalan. Kita berusaha untuk menyuburkan silaturahim sesama sanak saudara dan kenalan tetapi jiran agak terpinggir.
Begitu juga salah guna istilah menyambut eid fitri selepas 1 syawal ini yang merupakan hari agung kurniaan Allah kepada yang berjaya berpuasa sepanjang ramadhan. Eid fitri hanya sehari, jika dulu zaman 70an-80an, edi fitri biasanya dua hari sahaja. Maka itulah sebabnya kita sangat digalakkan untuk segera berpuasa semula pada bulan syawal iaitu puasa enam ( jika berpuasa pada isnin-khamis, tentu lebih enam hari kita berpuasa disepanjang syawal).
Kita biasa mendengar keluhan orang yang berjaya menurunkan berat badan 4-5 kilogram sepanjang ramadhan, tetapi bulan syawal baru dua minggu, berat badan naik semula. Inilah dia bila dalam minda, syawal ialah bulan untuk makan dan terus-terusan makan pada bulan berikutnya. Dan istilah puasa sunat sesuatu yang janggal.
Semoga kita merindui ramadhan yang akan datang dan buangkan dari minda nafsu kepada makanan malah malulah jika menjadikan suatu hobi serta budaya jalan-jalan cari makan. Wang menentukan selera dan kantung perut!!! Teman seakidah kita di Palestin, Lubnan dan fakir di negara kita hidup kelaparan, kita pula lapar bila berpuasa ramadhan sahaja.
InsyaAllah penulis akan kemas kini artikel yang pernah ditulis iaitu Budaya Makan Untuk Mati!!