Tiga asas peringkat dakwah iaitu pengenalan (taarif) kepada Islam, peringkat pembentukan ( takwin) dan seterusnya peringkat perlaksanaan ( tanfiz). Sebagai contoh dakwah yang terhenti pada peringkat pertama sahaja ialah penyebaran fikrah-fikrah Islam melalui ceramah umum, pameran, risalah, makalah, di surau –masjid, seminar, konferensi atau di instituisi ilmu Islam dari sekolah atap sehinggalah keperingkat Universiti. Jika ‘pendakwah bebas’, penceramah isu-isu semasa, tok-tok guru, perunding motivasi dan ustaz-ustaz yang aktif berdakwah ke serata pelusok, malah ada di kalangan mereka popular di media masa, sebenarnya mereka baru memasuki langkah pertama dan termasuk dalam katagori dakwah tounch n go. Mereka sebenarnya baru memberitahu, mengingatkan, meneydarkan, memberi amaran, mengajak kepada kebiakkan, begitu juga dengan dakwah kepada individu (fardi) dimana tidak disusuli dengan proses mendidik secara tersusun dan bersistem. Untuk memasuki peringkat kedua dakwah, ianya melalui ‘saringan’ dan kesenian pendakwah tadi untuk mentasmi’ bakal-bakal mad’u mereka. Jika berdakwah umum dan dakwah fardi tiada penerusan keperingkat kedua dakwah, bermakna samalah seperti pihak yang memberitahu keseronokan dan manafaat bermain bolasepak lalu berkempen sakan tetapi jika tidak berlaku pemilihan permain, adakah akan terbentuk sebuah pasukan bolasepak? Penulis ingin membincangkan DUA katagori kumpulan sasaran yang biasa berlaku dakwah touch n go ini dan kewajarannya. Pertama ialah golongan remaja sekolah dan golongan kedua iaitu ibubapa kepada remaja ini. Penulis yakin, banyak organisasi dakwah yang menyusun biro remaja masing-masing, khasnya pelajar sekolah Menengah. Umum mengetahui tahap kematangan dan mentaliti golongan pelajar sekolah ini yang mana tahap keseronokan, sikap ingin tahu dan ingin mencuba itu sangat tinggi,baik mencuba sesuatu yang negatif maupun yang positif. Tidak dinafikan faktor didikan dan pengenalan Ilmu Islam dari ibubapa mereka yang mempunyai fikrah Islam sangat membantu remaja untuk lebih cenderung kepada penghayatan Islam, tetapi berapa kerat remaja yang beruntung ini. Begitu juga, segelintir anak para daie yang juga bermasalah dalam akhlak. Ada pelajar yang berketerampilan semasa sekolahnya dan dilantik menjadi pemimpin, tetapi bila diperingkat pengajian tinggi, ada yang tenggelam. Sebaliknya pelajar yang tidak menonjol dibangku sekolah pula, kepimpinannnya terserlah kemudian. Tidak kurang ramai yang ’tenggelam’ ketika disekolah dan di IPT. Penganjuran kem pelajar, kem motivasi atau sebutkan sahaja nama programnya, sebilangan besar remaja ini teruja untuk mengikutinya terutama melibatkan modul intergrasi minda dan fizikal. Dan yang PASTI berlaku, keberkesanan dari kem-kem ini bersifat sementara terutama kem yang lebih kepada penghayatan emosi dan tidak dibekalkan sebarang skil untuk dibawa pulang. Jika kem kemahiran belajar, atau kem motivasi ibadah, tentunya ada teknik-teknik yang boleh dipraktis bila mereka pulang tetapi jika sekadar membakar semangat dan emosi serta celik minda, ramai bersetuju ia kan mudah pudar. Jadi persolannya, apakah kaedah supaya sentuhan ( touching) pada hati kepada pelajar tadi boleh tahan lama dan kekal didalam hati mereka? Touch n keep. Atau apakah bentuk sistem susulan yang mantap dan kemas? Ada pihak yang sangat teruja untuk mengumpulkan pelajar-pelajar ini pada setiap minggu dalam satu usrah yang tersusun, tetapi lihatlah hasil kegagalannya. Jika pihak sekolah berasrama sendiri boleh gagal dalam usrah para pelajarnya apalagi pelajar yang keluar masuk dan dibawah jagaan langsung dari ibubapa mereka. Kita juga sangat bimbang jika pengendali usrah pelajar ini kekurangan serba serbi, usrah itu menjemukan dan istilah usrah itu menjadi negatif serta alergik dengan usrah. Liqa’ dan majlis ilmu (daurah) adalah lebih sesuai kepada pelajar yang terpilih serta pengikatan kepada program berkala dalam ridhah atau rehlah. Dan pendekatan yang sering terlupa iaitu peningkatan amal-amal pemantapan roh dan emosi iaitu pemantauan kualiti solat, pengujaan untuk seronok bertilawah dan galakan amalan berpuasa sunat. Golongan kedua tadi ialah ibubapa kepada remaja tadi. Pada usia empat puluhan keatas, dimana proses kearah keselesaan hidup, pengumpulan pengalaman hidup dan tahap akademik, pelbagai taraf sosio-ekonomi, pemahaman yang jitu kepada sesuatu ideology dan fahaman termasuk fikrah Islam yang sedia ada atau gaya hidup yang sedia ada, pada pendapat penulis ada kewajaran kepada dakwah touch n go ini. Golongan ini adalah senarai ‘simpanan’ para daie dan pasti akan berlaku jalan sukar dan jalan terlebih panjang untuk meningkat golongan ini keperingkat dua dakwah apalagi ketahap tiga. Tetapi sentuhan harus berlaku dengan dakwah fardi. Mereka adalah senarai utama penyokong, bukan pendokong. Namun begitu, mari tanyakan diri kita, sudahkah daie yang juga pada usia empat puluhan keatas sudah atau terus melakukan dakwah fardi ini kepada rakan-rakan, jiran, teman sekerja yang lebih kurang sebaya? Atau sekadar berkawan dengan mereka sejak dulu atau kawan kita itu tidak perasan pun yang kita ini seorang daie, kerana hampir tiada beza dengannya!! Gelak sama, cara fikir yang sama, bahan bual pun sama, badan lesu yang sama, saiz badan yang sama, dan lebih malang lagi beribadah juga pun lebih kurang sama.kualiti dan kuantitinya!! Atau senaraikan mad’u yang pernah anda tajnidkan? Atau rasa selesa menjadi daie yang duduk mengurus organisasi? Iaitu sama seperti guru yang pernah mengajar dimana tetap dipanggil cikgu walaupun sudah menjadi pentabdir di jabatan pendidikan. |