Pages

Monday, October 8, 2007

Ada Kaedah BioMekanik Puasa??

Islam adalah agama fitrah, maka semua ibadah yang difardukan juga bersifat fitrah. Sebagai contoh pelajar Universiti atau kolej yang belajar secara sambilan dimana belajar pada sela waktu tertentu sahaja berbanding belajar sepenuh masa, tentulah pelajar yang sepenuh masa lebih efektif dan lebih cepat layak menduduki peperiksaan! Begitu jugalah orang yang melalui kursus tertentu selama seminggu atau beberapa mingggu atau selama sebulan secara berturutan berbanding dengan mereka yang berkursus pada hujung minggu.

Latihan dan pembelajaran berturut-turut ini sebenarnya merupakan fitrah penerimaan yang efektif oleh minda, emosi dan spiritual manusia dan begitu jugalah dengan puasa ramadhan yang wajib dilakukan secara berterusan selama sebulan dan tidak pula diwajibkan seperti sehari dalam seminggu.

Penulis ingin mengatur ayat seperti berikut, " Puasa Sebulan Berturut-turut Adalah Memenuhi Fitrah Kejadian manusia".

Selain dari kesan utama terhadap rohi, begitu juga kesan puasa ini terhadap sistem biologi akan lebih terkesan apabila berturutan setiap hari apabila berlaku proses nyah toksik ( detoxification) seperti kumuhan DDT melalui air kencing dan najis, proses penyembuhan penyakit dimana sintesis protien yang membentuk DNA lebih efisien, proses awet muda ( rejuvenasion) bila metabolisma menjadi perlahan dan rembesan hormon tumbesar dan hormon anti penuaan, juga penurunan berat badan yang efektif. Apabila berlaku secara berturut-turut maka disinilah buktinya puasa ramadhan ini sangat bersesuai dengan fitrah badan manusia. ( perincian topik ini akan di bincang dalam tajuk TERAPI BIOLOGI DENGAN BERPUASA )

Suka ditekan lagi sekali, bahawa untuk tidak makan dan tidak minum itu mudah, anak-anak kecil pun mampu berpuasa berturut. Yang SUKARNYA ialah UNTUK MENGAJAK MINDA DAN HATI supaya selalu ingatkan diri sedang berpuasa. Ini samalah seperti sepanjang mendirikan solat, supaya minda sengaja dan sedar sedang secara langsung berkomunikasi dengan Allah. Berpuasa lebih lama iaitu selama 12 jam, perlu kepada skil dan kemahiran untuk 'khusyuk berpuasa' berbanding Solat lebih yang singkat, sekitar 10-15 minit dan itulah hikmahnya dan juga latihan dimana bertarawih yang memerlukan masa lebih lama, 45minit -1 jam ( seperti artikel sebelum, Hanyut Bertarawih).

Apakah skil untuk ' khusyuk berpuasa'? Atau, "eh...ada skil ke nak berpuasa ini?.. ..ada kaedah biomekanik Puasa ke? Asasnya masih sama lakukanlah dengan SEDAR, SENGAJA DAN KEKALKAN. Walaupun mengekalkan sedar ketika berpuasa bukanlah mudah apabila kita berada ditempat kerja, sedang memandu, dibazar-bazar atau dimana sahaja terutama diluar masjid-surau ( mungkin dalam masjid pun kita kurang sedar sedang berpuasa)

Bagi penulis, minda dan hati yang sudah biasa dilatih pada setiap hari ketika solat untuk sengaja dan sedar khusyuk sepatutnya akan mudah reflek agar sengaja dan sedar sedang berpuasa.

Penulis ingin menekan satu ingatan yang sangat penting iaitu inilah latihan sebenar dari Allah SWT supaya hati dan minda sentiasa waspada selama 12jam selama sebulan sedang berpuasa dan kesan dari latihan ini, hati dan minda mampu bertahan untuk sentiasa sedar bahawa Allah sentiasa tahu pada tiap keadaan akan gerak kerja kita yang dizahir atau disembunyi dalam hati.

Maka teruskanlah latihan ini selepas bulan ramadhan, bermula dengan puasa enam, puasa Isnin dan/atau Khamis dan hari-hari tertentu. Dan tukar persepsi iaitu syarah atau tulisan bab puasa, yang terlintas dibenak ialah bulan ramadhan sahaja!! Disamping terus melatih hati dan minda ketika solat 17 waktu sehari dan mendampingi ayat-ayat Allah.

Yakinlah anda pasti berbeza rohi dan berbeza biologi!!!