Lapuran yang di keluarkan pada setiap tahun itu dan pendedahan semakin berani oleh media perdana. Ada dua perkara yang memeranjatkan iaitu keberanian pendedahan secara terbuka dan betapa beraninya segelintir kaki tangan kerajaan, negeri, badan berkanun yang bertabiat korup, haloba dan tidak amanah.Pendedahan ini hampir terdapat pada semua jabatan dan anda yang berkerja di bahagian kewangan di jabatan-jabatan tertentu , tentu lebih tahu akan penyakit barah ini. Saya mempunyai kenalan yang menjadi pegawai kanan kewangan yang sekadar mengeluh akan gejala negatif dalam urusan tender atau 'claim' oleh kaki tangan yang tidak bertanggung jawab ini. Jika lapuran dari ketua audit negara itu melibatkan kes besar dan yang ketara penyelewengannya, di mana kes penyelewengan ini juga berlaku pada banyak jabatan-jabatan yang lain.
Jika anda seorang peniaga yang terlibat dengan mana-mana kaki tangan kerajaan dan majlis tempatan ( PBT) , tentu lebih faham akan keadaan ini. Begitu juga dalam bidang penguat kuasaan, kepolisan, urusan permit, malah pencegah maksiat juga meminta rasuah untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah. Siapakah bangsa dan agama mereka ini? Ini bermakna segelintir dari mereka yang korup ini ialah orang Melayu yang muslim.
Penyakit ini adalah gambaran semakin parah dan mengekalkan juaraan orang Melayu dalam masalah akhlak. Ini adalah bala dan musibah dari Allah kepada negara ini yang memiliki warga negara yang rendah akhlak. Dua hari lepas, pihak ADDK mengeluarkan statistik penagih dadah baru, dan Melayu yang kekal juara. Dan di dalam kes PKFZ, Klang yang benar-benar membongkar rahsianya ialah orang bukan Melayu dan akan terus 'di siasat, serta di fahamkan memalitkan orang Melayu yang gelojoh harta benda.
Dari jambatan MRR2 yang retak, bumbung stadium yang runtuh, bumbung parlimen yang bocor, sekolah baru yang retak sehinggalah jambatan gantung yang baru siap 2 minggu yang runtuh dan banyak lagi senarai akibat tangan-tangan orang yang bermatlamatkan laba dunia.
Apakah lapuran audit negara ini akan melapurkan korupsi besar pada setiap tahun? Dan menjadi kemusykilan pula jika lapuran pada masa akan datang menjadi semakin 'bersih' !!