Pages

Tuesday, June 15, 2010

Tengok Dengan Mata, Bukan Dengan Hati

Kini sedang rancak berlangsungnya sukan bolasepak piala dunia. Dunia sedang bercakap tentang bola. Bolasepak adalah raja kepada sukan. Di Malaysia pula bertambah hangat dengan syor menghalalkan judi bola. Memang betul, bola itu halal dan judi itu haram dan ramai pihak mendesak supaya di tarik balik lesen judi bola itu, namun alangkan baiknya jika judi-judi lain yang sudah lama itu SENTIASA DI DESAK supaya di kekang atau di hapuskan. Sebagai individu dan di antara peranan NGO Islam ialah berfungsi sebagai pendesak kepada penguasa.



Khusus kepada peminat bola, yang tua-muda baik, yang 'kaki surau', pak haji, ustaz, pendakwah dan apalagi di kalangan orang kebanyakkan ada yang terlebih ghairah mengikuti perkembangan pencapaian pasukan YANG LANGSUNG TIDAK KENA MENGENA DENGAN MEREKA. Ada yang menyokong Jepun dan Korea kerana semangat keAsiaan atau menyokong negara tertentu atas dasar pemain yang mereka minati.
Teruja pada sukan dan kepada hiburan adalah indikator nilai-nilai yang ada di dalam masyarakat kita. Maka tidak hairan nilai Islam semakin dagang dan pelik!


Bukan di sebabkan kerana bidang saya mendalami sains perubatan sukan, namun saya juga adalah peminat sukan dan boleh bersukan sejak kecil lagi. Semasa saya berusia 20an, saya hampir hafal ramai ahli sukan Malaysia dalam pelbagai aktiviti sukan, termasuk ahli sukan luar negara.



Namun selepas masa berlalu dan meniliti semula akan minat ini yang sekadar memenuhi emosi dan tidak pada minda, maka saya mencadangkan khusus kepada peminat sukan supaya ikutilah perkembangan sukan bolasepak sekarang ini dengan minda dan bukan dengan emosi.




Setelah hampir 3 tahun saya tidak menatap TV di rumah, namun ada juga menonton siaran langsung ketika makan malam di luar dan melihat akhbar tatapan saya ( Sinar) -baca juga keputusan perlawanan.



Banyak perkara lain boleh kita fikirkan dari fikir tentang bola. Si kafir dan si jahil menjerit, maka tiada beza dengan kita yang turut menjerit. Mari kita pelajari iaitu setiap 4 tahun, hampir 90% pasukan yang sama ( 32 negara) yang berjaya memasuki final sukan ini, mengapa? Malah Korea dan Jepun yang pernah sama taraf dengan Malaysia pada tahun 1970an dahulu merupakan 'wakil tetap' negara Asia ke FIFA ini-mengapa? Dan beberapa negara sudah lama di iktiraf sebagai negara bolasepak- spt Brazil Itali Cameron dan Jerman. Sedangkan sukan melibatkan manusia, bukan mesin atau robot seperti penghasilan dari kilang!



Inilah bukti kesungguhan dan benar-benar 'bergelumang' dengan sesuatu perkara akan yang menghasilkan yang terbaik dan miliknya



Maka tengoklah sahaja dengan mata dan bukan tengok dengan hati. Tahniah kepada yang langsung tidak kisah atau tak ambil tahu langsung akan perkembangan FIFA 2010 ini, terutama kepada peminat sukan, kerana mereka yang tidak minat, bersukan pun tidak hiraukannya
Orang lain menyebut cogan kata ini, " Tidur bola, mimpi bola, jaga bola". Mampukan kita menyebut " Tidur Islam, mimpi Islam dan jaga Islam"? Dalam jaga pun sukar untuk menjaga Islam!!Tepuk dada, tanya iman.
Tengok orang lain cergas di padang, kita pula bagaimana?