Pages

Thursday, May 28, 2009

Pelajari Kekalahan PKS di Indonesia

Satu Pandangan Oleh :-
A Shukur Harun Mon May 25, 09 ( Sumber Harakah Daily.com)

Kekalahan yang dideritai oleh Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Indonesia dalam pilihan raya Parlimen bulan lalu sangat memedihkan bagi umat Islam, namun kekalahan dan kemerosotannya sangat wajar dipelajari khususnya oleh pendukung gerakan Islam dan parti Islam di mana saja.

Pada pilihan raya Parlimen Indonesia tahun 2004, prestasi PKS yang pada watu itu di bawah pimpinan Dr Hidayat Nur Wahid, ulama lulusan Madinah, sangat cemerlang. Parti bernuansa Islam itu dianggap sebagai pengganti Masyumi, parti gabungan pimpinan Almarhum Muhd Natsir pada tahun 50-an kerana wawasannya sama mahukan Indonesia itu bernaung di bawah panji-panji Islam, walaupun Muhd Natsir sedar Indonesia sebuah negara berbilang agama dan budaya.


PKS dianggap parti Islam generasi baru yang sangat menjanjikan, begitu banyak harapan dan dukungan diberikan kepadanya. Dalam pilihan raya 2004 itu, PKS memenangi kerusi bandar-bandar besar.


Malangnya kemenangan itu ternyata tidak dapat dipertahankan lama. Dalam pilihan raya Parlimen Indonesia bulan lalu, PKS menderita kekalahan di kawasan yang dipernah dimenanginya dulu. Ia kalah di Jakarta, Depok, Bekasi, Bandung dan kota-kota besar lain.

Kekalahan PKS ini disebabkan sikap, memberi kenyataan media tanpa berhati, hati, sikap mengatur strategi, mulai kurang memberikan perhatian kepada rakyat biasa.

Ia beransur-ansur menjadi parti elit dimana kakinya tidak berjejak di kalangan rakyat biasa.

Sungguh malang, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Semuanya terjadi apabila sesetengah pemimpin PKS memuji bekas Presiden Suharto yang semua orang tahu mengenai pemerintahan kuku besi serta tindakan tiraninya.
Selanjutnya ada sesetengah pemimpin PKS mahu pula mengadakan hubungan baik dengan parti Suharto, Golkar yang kini dipimpin oleh Jusuf Kalla.

Segala-galanya bermula pada suatu malam bulan November 2008, sebuah majlis jamuan � Silatulrahmi dan Dialog Antara Keluarga Pahlawan Nasional diadakan di Jakarta.


Hadir sama puteri Suharto, Titiek Suharto dan duduk semeja dengan Ketua Dewan Syura PKS, Hilmy Aminuddin dan Setiausaha Agung PKS, Anis Matta. Dalam ucapannya, Titiek sangat berterima kasih kepada pemimpi parti politik yang hadir kerana memuji ayahnya, Suharto dan memasukan nama ayahandanya sebagai pahlawan dan guru bangsa.


Acara itu, kata Presiden PKS, Tifatul Sembiring untuk mendorong rekonsiliasi agar tidak ada lagi dendam antara generasi.


Majlis pada malam itu penuh kontrovesi, ramai pemerhati melihat ada usaha sesetengah pihak hendak �memutihkan Suharto�, suastu usaha yang sama sekali bertentangan dengan keadaan yang ada, di mana rejim Suharto menimpakan derita bangsa, pelanggaran hak asasi manusia, matinya demokrasi dan segalanya.


Malangnya, seperti dikatakan tadi, turut hadir pada malam itu, malah memuji dan merestui Suharto sebagai �Pahlawan Nasional dan Guru Bangsa� ialah pemimpin tertinggi PKS. Bagi mereka kalau Suharto itu hendak dimaafkan, ada cara lain � secara peribadi-peribadi � bukan melibatkan pati politik, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya Parlimen (DPR) dan seterusnya Pemilu Presiden bulan Julai ini.


Ramai pendukung PKS menyalahkan Anis Mata yang hadir dan turut memuji Suharto, tetapi ada yang bertanya bagaimana dengan kehadiran Ketua Dewan Syura PKS sendiri, Hilmy Aminuddin. Bagaimana bliau melihat semuanya ini dari perspektif Islam?


Sejak peristiwa itu, keraguan dan kekecewaan rakyat terhadap parti Islam itu semakin membesar, khususnya generasi muda. Mereka yang kecewa ini bukan saja dari pulau Jawa, tetapi juga dari Sumatera dan Kalimantan, kepulauan Riau serta Sulawesi.


Prestasi PKS yang selama ini diharapkan menjadi tonggak kekuatan parti Islam Indonesia ternyata juga merosot. Tinjauan terhadap momentum kerja, terutama di kawasan yang dimenanginya pada tahun 2004 dulu, didapati merosot. Rakyat yang mendukung PKS dulu kecewa kerana �tidak dipedulikan� setelah menang.


Itulah antara sebuahnya, PKS yang selama ini diberikan harapan tinggi untuk menjadi tunggak parti nasional, setelah Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Parti Bulan Bintang tidak berdaya memenuhi cita rasa dan harapan rakyat.


Mulanya, ketika awal pemilihan Parlimen bulan lalu, Dr Hidayat Nur Wahid diuar-uarkan untuk mendamping Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) sebagai regu Presiden dan Naib Presidern. Namun dengan kekalahan demi kekalahan yang diterima oleh PKS, maka 'harga' PKS pun merosot, tidak mungkin lagi SBY menerima Dr Hidayat sebagai regunya.


Susilo pun memilih Boediono (bekas Gabenor Bank Pusat), pakar ekonomi sebagai calon naib presidennya menolak calon yang diajukan parti politik lain lain.


Alasannya, SBY mememerlukan seorang pendamping yang ahli di bidang ekonomi untuk menghadapi krisis kewuangan global yang cukup tenat jika kembali memimpin.


Alasan tersebut disampaikan SBY kepada Presiden PKS, Tifatul Sembiring dalam pertemuan menjelang deklarasi pasangan calon presiden dan naibnya: SBY-Boediono (SBY - Berbudi) di Hotel Sheraton, Bandung baru-baru ini.


Tifatul Sembiring bertanya: "Kita minta penjelasan kenapa Boediono? SBY melihat persolan kita ke depan ialah masih masalah ekonomi. Selama lima tahun krisis ini belum berakhir?" SBY menjawab, "memang belum selesai."


Selain itu, PKS juga meminta penjelasan tentang mazhab ekonomi Boediono. Dalam pertemuan tertutup itu, SBY menjelaskan bahwa Undang-Undang Sukuk dan Perbankan Syariah di Indoneia sebenarnya lahir pada masa Boediono memegang jawatan di Bank Central itu.


Kini SBY (Demokrat) berpasangan dengan Boediono, Jusuf Kalla (Golkar) dan Wiranto dari Golkar dan Megawati (PDI) dengan bekas jeneral Prabowo.


Adapun PKS menduduki tempat ke empat dalam senarai pemilihan anggota parlimen bulan lalu.
Sebuah pendapat yang cukup menarik ialah dari Direktur Eksekutif Center for Indonesia Reform, Sapto Waluyo mengenai PKS ini: "Kesan kekalahan PKS ini menyebabkan target mendapat 20 peratus suasara telah gagal, kerana kekalahan strategi, bacaan politik, jangkauan dan lain-lain."


Kini PKS terpaksa mengambil keputusan mendukung pasangan SBY-Boediono, setelah 'harga'nya dipasaran politik Indonesia demikian merosot. Ramai yang bingung mengapalah pemimpin PKS yang lengkap dengan Majlis Syuranya, kepimpinan tertingginya yang berpendidikan tinggi, tarbiyah siasinya dan lain-lain, tetapi memuji Suharto, menganggapnya salah seorang pahlawan nasional Indonesia.


Kesimpulannya, kesilapan dan kelemahan Parti Islam Indoneia, PKS ini wajar menjadi renungan pendukung parti politik Islam di mana saja. -_

Wednesday, May 27, 2009

Terapi BioIbadah, Rawatan Holistik ( Kursus 3hari2malam)

.pemeriksaan kesihatan
.ujian usia fisiologi
.pemakanan dan hidup cergas
.perubatan alternatif
.Bio-Mekanik Ibadah ( pendekatan utama)
.pengurusan stres
.lawatan

Perunding : Dr Yusof Abas, Dr Nor'Izam Alias

maklumat penuh-akan datang

Quantum ( Kudrat )Dakwah

( Us Azizee Hassan YDP ISMA Seremban )

Bahagian 1

Dakwah yang kita fahami ialah proses mengajak, menyeru dan membimbing manusia ke jalan Allah. Menyeru dalam erti kata membina asas-asas Islam dalam diri manusia dan meruntuh anasir-anasir jahiliyyah di dalam dirinya. Dakwah juga merupakan satu proses perubahan dan tranformasi dari segala rupa kebobrokan kepada pencerahan jatidiri hingga terbentuk satu ummah Islamiah.

Antara tujuan dakwah seperti yang dinyatakan oleh para ulama dakwah ialah:

1. Membina masyarakat Islam

2. Islah masyarakat yang menyeleweng.

3. Penerusan dakwah di dalam masyarakat bagi menjaga kesejahteraan.

Di dalam dunia yang serba maju ini, keperluan dakwah dan tuntutan melaksanakannya amat-amat diperlukan. Apatah lagi ketika ummah kini sudah kehilangan khilafah Islam. Dalam konteks ini sudah tentu usaha memugar dan membugar dakwah amat diperlukan bagi memastikan para aktivisnya terus relevan dan punya keupayaan (capability) dalam mengemudikan ruh dakwah.

Dakwah dimulakan dengan kerja keras para pelopor dakwah (founding father) sehingga terbina qaidah sulbah (tulang belakang) yang akan mewarisi dan meneruskan tugas dakwah tersebut. Perubahan-perubahan kehidupan menuntut kita membuat pemerhatian bahawa dalam kita menganjak dakwah ke dalam mihwar sya’bi (paksi masyarakat), maka kita perlu membuat re-orientasi di dalam dakwah dan tarbiyah agar dakwah tetap hidup dan para kadernya punyai energi.

Oleh sebab itu, di dalam dunia pendidikan dan business hari ini membicarakan tentang Quantum Teaching, Quantum Learning dan Quantum Bussines bagi mengembangkan produk dan metodologi agar mampu bersaing di pentas global. Sudah tentu dakwah amat lagi diperlukan.
Saya akan membicarakan tajuk ini sebagai satu perkongsian ilmu bersama para aktivis dakwah, dan hasil pengalaman dalam amal dakwah dan tarbiyah agar memberikan kita satu energi baru dalam melaksanakan amaliyatud dakwah ini.

Quantum dakwah dan tarbiyah bolehlah kita definisikan sebagai satu ledakan atau energi yang menghimpunkan semua tahap software atau hardware yang sedia ada bagi menggerak para aktivis dakwah dan tarbiyah agar mengoptimalkan sumbangan dakwahnya dan mengesani masyarakat sehingga dakwah menjadi suatu yang asyik, ghairah dan memberikan kepuasaan.

Ustaz Miswan Thahadi meletakkan beberapa kaedah Quantum dakwah dan tarbiyah sebagai asas memperkasa amal dakwah sehingga membuahkan hasil-hasilnya kepada umat. Berikut saya nyatakan kaedah-kaedah tersebut iaitu:

Kaedah 1: Mulai dari yang terakhir.
Kaedah 2: Belajar dengan mengajar
Kaedah 3: Membaca dengan menulis
Kaedah 4: Menjadi soleh dengan berdakwah
Kaedah 5: Menjadi kaya dengan bersedekah
Kaedah 6: Menggali dana dengan membangun
Kaedah 7: Memimpin dengan melayani
Kaedah 8: Memerintah sebelum menjadi pemerintah
Kaedah 9: Menjadi ahli syurga di dunia sebelum di akhirat

Bahagian 2.

http://maalimfitariq.wordpress.com/2009/05/21/quantum-dakwah-tarbiyah-bahagian-2/#more-9

Tuesday, May 26, 2009

Artikel Akan Datang


ARTIKEL-ARTIKEL AKAN DATANG

Pelajari ESQ Abu Bakar, Umar, Usman Dan Ali
Amal Fardi Dan Peribadi Basic seorang Duat
Apabila Mengingkari Sepuluh Wasiat Hassan AlBanna
Manhaj Sallehudin Al Ayubi
Bila Hati Tidak Gementar Dengan Nama Dan Ayat-Ayat Allah
Rajin Berjemaah Tetapi Tidak Mesra Kariah.
Setiap penciptaan Allah, pasti atau mesti ada sainsnya?
Licik Dan Terancangnya Yahudi Untuk Menguasai Dunia, Bolehkah Kita Belajar Sesuatu Dari Mereka?
Terapi Biologi Melalui Solat Dan Membaca Al Qur’an.
Tahiyat Sama Seperti Senaman Batin!
Berjaya dalam bisnes bila menerapkan konsep sukan memanah" kata bakal Jutawan Muda ini. Benarkah Madu lebah Raja Penawar? ( pengalaman sebagai Agen Madu khaula)
Sukakan Kelainan.Kejayaan juga lain dari yang lain
Psiko-seksual Remaja Wanita Dari Kacamata Islam( penulis utama, -Dr Nor'Izam, pakar runding psikiatri)
Benarkah Lelaki Yang Berkahwin Lebih Dari Seorang Itu Memenuhi Fitrah Biologi Lelaki?
Panas Baran Sifat Hebat!

Dakwah Tanpa Suara Dan Dakwah Pinggiran

1.Memberitahu, menyampai, menegur dan mengajar itu adalah perbuatan atau amal. Dakwah adalah amal. Dakwah bukan sekadar tersimpan dalam emosi, dalam hati, dalam pirasat atau dalam minda!

2. Kata yang tidak terluah, bibir yang tidak bergerak, maka orang lain tidak akan memahami. Jika sekadar bahasa mimik wajah dan bahasa badan, banyak tafsiran boleh dibuat.

3. Maka TIDAK dikatakan berdakwah jika tanpa SYARAHAN, CERAMAH, TAZKIRAH atau lebih tepat tanpa SUARA. Dan tidak juga dikatakan dakwah tanpa TULISAN.

4. Dakwah mesti dengan lisan, tulisan dan anggota badan. Dari kombinasi ketiga-tiga amal ini , maka layak dipanggil pekerja ( aktivis)dakwah.

5. Lisan dan tulisan mesti disampaikan pada pihak lain, dan bukan sekadar mengulas, 'membebel' atau dibincangkan sesama rakan seperjuangan atau sekadar menjadi 'wartawan'.

6. Kesilapan besar dan menyalahi sunnah, jika dakwah sekadar berligar dalam hati dan emosi seperti sekadar membenci dalam hati terhadap maksiat disekeliling, maka silaplah memahami dakwah dan itulah selemah-lemah iman. Iman yang lemah energi dakwahnya pasti lemah.

7. Pekerja dakwah yang sekadar menguruskan acara, bermakna masih menjadi pekerja sokongan dan jangan sampai begitulah kemampuannya sehingga akhir hayat. Dakwahnya di pinggiran

8. Dan jangan pula terlalu lama dalam kepompong ahli usrah atau mengurus urusan dalaman, dan belum lagi bergelar ahli dakwah

9. Jika mendakwa tidak mampu berceramah, bertazkirah atau menulis, sebenarnya itu alasan untuk menyedapkan hati dan sebenarnya tidak mengarap potensi diri. Tarbiahnya tersilap dan tersasar.

10. Saya biasa memotivasi kepada generasi muda duat, supaya menulis apa sahaja yang pernah didengar dan apa yang pernah dibaca. Buatlah blog sendiri, walaupun anda sendiri tidak yakin untuk dibaca oleh orang lain, tetapi akan sampai masanya skil penulisan akan ada kemajuan. Paling tidak buat cut n paste.

11. Penulis itu seorang pemikir. Bercakap dan berhujah pula lebih menguja pemikiran

12. Sebelum menulis, kita wajib membaca apa yang orang lain tulis. Membaca pula akan membuatkan kita berfikir untuk memahami dan menghayati apa yang dibaca. Jika setakat berhenti membaca dan tidak diolah atau dijadikan bahan rujukan penulisan, maka apa yang dibaca akan mudah dilupa dan tidak difahami.

13. Rugi besarlah kepada mereka yang mampu bercakap dan berceramah tetapi MALAS menulis. Bukankah anda sudah biasa menulis karangan sejak dibangku sekolah rendah lagi?

13. Ramai orang yang hebat menulis tetapi kaku bila bercakap, tetapi mengapa orang yang berbakat dalam percakapan SENGAJA MENGAKUKAN diri dalam penulisan. Memang diakui bercakap lebih mudah dari menulis. Bukankah seorang pendakwah sepatutnya suka menyusahkan dirinya untuk orang lain?

14. Melukis perlukan bakat, tetapi tidak diperlukan bakat tersendiri untuk menulis. Tulislah apa yang terlintas dalam fikiran. Itulah yang saya lakukan. Bukan kerana bakat menulis, tetapi keinginan.

15. Saya dianugerah bakat melukis dan mampu melakar wajah secara langsung dan lukisan minyak, tetapi bila keinginan yang tidak kuat, rasanya sudah bertahun-tahun saya tidak memegang berus dan warna.

15. Maka jadilah pendakwah yang seimbang, iaitu mesti berdakwah dengan lisan dan tulisan serta penambahbaik dengan qudwah.

16. Kepada mereka yang semakin meniti usia, yang menulis pun tidak dan segan pula untuk berceramah atau bertazkirah, bermakna dakwahnya masih juga dipingiran dan masih menjadi pekerja kumpulan sokongan dalam dakwah, walaupun berjawatan besar dalam organisasi dakwah. Sedangkan ramai dari anda bukan pekerja sokongan malah berjaya dalam kerjaya dunia dan terhormat!


17. Jika merasakan potensi sudah terlalu lama terpendam untuk berceramah, paling tidak bercakaplah dengan bahasa Islam dalam perbualan harian kita dengan orang rakan sekerja atau orang terdekat, dan saya yakin belum terlambat untuk menulis sesuatu dalam zaman media-massa yang semakin canggih ini, walaupun pada peringkat awal sekadar suka-suka untuk mencoret. Mencoret juga membuatkan anda berfikir dan menjadi pemikir.
18. Apabila lengah membaca dan berfikir, maka dari pengalaman saya akan lengah menulis. Sebagai contoh, alhamdulillah dengan qudwah dan motivasi, isteri saya semakin baik berceramah dan menulis, walau mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan penulisan serta hidup budaya membaca dan menulis dikalangan anak-anak.

Monday, May 25, 2009

Respon emel

1.Rasanya sudah agak lama saya tidak menulis isu sensitif seperti artikel terbaru dan artikel yang menyentuh tentang hal penglibatan duat berharakah dengan PKR. Sudah ada 5 emel yang saya terima berkenaan kedua-dua isu ini. Disini saya cuma ingin memberi respon terhadap artikel terbaru dan menunggu masa yang sesuai mengulas isu politik ini.
2. Semasa usia saya belasan tahun, 15- 17 tahun, saya sudah terlibat aktif dalam tabligh dan AlArqam, sedikit sebanyak ada pengalaman dengan gerakan ini. Maka jika ada sesiapa yang lebih hebat solat berjemaahnya, hebat iktikafnya, hebat tilawah AlQuran, hebat solat sunatnya atau kerap berpuasa puasa sunat, boleh lah untuk memberi komen tentang tabligh, jika tidak, sila baiki amal-amalan diatas sebelum mencari silap orang lain.
3. Orang Islam semakin berpecah dalam fahaman politiknya, lemah dalam pelbagai bidang, mengapa sengaja mencari jalan untuk lebih berpecah, apalagi mereka yang mendakwa mahu menegakkan kalimah Allah! Adakah tidak masuk syurga pendakwah yang mirip kesufian, ke tok guruan, ketarekatan, pendakwah bebas atau duat bebas atau duat ummah centerik ? Atau adakah tahap syurga yang lebih tinggi untuk pendakwah yang mirip keikhwanan ?
4. Atau lambat masuk syurgakah orang-orang langsung tidak kenal istilah dakwah, berharakah dan hanya beramal ibadat sahaja? Mereka mewakili sebahagian besar dari umat ini!!
5. Suka diulang tulis, agar ambil kisah dan ambil peduli akan gerakan dakwah sendiri dan berlapang dadalah serta usah jaga tepi kain gerakan dakwah lain walaupun kita rasa kita betul. Ketaksuban dan kecintaan terhadap jemaah sendiri atau kepada tok guru itu adalah lumrah. Jauhi merasa irihati akan kelajuan dakwah orang lain atau MELATAH bila ditergur. Sepatutnya menjadi pendorong dan motivasi untuk memajukan serta melajukan dakwah.
6. Perbetulkan fikrah orang Islam awam adalah kerjaya utama, dari membetulkan mereka yang sudah ada 'fikrah' serta sudah bertunjang seqahnya
7. Dan lebih penting, USAH adu domba anak-anak kita dengan sesuatu yang tidak layak mereka tahu, terutama anak-anak yang memilih jemaah yang tidak diikuti oleh ibubapa mereka. Sepatutnya, ibubapa bermuhasabah diri mengapa berlakunya perkara tersebut, bukan 'mencerca' dan 'memperlekehkan' jemaah pilihan anaknya. Ada dari 'cercaan' itu tidak layak keluar dari ibubapa yang sekian lama duduk dalam saf dakwah.


8. Saya menulis artikel itu, apabila melihat semakin menjadi-jadi dan seperti tiada noktahnya dan akan terus diwarisi oleh generasi kegenerasi yang lain.

9. Ibubapa mesti memberi qudwah terbaik kepada anak dan rasional dalam tindakan terutama kepada anak-anak yang masih mentah urusan agama dan dakwahnya.

10. Kaedah terbaik ialah baiki kualiti dan kuantiti hubungan dengan Allah dalam keadaan ( 3S)sedar, segaja dan selalu( istiqamah)

11. Buruk sangka dan irihati itu sukar diakui ada dalam hati, dan ianya adalah MAKSIAT

12. AlBaqarah:109 " Maka maafkanlah dan berlapang dadalah, sampai Allah memberikan perintahNya. Sungguh, Allah Maha kuasa atas segala"

Teman Menjadi Musuh, Sahabat Menjadi Seteru

1.Beberapa hari yang lepas, saya ingin membeli bateri remote control kereta dan cat minyak di sebuah kedai hardware orang Cina . Kedai ini kehabisan bateri itu dan dia mencadangkan supaya pergi ke kedai lain yang kira-kira 5 minit perjalanan. Taukeh kedai itu menelepon tuan punya kedai itu terlebih dahulu samada ada stok bateri tersebut. Saya bertanya pada dia, adakah itu kedainya juga, dia menjawab itu kedai kenalan barunya.

2. Rasanya ini antara kisah bagaimana ‘ukhwah’ antara peniaga Cina sesama mereka, mereka boleh berniaga dengan aman sejahtera, walaupun mereka berniaga runcit pada baris kedai yang sama.

3. Dua hari yang lepas, saya terbaca buletin Persatuan Sahabat Sangam yang dibawa pulang oleh isteri saya. Beliau dijemput memberi ceramah kepada persatuan ini. Persatuan orang-orang India ini adalah antara cawangannya di Malaysia dan terdapat di beberapa negara lain. Membaca buletin ini menampakkan kehebatan mereka dalam membincangkan tentang persahabatan dan menjaga ukhwah.

4. Sepanjang jalan dari Bandar Lukut ke Bandar P.Dickson ( 5km), saya melihat terdapat 4-5 buah papan tanda di rumah kedai yang tertera tulisan nama persatuan orang Cina, termasuk persatuan warga Emas Lukut.

5. Baru-baru ini, anak sulung saya ingin mengambil T-Shirt yang baru saya beli, tetapi apabila dilihatnya ada tulisan nama badan dakwah, dia tidak jadi mengambilnya. Menurutnya akan menjadi isu di sekolahnya nanti.

6. Mesej dari kisah anak saya itu ialah, bagaimana berlakunya ‘konflik’ dan celarunya cara fikir 'pendakwah' yang merasakan badan dakwah lain itu merupakan saingan dan ‘musuh’nya. Terdapat segelintir dari mereka ‘meracuni’ fikiran anak-anak mereka yang masih mentah supaya menganggap badan dakwah lain itu sebagai ‘musuh’.
Formula untuk kembali berukhwah ini mudah sahaja, lupakan yang lama atau cuma ambil kisah kepada badan dakwah sendiri, usah JAGA TEPI KAIN badan dakwah yang lain, apalagi terus mengelirukan fikiran anak-anak!!!

7. Konflik ini berlarutan sehinggalah ke pusat pengajian tinggi dan ditambah lagi konflik pelajar IPT, dimana pelajar yang mahu mendekati jemaah Islam yang tidak sampai 5% dari keseluruhan pelajar.

7. Dalam beberapa kes lain, saya juga sangat tidak setuju jika ada pendakwah yang mempertikaikan cara dakwah orang Tabligh atau orang yang taksub dengan tok gurunya. Boleh berbincang secara dalaman tetapi tidak perlu berhujah secara berdepan. Sepatutnya kita lebih mempertikaikan umat Islam yang lemas dalam maksiat atau mereka yang larut dalam nimat dunia sehingga surau-masjid lenggang. Dan minda mereka lenggang dari mengambil Islam sebagai cara hidup. Usah pertikai kapal dakwah yang lain.

8. Apalagi kita mempertikaikan saf dakwah yang lain yang manhaj serta rujukan mereka hampir sama.

9. Orang kafir semakin berukhwah, kita sesama pendakwah bukan sahaja ‘ bermusuh’ malah merosakkan minda anak-anak mereka . Itu kisah disekolah anak saya, begitu juga berlaku beberapa disekolah yang lain.

10.Firman Allah SWT “ Adapun orang-orang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung kepada sebahagaian yang lain. Jika kamu ( muslimin) tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah ( menjaga ukhwah), nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakkan yang besar” Al Anfal :73

11. Usah sombong dengan ‘kapal’ masing-masing, sedangkan kapal itu tidak sehebat mana kerana kapal orang kafir lebih canggih dan gagah. Jika berterusan sikap sedemikian, maka tergolonglah dalam golongan yang Allah sebut dalam surah Al Anfal : 47 “ Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa ANGKUH DAN SOMBONG serta MENGHALANG orang lain dari jalan dakwah. Dan ilmu Allah meliputi apa yang mereka kerjakan”.

Sunday, May 24, 2009

Lebih Bermotivasi Bila Imaginasi Kematian!

Penasihat Yang Terbaik Ialah Kematian

lanjutan dari artikel kembara di Aceh, ini artikel suntingan. Isu remeh ? sudah tahu ? Tak perlu dibaca?

Rasulullah saw bersabda, "Perbanyaklah mengingati sesuatu yang melenyapkan semua kelazatan, iaitu kematian!" (HR. Tirmidzi).Berbahagialah hamba-hamba Allah yang sentiasa bercerminkan kematian. Tidak ubah seperti penasihat yang baik, kematian memberikan banyak pelajaran, menyediakan bingkai kepada kehidupan bahkan mengawasi jalur kehidupan agar tidak lari dari relnya. Nilai pelajaran yang ingin diungkapkan oleh penasihat yang bernama "kematian" itu begitu banyak, bahkan dalam sesetengah situasi mampu memberi ketenteraman hati. Di antaranya adalah apa yang sering kita rasakan dan lakukan :
1.Kematian mengingatkan kita bahwa waktu sangat berharga.Tidak ada sesuatu pun buat seorang mukmin yang mampu mengingatkan betapa berharganya nilai waktu selain kematian. Tidak seorang pun tahu berapa lama lagi rentang waktu yang diberikan kepadanya di dunia ini akan berakhir. Sebagaimana juga tidak seorang pun tahu di mana kematian akan menjemputnya.Ketika seorang manusia melalaikan nilai waktu, pada hakikatnya ia sedang menggiring dirinya kepada jurang kebinasaan kerana tidak ada satu detik pun waktu yang telah berlalu melainkan ajal kian mendekat. Allah swt mengingatkan itu dalam surah Al-Anbiya ayat 1, "Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya) ".

2. Kalau kehidupan dunia boleh diumpamakan dengan pentas lakonan drama, maka kematian adalah akhir segala peranan yang dimainkan. Biar apapun peranan yang telah dimainkan, ketika pengarah drama mengatakan `tamat', maka selesai sudah lakonan tersebut. Akhirnya semua kembali semula kepada peranan yang sebenarnya.Maka adalah sesuatu yang kurang bijak atau mungkin kita dikatakan tidak siuman ketika kita bersikap keras untuk tetap selamanya menjadi tokoh yang kita mainkan peranannya sebelum ini, padahal lakonan drama tersebut sudahpun berakhir.Walau bagaimana baik peranan yang kita mainkan, tidak akan pernah melekat kepada diri kita selamanya. Mungkin kita bangga ketika dapat berperanan sebagai orang kaya atau kita menangis ketika berperanan sebagai orang miskin yang menderita tetapi, bangga dan menangis itu bukan untuk selamanya. Semuanya akan berakhir dan peranan-peranan itu akan dikembalikan semula kepada penulis skrip .Adalah sesuatu yang naif kalau ada manusia yang berbangga dan yakin bahwa dia akan menjadi orang yang kaya dan berkuasa selama-lamanya. Begitu juga amat naif kalau ada manusia yang merasa akan terus menderita selama-lamanya tetapi hakikatnya, semua bermula dan juga akan berakhir dan pengakhiran itu semua adalah kematian.

3.Kematian mengingatkan bahwa kita tidak memiliki apa-apa. Fiqh Islam menggariskan bahwa tidak ada satu benda pun yang boleh ikut masuk ke liang lahad kecuali kain kafan walau siapapun kita samada kaya atau miskin, penguasa atau rakyat jelata. Semuanya akan masuk lubang kubur bersama bungkusan kain kafan. Ya, cuma kain kafan itu.Itu pun masih dikira baik kerana semasa kita lahir ke dunia kita tidak membawa apa-apa melainkan sebatang tubuh kecil yang tidak berpakaian.Lalu, adakah layak untuk kita meletakkan kejayaan kepada diri kita ketika kita meraih kejayaan tersebut? Patutkah kita membangga-banggakan harta dengan sebutan ianya milik kita? Kita datang dengan tidak membawa apa-apa dan pergi pun bersama sesuatu yang tidak berharga.Ternyata, semuanya hanyalah pinjaman dan pemilik sebenarnya hanyalah Allah Azza Wajalla. Ketika peranan kita selesai, pemilikan tersebut kembali kepada Allah swt. Jadi, dengan keadaan seperti itu, masihkah kita merasakan kita memiliki sesuatu dan merupakan orang yang penting yang mengendalikan pemberian tersebut? Tidak sekali-kali, kita hanyalah hamba Allah. Setelah itu, kehidupan pun berlalu melupakan peranan yang pernah kita mainkan selama hidup di dunia

.4.Kematian mengingatkan kita bahwa hidup ini sementara. Kejayaan dan keberhasilan kadang-kadang menghanyutkan manusia kepada sebuah khayalan bahwa ia akan hidup selama-lamanya. Seolah-olah ia ingin menyatakan kepada dunia bahwa tiada sesuatupun yang mampu memisahkan antara dirinya dengan kenikmatan yang dirasai ketika ini.Ketika sapaan kematian mulai datang berupa rambut yang beruban, tenaga yang kian berkurang, wajah yang makin keriput, barulah ia tersedar bahwa segalanya akan berpisah dan pemisah kenikmatan itu bernama kematian. Hidup tidak lebih dari sebuah putaran : Bermula, berkembang dan kemudian berakhir.
5.Kematian mengingatkan kita bahwa hidup begitu berhargaSeorang hamba Allah yang mengingati kematian akan sentiasa mempunyai kesedaran bahwa hidup ini amat berharga. Hidup tidak ubah seperti ladang pinjaman. Seorang petani yang cerdas akan memanfaatkan ladang itu dengan menanam tumbuhan yang berharga dengan bersungguh-sungguh. Petani itu khuatir, ia tidak akan mendapat apa-apa ketika ladang itu perlu dikembalikan semula kepada tuannya.Mungkin, inilah maksud ungkapan Imam Ghazali ketika menafsirkan surah Al-Qashash ayat 77, "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia…" dengan menyebut, "Ad-Dun-ya mazra'atul akhirah." (Dunia adalah ladang buat akhirat)Orang yang mencintai sesuatu tidak akan melewatkan walaupun sedetik waktunya untuk mengingatkan sesuatu itu. Termasuklah ketika kematian menjadi sesuatu yang paling diingati. Dengan memahami makna kematian, bererti kita sedang menghargai erti kehidupan.Ya Allah, jadikanlah kematian sebagai penasihat yang cukup bermakna buat kami supaya kami dapat menjalani kehidupan ini dengan penuh kefahaman serta menjadikan kehidupan ini sebagai ladang amal yang akan memberi pulangan yang terbaik untuk kami di akhirat nanti.
WAS ( Shah Alam)

Wednesday, May 20, 2009

Terapi Kembara Ilmu Dan Rohi Di Aceh

Pada 17-20 mei, saya berkesempatan mengikuti program kembara ke Aceh yang dilanda bencana tsunami pada 26 dis 2004 yang lalu. Program anjuran seorang kenalan Hj Anuar Yusof, dari Seremban, beliau seorang motivator dan kumpulan seramai 35 orang ini ( majoriti warga emas dari Pahang), ialah kumpulan yang ke empat pimpinan beliau yang menjejak bumi serambi Mekah ini yang telah menerima Islam sejak 800 tahun yang lalu.

2. Walaupun sudah hampir lima tahun berlalu peristiwa yang telah mengorbankan ratusan ribu syuhada ( yang ketika hidupnya beriman dan beramal soleh), tetapi masih terdapat kesan bencana ini seperti sebuah kapal generator letrik seberat 260 tan terdampar disebuah perkampungan dan sebuah kapal nelayan yang tersangkut dibumbung rumah. Kami juga melawat kubur besar yang memuatkan lebih dari 12 ribu jenazah dan melalui kubur yang menempatkan 60 ribu syuhada yang lain


3. Kami juga ditayangkan video peristiwa tsunami ini dan mendengar sendiri cerita langsung dari mangsa. Kami mendengar sendiri cerita dari dua adik beradik yang ketika itu berusia 6 tahun dan 10 tahun yang hampir hanyut ,mereka menjadi yatim dan kematian sanak saudara termasuk tok-nenek dan seorang penarik beca bermotor yang kehilangan isteri dan 2 orang anak. Cerita sedih ini adalah sebahagian dari ratusan ribu mangsa lain yang selamat, dan berat mendengar cerita mereka, berat lagi bahu dan minda mereka menerima ujian besar ini

4. Begitu juga kami melawat masjid Baitul-Rahim ( gambarnya telah tersebar luas didalam internet) yang cuma beberapa ratus meter sahaja dari laut. Masjid ini masih kukuh sedangkan bangunan sekitarnya telah hancur lumat. Saya amat terharu dengan kejadian diluar akal logik manusia dan merasai kehebatan dengan rencana Allah ini serta dizinkan solat tahiyatul masjid ini. Rumah-Nya ini tidak runtuh dan dilindungi-Nya ketika peristiwa tsunami yang dikatakan kelajuan airnya menyamai kelajuan sebuah pesawat kapal terbang dan air setinggi 30-40meter, sedangkan rumah manusia dihancurkan-Nya.
5. Kami sentiasa solat berjemaah mahgrib dan solat subuh di masjid Baitul-Rahman dengan menaiki bas yang terletak ditengah-tengah bandar Aceh. Jarak Masjid ini dari laut ialah kira-kira 7 kilometer dan juga tidak rosak, malah menurut juru iring- Pak Achek ( Tengku Azahari), paras air cuma pada tangga ( kurang dari 10 anak tangga) dan air bah itu tidak memasuki ruang dalam masjid serta air sekitarnya tidak terlalu deras, sedangkan paras air diluar masjid adalah tinggi dan arusnya sangat deras.

6. Walaupun kini Aceh kembali tenang, dan bangunan roboh didirikan semula, malah dikatakan hidup mereka lebih aman damai selepas tsunami, dimana rakyat disini bebas ke sana ke mari pada bila-bila masa sahaja berbanding dahulu yang 'tidak dibenarkan' keluar dari rumah selepas jam 6 petang kerana pergolakkan politik yang memakan masa yang begitu panjang sekali. Rata-rata rakyat Aceh merasakan inilah perubahan sangat ketara dan hikmah selepas bencana tsunami ini.


7. Yang ketara orang ramai disini seolah-olah tidak lagi dalam trauma tsunami, walaupun ramai dari mereka yang kehilangan keluarga tercinta, malah truma bergelut dengan maut ketika dihanyutkan oleh air hitam lagi berlumpur itu. Malah mengkagumi akan sangat sedikit orang yang hilang akal atau trauma mental yang berpanjangan akibat bencana yang sangat dahsyat ini.



8. Saya membandingkan suasana disini seperti negeri Kelantan, dan terpapar di iklan besar yang tertera " Aceh Bandar Wisata Islami " - Aceh Bandar Perlancungan Islami. Dan kami sempat melihat malam kebudayaan Aceh yang kebetulan diadakan pada malam kedua kami disana.



9. Kami juga melawat maahad tahfiz yang dikendalikan oleh seorang ustaz muda, lulusan maahad di Jakarta, iaitu Ustaz Zulfikar yang juga kehilangan ibunya ketika lari semasa bah tsunami ke bukit berhampiran bersama isterinya yang baru melahirkan bayi berusia 2 bulan. Beliau yang merupakan seorang imam disebuah masjid mengendalikan maahad tahfiz untuk anak-anak yatim tsunami dan fakir miskin sekitar tempatnya. Saya sangat kagum melihat anak-anak itu yang pada siang harinya bersekolah biasa, tetapi pada malamnya menghadiri kelas tahfiz, bahasa Arab dan bahasa ingeris. Sebahagian besar anak-anak ini ramai yang sudah menghafal lebih dari 5 juzuk, dan pernah 2 orang yang sudah menghafal 3o juzuk. Seramai 12 0rang anak-anak ini di bantu oleh seorang dermawan dari Jakarta dan selebihnya ( jumlahnya sekitar 20 orang) di jadikan anak angkat oleh penduduk sekitar serta ada yang beberapa orang belum dijadikan anak angkat ( kepada yang berminat untuk membiayai salah seorang pelajar di sini, sila emel kepada saya)


10. Terdapat banyak tarbiah rohi yang boleh diambil dengan melihat sendiri akan kesan tsunami dan yang lebih penting melihat dengan mata kasar akan kesan bencana tsunami ini serta melihat kekuatan iman dan mental penduduk Aceh menghadapi ujian besar ini.

11. Juga terasa terharu ketika bersolat di masjid Baitul-Rahman, terasa seperti bersolat dan beribadah di Mekah dan di Madinah dengan alunan muazin serta bacaan imamnya yang silih berganti. Program yang diatur dengan solat subuh dan solat maghrib-isyak berjemaah di masjid ini dan mengikut kuliah mahgrib dan subuh yang juga di siarkan secara langsung di radio Aceh. Cuma pada pendapat saya kembara ini agak mewah dari segi makanan, dimana silih bertukar restoran ( rumah makan) dan hidangannya beraneka lauk-pauk. Ianya kurang baik untuk kesihatan dan juga kemewahan makan-minum boleh terkesan pada santapan rohi, disamping merasai kepayahan hidup segelintir mangsa tsunami yang masih hidup kedaifan.
12 Melihat sendiri akan banyak 'keajaiban' semasa tsunami dan melihat penderitaan saudara serupa wajah dan agama, menginsafkan dengan pelbagai nikmat yang sudah dinikmati. Merasai duka nestapa kehidupan, rupanya ada insan lain yang lebih berat ujiannya dan saya tidak melihat tsunami ini sebagai bala Allah untuk umat Aceh, tetapi melihat ianya adalah ujian Allah dan mereka yang mati itu bukan mati katak, seperti yang diceritakan oleh Ustaz Zulfikar di masjidnya sendiri terdapat 47 jenazah dan pada hari ke 27 baharulah dapat dikebumikan kerana keadaan sangat kelam kabut, dan beliau berkata sesuatu yang menakjubkan apabila jenazah-jenazah itu tidak reput dan tidak berbau busuk.


13. Jika orang lain lebih suka berwisata / berjaulah ( melancung) ke tempat yang menyeronokkan, tetapi melihat sendiri ke tempat 'sedih' di Aceh ini dan Aceh juga bukan tempat untuk membeli belah, akan memberi kesan yang mendalam kepada hati-hati yang mahu berfikir dan mengambil iktibar. Dan seperti biasa toko-toko buku akan menjadi tempat tujuan saya apabila membeli belah, sempat membeli 7 buah judul buku di Banda Aceh ini. Di Indonesia, banyak buku-buku terjemaahan dan tulisan kreatif oleh penulis tempatan.
( saya dihadapan Masjid Baitul-Rahim)


( bergambar ramai di perkarangan Masjid Baitul-Rahman)

Friday, May 15, 2009

" Terlalu Berpolitik, Tarbiah Terabai !

Inilah antara kata-kata seorang teman lama seorang veteran PAS. Beliau mengulas akan perkembangan terkini politik di Perak dan 'keghairahan' segelintir calun yang mempromosi diri untuk pemilihan pucuk pimpinan pusat PAS pada jun ini. Juga ghairah merasai bahang kemenangan yang menanti dalam politik tanah air. Sebagai seorang yang 'bebas tanpa parti politik', saya menguatkan hujahnya itu dengan gerakan dakwah secara holistik, kerana berpolitik itu adalah salah satu jalan sahaja untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini.

Beliau menambah aspek tarbiah semakin terkebelakang dan tidak menjadi agenda 'penting' dalam parti berharakah ini. Saya pula menambah, bukan sekarang ini terkebelakang tetapi sekian lama telah terpinggir. Beliau sekadar tersenyum. Senyum bersetuju!


Beliau juga bersetuju dengan hala tuju PR yang masih kabur dan juga bersetuju 'kekaburan' perjuangan PKR dan siapa PKR selepas ketiadaan Anuar nanti? Saya juga menambah dari kata-kata bekas Mufti Perlis, Dr Asri yang pernah berkata iaitu dalam banyak perkara dia melihat sukar untuk membezakan Melayu dalam PKR dengan orang UMNO !!. Diakui sangat sukar untuk pejuang agama dalam PKR untuk bercakap tentang Islam, kerana konsep perpaduan dalam PKR dan saya tidak nampak sejauh mana taring PKR bila ketiadaan Anuar Ibrahim nanti. Pelapis pemimpin Melayu PKR jauh terkebelakang. Fikrah Islam syumul tidak diturunkan kepada ahli PKR yang muslim secara bersistem, apalagi modul pentarbiyahan!! Atau tidak keterlaluan untuk menyebut bahawa pejuang Islam dalam PKR sudah 'larut', terpaksa mengikut rentak rebana perpaduan dan hilang istilah dakwah dalam perjuangan PKR.

Bangsa Melayu adalah teras dalam dakwah dinegara ini. Bukan isu jumud terhadap bangsa dan kenegaraan, tetapi inilah asas untuk menegakkan Islam yang tidak pernah termasyur di bumi bertuah ini. Setiap negara wajib menegakkan daulah dinegara masing-masing sebelum mengembalikan semula daulah Islam dan kekhalifahan. Islam dan Melayu mesti seiring, dan juga bukan bermakna muslim bukan Melayu tidak menjadi pokok memperjuangkan Islam, tetapi JANGAN SAMPAI gagal dalam perjuangan Islam dan Melayu pula semakin 'merempat' di negara sendiri. Ini jelas disebut dalam -Fikrah ISMA Perlu Dipromosikan Secara Meluas Kepada Masyarakat ( http://ismaweb.net/v2/Article984.html )

Dalam minda saya, jika suatu masa nanti PR berjaya mentadbir Malaysia, adalah sukar untuk 'mengIslamkan' Malaysia, kerana ramai anggota gabungan PR ( selain PAS), masih kabur tentang Islam dan pemahaman yang berbeza-beza dari kacamata masing-masing. Dan harus diingat, semasa kalah dan semasa menang nanti dua zaman yang jauh berbeza. Manusia mudah berubah. Saya juga sedang menimbangkan untuk menulis tajuk yang agak sensitif iaitu, " Merasa hairan kenapa ahli jemaah harakah Islamiah menjadi calon untuk PKR ?"

Paksa Masuk Syurga

Saya baru terdengar di radio IkimFm pagi ini dalam rancangan dokumentari Hari Ibu. Ibu tua yang berusia lewat 70an, jumlah cucunya sekitar 70 orang berceritakan pahit manisnya membesarkan anak-anaknya yang ramai berjaya dalam akedemik dan kerjaya. Menurutnya dalam ramai anak-anaknya itu terdapat seorang anaknya yang pernah masuk penjara selama 2 tahun. Dengan kesungguhannya berdoa dan menasihati anaknya yang kurang pendidikan itu berbanding adik beradik yang lain, kini anaknya menjadi nelayan moden dan berubah tingkah laku. Ibu tua ini berkata dengan satu ungkapan yang hebat iaitu, " Sentiasa berusaha untuk memaksa anak memasuki syurga!.

Friday, May 8, 2009

Lima ( 5 ) senjata yang dilupakan?

( Merujuk kepada surah al Anfal 45-46 )

" Wahai orang beriman, apabila kamu memerangi musuh, maka;

* teguhkan hati kamu
* dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung
* dan taatilah Allah dan RasulNya
* dan janganlah kamu berbantah-bantah, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatan
* dan bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar.

Jika memerangi musuh yang melibatkan senjata dan fizikal, dimana ada ketikanya dalam keadaan terdesak atau tiba-tiba, Allah tetap menyarankan lima senjata lain diatas , maka apa lagi dalam perjuangan dakwah yang boleh disusun pelbagai strategi. Namun begitu asas kepada strategi itu masih merujuk kepada lima (5) asas diatas, iaitu :-

1. Sentiasa bersemangat dan tabat dalam perjuangan serta istiqamah

2. Menjadi insan Rabbani, yang hatinya sentiasa hidup berhubung dengan Allah dalam suasana aman dan terdesak. Jiwa yang menghidupkan malam, basah dengan zikir, khusyuk dalam ibadah, perut yang tidak sentiasa kekenyangan tetapi kenyang rohi. Ini jugalah senjata utama tentera Badar dan tentera Al Ayubi.

3. Mendahulukan Allah dan Rasul dalam segala urusan

4. Menjaga ukhwah dan tidak berbantah mengikut nafsu serta logik akal. Tidak mencari aib teman seperjuangan atau mencari salah rakan bukan 'sekapal' dengannya dan menjadi 'batu api'.

5. Sabar itu sudah menjadi tabiat dan kebiasaan. Dan yakin dengan janji Allah untuk orang yang tidak gelojoh dan sabarnya bertempat.

Thursday, May 7, 2009

Anai-anai, segera musnahkan dan cari puncanya!!



1. Seorang ibu mengeluh bila lebih RM 2 ribu dibelanjakan untuk memusnahkan anai-anai, tetapi 2 bulan kemudain, kayu-kayu siling rumahnya kembali ada anai-anai.


2. Pemeriksaan dilakukan semula dan didapati sarang anai-anai itu masih aktif walaupun sudah disembur racun oleh pekerja syarikat pest control, rupa-rupanya ada lagi ' highway' laluan tentera anai-anai itu dari sarang yang lebih jauh dari rumahnya. Setelah sarang kedua itu dimusnahkan, barulah selesai masalah serangan anai-anai itu.


3. Anai-anai ialah serangga perosak yang boleh merosakkan dinding rumah, perabut malah boleh meruntuhkan bumbung rumah!
4. Anai-anai lebih suka memakan kayu-kayu dirumah yang telah ditinggalkan atau bilangan penghuni rumah tak ramai ( aktif ditempat sunyi)


5. Kita sedang menghadapi serangan 'anai-anai' dalam bentuk moral yang rendah, budaya hedonisma, kecelaruan bahan-bahan dari media elektronik, bahan media rojak, pergaulan bebas, sek rambang, penagihan dadah, rasuah, sehinggalah kes mat rempit yang kini mula 'dihebohkan' semula. Semakin kita 'sepi' dan 'sunyi' dari membuat sesuatu tindakan, maka anai-anai ini semakin ganas dan berleluasa. Sebenarnya, 'anai-anai ' ini sudah banyak meruntuhkan diri individu, keluarga dan organisasi. Anai-anai itu boleh dikalangan anak-anak kita, isteri , suami, saudara-mara atau karib kita sendiri


6.Yang kita nampak itu adalah anai-anainya, tetapi dimana puncanya, dimana sarang bermulanya? Namun begitu anai-anai yang kita nampak dengan mata kasar, mesti dimusnahkan, tetapi kita akan letih jika puncanya tidak diselesaikan.


7. 'Anai-anai' ini juga ada dalam minda kita, dalam ibadah harian, pada keluarga, organisasi dan dalam negara.


8. Dalam ibadah, perosak amal yang utama ialah IBADAH YANG TIDAK BERKUALITI. Ibadah rosak kerana tidak ikhlas, tidak istiqamah dan tidak khusyuk.
9. Dimana puncanya? Jangan hanya menyarankan isu pengisian Roh atau kurang didikan agama semata-mata,kerana berapa ramai dari individu kafir yang peribadinya lebih baik dari ahli ibadah. Kita pernah terbaca, seorang guru tahfiz al Qur'an ditangkap kerana membawa motorsikal secara merbahaya walaupun dia tidak berlumba. Penyelesaian secara holistik termasuk membetulkan sikap, displin dan cara fikir juga mesti digabungkan . Dan yang pasti ianya bermula dalam rumah . Sepatutnya dengan iman dan taqwa serta gabungan ilmu kemanusian, kita lebih hebat dari sikafir