1.Rasanya sudah agak lama saya tidak menulis isu sensitif seperti artikel terbaru dan artikel yang menyentuh tentang hal penglibatan duat berharakah dengan PKR. Sudah ada 5 emel yang saya terima berkenaan kedua-dua isu ini. Disini saya cuma ingin memberi respon terhadap artikel terbaru dan menunggu masa yang sesuai mengulas isu politik ini.
2. Semasa usia saya belasan tahun, 15- 17 tahun, saya sudah terlibat aktif dalam tabligh dan AlArqam, sedikit sebanyak ada pengalaman dengan gerakan ini. Maka jika ada sesiapa yang lebih hebat solat berjemaahnya, hebat iktikafnya, hebat tilawah AlQuran, hebat solat sunatnya atau kerap berpuasa puasa sunat, boleh lah untuk memberi komen tentang tabligh, jika tidak, sila baiki amal-amalan diatas sebelum mencari silap orang lain.
3. Orang Islam semakin berpecah dalam fahaman politiknya, lemah dalam pelbagai bidang, mengapa sengaja mencari jalan untuk lebih berpecah, apalagi mereka yang mendakwa mahu menegakkan kalimah Allah! Adakah tidak masuk syurga pendakwah yang mirip kesufian, ke tok guruan, ketarekatan, pendakwah bebas atau duat bebas atau duat ummah centerik ? Atau adakah tahap syurga yang lebih tinggi untuk pendakwah yang mirip keikhwanan ?
4. Atau lambat masuk syurgakah orang-orang langsung tidak kenal istilah dakwah, berharakah dan hanya beramal ibadat sahaja? Mereka mewakili sebahagian besar dari umat ini!!
5. Suka diulang tulis, agar ambil kisah dan ambil peduli akan gerakan dakwah sendiri dan berlapang dadalah serta usah jaga tepi kain gerakan dakwah lain walaupun kita rasa kita betul. Ketaksuban dan kecintaan terhadap jemaah sendiri atau kepada tok guru itu adalah lumrah. Jauhi merasa irihati akan kelajuan dakwah orang lain atau MELATAH bila ditergur. Sepatutnya menjadi pendorong dan motivasi untuk memajukan serta melajukan dakwah.
6. Perbetulkan fikrah orang Islam awam adalah kerjaya utama, dari membetulkan mereka yang sudah ada 'fikrah' serta sudah bertunjang seqahnya
7. Dan lebih penting, USAH adu domba anak-anak kita dengan sesuatu yang tidak layak mereka tahu, terutama anak-anak yang memilih jemaah yang tidak diikuti oleh ibubapa mereka. Sepatutnya, ibubapa bermuhasabah diri mengapa berlakunya perkara tersebut, bukan 'mencerca' dan 'memperlekehkan' jemaah pilihan anaknya. Ada dari 'cercaan' itu tidak layak keluar dari ibubapa yang sekian lama duduk dalam saf dakwah.
8. Saya menulis artikel itu, apabila melihat semakin menjadi-jadi dan seperti tiada noktahnya dan akan terus diwarisi oleh generasi kegenerasi yang lain.
9. Ibubapa mesti memberi qudwah terbaik kepada anak dan rasional dalam tindakan terutama kepada anak-anak yang masih mentah urusan agama dan dakwahnya.
10. Kaedah terbaik ialah baiki kualiti dan kuantiti hubungan dengan Allah dalam keadaan ( 3S)sedar, segaja dan selalu( istiqamah)
11. Buruk sangka dan irihati itu sukar diakui ada dalam hati, dan ianya adalah MAKSIAT
12. AlBaqarah:109 " Maka maafkanlah dan berlapang dadalah, sampai Allah memberikan perintahNya. Sungguh, Allah Maha kuasa atas segala"