Pages

Friday, August 7, 2009

Imej Popular Berdakwah ( siri 2)

Riak dan ujub adalah racun kepada sebarang amalan. Apakah popular itu ada ciri riak atau ujub? Bukan sahaja dalam kontek seorang pendakwah, tetapi sebagai individu muslim di larang sengaja menonjolkan diri demi keharuman nama atau namanya dikomersialkan untuk punca rezeki. Seperti kata sindiran seorang teman yang berasal dari Perak dengan loghat Peraknya berkata,
" Jangan sampai jadi pendakwah yang ' kome - sial' ".
Bukan mencipta nama untuk menjadi selibriti dalam berdakwah, tetapi biarlah secara fitrah namanya dikenali kerana kualiti ilmu, gaya ceramah dan qudwahnya. Malang dan tertipulah penceramah bila digemari kerana bahan lawaknya atau kepetahan bicara semata-mata.
Dengan 'bernama' ini, maka ruang untuknya berdakwah semakin luas. Begitu juga organisasi dakwah dan pimpinan utamanya mesti dikenali oleh khalayak dan berintegriti secara istiqamah.
Mempopularkan diri, sehingga berkira-kira dengan jumlah bayaran ceramahnya, maka benarlah akan menjadi sial seperti sindiran orang Perak tadi. Sial di sini bermaksud membawa fitnah kepada Islam di mana agama dan motivasi nasihat itu di jual demi dunia.
Ada segelintir pendakwah dan perunding motivasi yang sengaja memilih undangan yang lebih lumayan imbuhannya dan memberi pelbagai alasan kepada jemputan yang sudah di meterai dari pihak terdahulu. Kadang-kadang saya sendiri serba salah apabila orang bertanyakan rate ceramah saya berkenaan bioPerubatan ibadah ini dan ada yang memberi nasihat kerana rate itu tidak berbaloi! Dan saya selesa dengan low profile