Pages

Thursday, October 15, 2009

Surau/Masjid Lengang, faktor kalah- Idris Ahmad

Agak menarik dari akhbar sinar hari ini. Walaupun komentar ini dari orang politik tetapi ianya sangat relavan kepada semua pendakwah.

Saya ringkaskan tulisan di akhbar Sinar hari ini , m/s 2 ( tiada dalam sinar online) :


Tajuk: Masyarakat lekang agama faktor BN menang idris Ahmad ( Ketua Penerangan PAS )


a.Orang ramai dan anak muda Bagan Pinang yang lekang dari agama seperti di buktikan apabila surau dan masjid yang malap, bilangan jemaah boleh di bilang Umpamanya, hanya sekitar 20 orang jemaah maghrib di Masjid Bagan Pinang.


b. Budaya beragama yang tidak subur ini memberi kelebihan pemimpin yang tidak menitikkan soal agama dalam kepimpinannya. Urusan agama adalah acara ritual, bukan di bibir dan di hati. Maka tidak hairan soal integriti dan soal moral tidak lagi menjadi ukuran untuk menjadi pemimpin.


Komentar

Dalam tulisan saya sebelum ini, saya menyeru supaya ibadah yang hidup itu mesti di angkat sehingga semua ibadah itu yang mengawal kehidupan.


1. Solat yang hidup ialah solatnya berjemaah, memelihara solatnya dan mula bermasyarakat melalui surau/masjid


2. Tilawah yang hidup ialah ayat-ayat Allah di lafaz pada setiap hari dan berusaha di fahami.


3. Ibadah berjiran dan berkariah ialah tanpa sebarang niat udang sebalik batu, samaada batu bernama politik atau kumpulan tertentu.
4 Ibadah mengumpulkan harta akan menjadi mati apabila harta itu di hati


Selain lekang dari ibadah yang hidup, soal kefahaman Islam juga masih longgar di kalangan muslim.


Seperti di beberapa Negara Arab, semua golongan yang pro-agama untuk menegakkan syriah Islam, dari tadika, surau-masjid, sehingga ke Pengajian Tinggi di anggap ancaman kepada pemerintah. Pendakwah mendapat pelbagai halangan sehingga nyawa melayang. Di negara kita, apakah semakin rakyat mendekati Islam, ianya merupakan satu ancaman? Maka mungkin dengan sebab itu biarlah surau-masjid terus lenggang ?


Di tempat lain, masjid rosak kerana bencana, di tempat kita semakin di bina dan hebat stuktur Masjid, tetapi hati-hati yang rosak ini tidak teruja untuk memakmurkannya!!!


Selagi KPI dakwah iaitu rumah Allah tidak meriah, maka mereka tidak akan memilih orang soleh menjadi pemimpin!!!



Reflek dari artikel ini ialah kerja mengajak umat ini kembali kepada amal Islam adalah kerja yang berat dan peluang terbuka luas. Berpolitik adalah salah satu kaedah. bukan kaedah mutlak. Di tambah beban untuk mencegah mungkar yang di cipta oleh manusia yang bernama pemimpin dan maksiat global.