Pages

Monday, October 12, 2009

Boleh Belajar Sesuatu Dari Isa Samad?

1. Saya teragak-agak untuk menulis tajuk ini selepas Malaysiakini. com menyiarkan artiekl bertajuk " Isa yang menang, bukan UMNO", kerana khuatir di salah tafsir.



2. Skop yang ingin saya lihat ialah dari sudut kepimpinan, personaliti dan peribadi yang ' all rounder'.


3. Dari Malaysiakini.com, seorang penganalisa politik, Dr. Sivarumugan Pandian, pensyarah kanan USM yang berkata," Kemenangan semalam lebih kepada faktor personaliti. Walaupun Bagan Pinang merupakan kubu kuat Umno, tetapi masyarakat melihat Isa melebihi parti. Walaupun terdapat salah laku, masyarakat melihat sumbangannya yang besar. Sejak awal lagi, hanya satu nama (Isa) yang dicalonkan bertanding ".


4. Walaupun Tan Sri Isa Samad di serang hebat sebelum dan semasa pihanraya melalui media internet, cetakan dan ceramah, pengundi Bagan Pinang memilih dan 'memaafkan' kesalahan lampau beliau.




5. Beliau pernah menjadi MB N.Sembilan selama 22 tahun, dan menjadi orang biasa selama hampir 6 tahun, dan sekadar menjadi Ketua UMNO Teluk Kemang. Beliau terkenal dengan pemimpin yang tanpa protokol dan boleh bergaul dengan tukang sapu sehinggalah golongan elit.


6. Aset ini yang dilihat oleh orang bawahan. Dan sekitar 4 bulan yang lalu, di tempat saya Bdr Springhill ( bersempadan dengan Seremban) yang termasuk dalam Parlimen Tlk Kemang, beliau telah menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah Masjid yang terbengkalai lebih dari 5 tahun. Dan surat dari pejabat MB sudah meluluskan kewangan mendirikan masjid. Ketika beliau masuk campur itu, orang UMNO di Seremban pun 'marah', kerana itu adalah kerja YB ADUN, bukan kerja beliau yang tiada sebarang jawatan. Dan begitu juga banyak lagi campur tangan beliau menyelesaikan masalah masyarakat di sekitar P.Dickson ini sebelum beliau menjadi calun.


7. Sikap pengundi yang mudah melupakan kesalahan yang pernah beliau buat, itu cerita lain yang boleh di ulas lagi, tetapi pemimpin yang merendah diri dan boleh duduk dalam mana-mana majlis tidak ramai. Dan melihat manusia boleh menutup salahlaku kerana hati mereka senang dengan stail kepimpinannya.
8. Masih ramai orang yang bersikap 'simple minded and simple action' , dan inilah antara sebab kemunculan semula bekas Menteri Besar ini.



8. Ramai pemimpin yang sukar untuk turun ke bawah, humble dan ringan mulut bertanya khabar. Saya boleh menyamakan peribadi beliau dengan Menteri Besar Kedah sekarang, Ust Azizan dan dengan YB Lim Kit Siang. Saya juga melihat bukan sahaja di kalangan pimpinan BN, malah ada pimpinan PR yang duduk tidak sama rendah dan berdirinya tidak sama tinggi dengan orang di bawah, walaupun baru 18 bulan menjadi pemimpin tertinggi negeri atau mukim !!


9. Dan bukan merujuk pemimpin politik sahaja, tetapi lebih penting termasuk pemimpin NGO, di pejabat, di tempat kerja, pimpinan dakwah dan mana-mana organisasi.


10. Peribadi dan personaliti itu adalah perbuatan yang boleh di latih secara latih tubi dan di paksa. Dan lagi sekali saya berharap tulisan ini tidak di salah tafsir dan bukan pula ucapan tahniah, kerana unsur positif sepatutnya menjadi iktibar.