Pages

Wednesday, February 3, 2010

Selepas 40 Tahun Fikrah AlBanna Di Malaysia

1. Tahniah atas julung kalinya kovensyen pemikiran AlBanna di adakan di Malaysia ini. Ianya anjuran ISMA bersama JAWI yang diadakan baru-baru ini yang di hadiri hampir 3 ribu orang di UNITEN. AsSyahid telah meninggalkan perjuangan dakwah pada tahun 1949, setelah ditembak dari jarak dekat. Roh dakwahnya masih segar dan ditambahbaik oleh generasi berikutnya.


2. Di Malaysia, sudah lebih 40 tahun pemikiran dan fikrah AlBanna ini diserap dikalangan duat, malah pada tahun 1962 lagi, Risalah Taalim sudah diterjemahkan kedalam bahasa Melayu dalam tulisan jawi. Fikrah ikhwan Muslimin ini telah di bawa ke tanah air oleh para Pelajar di Timur Tengah , khasnya di Mesir, juga di Iraq, Jordan, Saudi, Syaria dan Madinah.

3. Fikrah ini berkembang terutamanya pada tahun 1980an terutamkanya dikalangan pelajar IPT tempatan, dan termasuk pelajar di luar negara, khususnya di U.Kingdom


3. Saya kagum dengan isi pembentangan dan visi dakwah di Malaysia buat masa ini yang di bawa oleh Us Abdullah Zaik, Presiden ISMA yang merupakan lepasan Al Azhar di dalam ucaputama di Konvensyen ini. Walaupun fikrah Islam-Melayu ini tidak digemari oleh sesetengah ahli politik yang cenderung kepada Islam, tetapi fahamilah bahawa AlBanna sangat mementingkan watan dan semangat bangsa di dalam perjuangan dakwah yang serba mencabar ini. Sangat bermakna istilah yang di gunakan iaitu, " Menanam Kurma Di Ladang Sawit"!!


4. Dalam pembentangan lain, ada membicarakan tentang isu politik semasa dengan kaitan fikrah AlBanna, bagi saya pengalaman sangat memainkan peranan yang penting berbanding minat dan cenderung mengetahui perkembangan politik. Kebetulan sebahagian besar peserta adalah pelajar IPT dan pembentangnya masih muda, maka kupasan isu politik ini tidaklah begitu ketara. Bagi saya yang berusia ( mengikut Hijrah) hampir 50 tahun, dan sudah mengenali fikrah AlBanna ini sejak 30 tahun yang lalu berpendapat bahawa masih perlu banyak kepada 'homework' terhadap pembentangan tentang politik itu.


5. Samalah seperti seseorang yang ingin bercakap / memberi motivasi tentang keibubapaan, sedangkan dia baru berusia awal 30an, dan anak-anak masih kecil pula-tentulah janggal di dengar oleh mereka yang sudah lama berkeluarga!


6.Apa pun ianya satu percubaan dan pendedahan yng baik dan sudah memadai untuk

difahami oleh generasi muda


7. Keseluruhannya, konvensyen ini yang merupakan salah satu program pengarapan umum -

brjalan dengan lancar dan baik persediaanya, syabas untuk mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan konvensyen ini

8.Mngapa selepas menjangkau 40 tahun fikrah alBanna MENERAP masuk dalam minda pada duat di Malaysia ini, majoriti masyarakat tidak kenal siapa AlBanna, dan dakwah itu tidak merubah mereka? Berbanding di Indonesia, yang lebih terkemudian menghayati fikrah AlBanna, tetapi para duat mereka jauh ke hadapan dalam urusan dakwah.
9.Apakah kerana kurang / tidak bersungguh dan istiqamah dalam :-
a) Menjaga perkembangan fikrah ini dan tersimpan dalam minda sendiri sahaja?
b) Menjaga kesihatan dan fizikal?
c) Tidak cekap mengemaskan pengurusan ?
d) Kewangan yang terbatas?
e) Memperkasakan roh dan spiritual?
f) Semangat emosi yang berkala?
g) atau kesemuanya ?
10.Pesanan untuk duat generasi muda- besar kebimbangan sekiranya anda yang baru dalam dunia dakwah ini mengulangi kesilapan yang sama, APALAGI daya tahan emosi dan keupayaan bermasyarakat anda tidak sama dengan generasi terdahulu. Anda sudah hidup senang dan hidup selesa sejak usia kecil, jika dibanding dengan kebanyakan duat terdahulu yang berasal dari kampung dan orang susah. Memang diakui semakin ramai generasi muda duat ini yang lebih mendalam ( lulusan) ilmu agama dan penghafal AlQur'an, namun bukan penentu kejayaan dakwah!